CORETAN TERBARU NADH

Saya sayang awak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entri dari lelaki buat perempuan di SINI
Awak,
saya suka awak,
saya nampak awak pandang,
tapi awak takut-takut,
saya senyum,
awak memang comel,
bila malu macam tu,
saya tetap sayang awak.

Awak,
saya selalu nampak awak ada,
saya tunggu awak tegur,
tapi awak sikitpun tak tegur,
saya tahu awak nak tambah kawan,
tapi awak takut,
saya tunggu awak sapa saya dulu,
saya tetap sayang awak.

Awak,
saya tulis surat cinta,
kali pertama dalam hidup,
berpuluh kertas saya koyak,
untuk bagi surat yang paling baik,
tapi awak tak terima,
saya malu dengan awak,
saya ingat awak pun suka saya,
walau apapun hati saya sama,
saya tetap sayang awak.

Awak,
saya tinggalkan awak,
awak buat saya sedih,
saya tahu awak nampak,
awak nampak air mata saya,
tapi saya tak tahan,
hati saya lemah,
malamnya saya menangis,
menangis di sejadah,
saya tetap sayang awak.

Awak,
saya dah nikah,
saya tahu dia jodoh saya,
saya dah lain awak,
mesti awak tak kenal saya,
sekarang saya isteri orang,
dan orang itu ialah awak,
terima kasih awak,
saya berubah demi Allah,
awak sedarkan saya dari leka,
tanpa awak saya takkan seperti ini,
saya tetap sayang awak.

ps: Ada yang nak entry balasan. Ni dari perempuan untuk lelaki. Pengsan. Asyik menjiwang je. Apakah? Kejap lagi up entry jiwang lagi. Jangan marah eh=) Aku karang sendirilah ni. Aiyo.

6 comments:

Sunah Mohammad said...

tu diaaaa... bagus2~ hehehhe...

mira ellyna said...

haha bagus la syg ni..

awat jiwang sangat ni happy kah cercite cercite

mas saari said...

sekali sekala jiwang takpe...akak suka!

cik azeya said...

jiwang itu cool. ^^

puteraduyong said...

kejiwangan yer...teruskan... :)

Halimatun Sa'adiah said...

sungguh jiwengs awk..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers