CORETAN TERBARU NADH

Awak, maafkan saya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry balasan perempuan kepada lelaki di SINI.

Awak,
setiap kali mata saya pandang awak,
hati saya tak keruan,
rasa pelik,
tapi saya tak tahu apa,
saya cepat-cepat alihkan mata saya,
bukan takut awak nampak,
takut saya terikut nafsu,
maafkan saya.

Awak,
Selalu saya nak tengok awak,
selalu saya buka profile awak,
tapi sayang,
awak cantik sangat,
saya bukan perli awaklah,
saya cakap betul,
saya takut nak buka profile awak lama-lama,
takut tergoda dengan kecantikan itu,
maafkan saya.

Awak, 
Tadi awak bagi saya surat,
saya gembira sangat,
dalam tu awak kata nak jumpa,
saya geleng,
tak bukan saya tak sudi,
cuma saya tak berani nak jumpa,
bertentang mata dengan awak,
saya takut kalau-kalau,
nafsu saya bergelora melihat awak,
maafkan saya.

Awak,
Jangan nangis sebab saya,
saya tak layak,
bukan saya tolak cinta awak,
tapi saya takut,
takut terlalai dengan cinta,
sebab saya pun tengah bercinta,
bukan awak salah faham,
saya tengah bercinta denganNYA,
maafkan saya.

Awak,
Lama tak jumpa,
Awak masih cantik seperti dulu,
Tapi awak dah berubah,
saya tak cam awak,
tapi sekarang saya dah tekad,
saya tak nak larikan mata saya lagi,
saya nak jumpa awak selalu,
saya nak terima cinta awak,
sebab saya dah sah milik awak,
sayangilah saya, taatilah saya, setialah pada saya, 
namun jangan dilupakan untuk cintaiNYA...

Ps: Ni warkah lelaki untuk perempuan. Tapi aku perempuan? Macam mana boleh terkarang benda ni pun tak tahu. 

3 comments:

kathy said...

nice ^^,

Sunah Sakura said...

hamboiiiii~ warkah perempuan untuk lelaki takde? :D

mira ellyna said...

hahaha biase la tu berkenan copy je kan hehehehe.. tak salah nk tayang la yunk

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers