CORETAN TERBARU NADH

Part 13: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Sunah, kita cari Ady lain kali ye," Tasha bimbang.
"Aah Sun. You pucat sangat ni. Tulah siapa suruh tak makan dari semalam?" Deqdeq pula membebel. Sunah hanya menggeleng. Matanya tertutup. Penat terasa.
Bunyi motor menderum. Deqdeq dapar mengagak kehadiran lelaki tu. Segera dia keluar dari kereta.
"Lambatlah you ni," Deqdeq geram.
"Sorry I mandi kasi wangi dulu. So macam mana? Ady ada call?" Putera dah sengih-sengih depan pujaan hatinya. Tasha keluar dari kereta. 
"Patutlah. You ni kalau Ady call baik tak payah mintak tolong you. So kita nak cari macam mana? Ady ada musuh tak?" Deqdeq serius. Dia malas layan sangat perangai si Putera.
"Tak ada pulak. Tapi kenapa dia nak culik Ady kat sini? Kenapa tak dari rumah lagi?" Putera pelik.
"Aahlah. Dia ada call I dia cakp dia sampai kat sini. Tunggu masa je. Maknanya dia memang ada kat area nilah," Deqdeq sambung.
"Hah I tak rasa orang tu culik Ady," Tasha menyampuk.
"Kenapa pulak Sha?" Masing-masing memandang ke arah Tasha.
"Yalah, Ady ada di kawasan rumah kita. Kenapa nak culik orang luar? Kenapa tak culik you Deq? You pun ada kat sini kan tadi?" Tasha membuat andaian sendiri. Mereka mengangguk. Setuju.
"Tapi, kenapa Ady boleh lesap tiba-tiba? Takkan dia sanggup nak tinggalkan kita? Penat dia rancang semua ni untuk Sunah," 
"Yalah, tapi kalau memang dia kena culik macam mana? Zaman sekarang semua boleh jadi tau. Lelaki pun boleh jadi mangsa," Putera menegakkan pendapatnya pula.
"Aah lelaki pun kena jaga-jaga. Siapa je yang boleh masuk kawasan kita ni? Bukan kena jumpa Pak Guard dulu. You jumpa guard tak tadi?" Tasha terfikir sesuatu. Mustahil orang sembarang boleh masuk.
"Ada, macam-macam dia tanya. Bila I kata nombor rumah you all baru dia bagi masuk. Tu lewat sikit tadi. Siap bertelagah lagi," Putera semangat bercerita. Tasha tersenyum.
"I tak rasa Ady jauh dari sini. Mesti ada area sini jugak. Mungkin dah lembik kena belasah. Mana tahu kan?" Deqdeq menyatakan pendapatnya pula.
"I rasa apa yang patut kita buat ialah jumpa pengawal dulu. Mana tahu dia ada nampak orang yang mencurigakan datang sini. Then, baru kita boleh dapat tahu siapa gerangan dan ke mana mereka pergi. Setuju?" Tasha memandang keduanya. 
"Setuju!" Hampir serentak.
"Tapi..." Deqdeq terfikir sejenak.
"Tapi apa Deq?" Tasha tak berpuas hati. Ada je tapinya.
"Tu dalam kereta tu. Takkan you nak biarkan kawan you tu? I rasa kita patut bagi Sunah berehat kat atas. Then kita cari Ady. Kesianlah," Deqdeq bersuara. Tasha hanya mengangguk setuju. Putera menjeling ke kereta. 
"Okey, kalau macam tu I hantar Sunah ke atas dulu. You all pergi tanya Pak Guard dulu. Kang I turun balik. Kita cari sama-sama. Okey?" Tasha membuat keputusan terus. 
"Okeylah macam tu. Putera jom. You kena teman I. Kang I pulak kena culik," Deqdeq berseloroh. Putera sudah tersengih-sengih. Tasha memang baik. Saja beri peluang Putera berdua-duaan dengan Deqdeq.
"Tasha you lama-lama pun tak apa," Putera menjawab.
"Gatal!" Deqdeq geram. Dia terus menuju ke pondok pengawal di depan sana.
"Deq, tunggulah I," Tasha hanya menggeleng. 'Dua-dua secocok' 
xxxxx
"Weh, korang nak apa ni?" Ady jerit. Matanya sayu melihat bunga ros merah tercampak tersudut tepi. 'Sunah!' Jerit hatinya.
"Kitorang nak kau jawab soalan kitorang. Lepas tu kau nak blah, silakan," Gelak jahat.
"Soalan? Kenapa aku kena jawab soalan korang hah?" Ady menjerit. Tangannya diikat di besi tangga.
"Oh kau belum kenal siapa aku ya Encik Ady Budika," Ady memandang tepat ke badan lelaki itu. Sungguh tegap umpama Fahrin dan Aaron.
"Aku tak kenal kau. Macam mana kau boleh kenal aku?" Ady pandang seorang lagi. Langsung tak mengecamnya.
"Kau jangan pandang aku macam tulah," Seorang lagi bersuara. Ady menjeling saja. Dia malas layan. Fikirannya jauh melayang ke Sunah. Dia pun tak tahu dia berada di mana. 
"Dah, kau jangan layan sangat dia ni. Kita ada misi yang kena settlekan," Si tegap mencangkung di depan Ady. Ady memandang ke arah lain. Menyampah.
"Kau dengar sini encik Ady. Kitorang tak nak apa-apakan kau. Tapi sebab kau dan model tu buat kitorang merana. Jadi kau kena terima akibatnya," Ady terus pelik. 
"Sunah? Apa kaitan dengan aku?" Ady cuba menyembunyikan rasa. Dia sungguh risau. Mungkin Sunah juga akan menerima nasib sepertinya.
"Kau kenal model tu kan?" Umpama polis lagak mereka.
"Takkan tak kenal. Dia model. Semua orang nampak dia kat papan iklan dan majalah," Ady sembunyikan hubungannya. Dia tahu ada muslihat mereka berdua ni. Dia takkan terperangkap.
"Ya aku kenal dia sebagai model muslimah. Tapi aku kenal kau sebagai teman lelaki dia. Adakah aku silap?" Ady berpeluh.
"Aku tak kenal dia personal. Aku rasa kau dah silap orang," Kedua mereka gelak. Ady makin risau.
"Jangan tipulah Ady. Kalau kau tak kenal kenapa kau ada kat perumahan dia? Bukan calang-calang boleh masuk apartment dia kecuali orang yang rapat. Macam kau," Mereka mendesak. Ady segera mencipta alasan.
"Siapa kata aku nak jumpa model tu. Aku tak tahu pun dia tinggal kat sini," Ady geram. Dia cuba melepaskan ikatan. Kalau bukan hatinya yang baik melayan dua pemuda asing takkan dia tertangkap begini.
"Dahlah, kau jangan putar belit lagi. Bagitau kitorang kau sebenarnya teman lelaki dia. Senang. Habis cerita. Kau lepas. Aku pun ada job," Ady tersenyum sinis.
"Aku tak kenal. Kau faham tak? Kalaupun Sunah tu ada buah hati yang korang sibuk sangat kenapa? Korang pun minat dia ke psyco!" Ady berjaya melepaskan ikatan. Hanya menanti masa untuk bertarung.
"Mulut kau!" Di saat lelaki itu ingin menumbuk muka. Ady segera melarikan mukanya. Dia bangun. Kini si gagah mula menunjukkan belang. Mereka terkejut.

Ps: Eceh korang menjiwai ke ni? Ke aku je semangat mengarang sorang-sorang. Ada ke nak ganti aku mengarang? Baru ku tahu susah jadi novelis sebenarnya=P

6 comments:

suha said...

cikgu-to-be yg sangat pndai menulis cerita (^_^)

erk ianya harusla kan bagi seorang cikgu hehe

Sunah Sakura said...

perghhhhhhhhhhhh! i menjiwai ni! terharu pulaksss dengan watak 'Ady Budika' dalam niiii!!! T______T

Cik Pulau said...

menjiwai... sampaikan tak nak berkelip pun baca...
tapi malangnya..berkelip jugak.. hahha

miss_damia said...

x sabar nak tunggu ending cerita nie. layann beb! :)

aliarosli said...

hero dah dtg

Kira Sakura said...

ntah dua2 org tue paparazi tue x?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers