CORETAN TERBARU NADH

Antara keju dan belacan

Pinjam tajuk cerita kat astro warna. Hehe ni kes jiwa lagi. Sesiapa yang sakit jiwa bolehlah tekan pangkah.

Manusia memang berbeza. Macam keju dan belacan. Dua-dua bagi aku sedap. Dedua aku makan. Tapi ada jugak yang tak makan. Macam nenek di kwmpung dan nenek di bandar.

Sorang makan keju. Sorang makan belacan. Tapi kenapa bila diorang berjumpa diorang boleh jadi kawan baik? Sebab mereka menerima seadanya. Mereka berdua sama-sama sedar yang mereka berbeza.

Jadi tak hairanlah kalau kita bagai langit dan bumi tapi boleh kamceng bagai bulan dan bintang. Haha suka hati buat peribahasa sendiri. Jadi kalau kita dan pasangan kontra pun tak apa.

Sebab perbezaan tu adalah unik. Aku pun pernah jumpa dengan orang yang berbeza dengan aku. Itu aku anggap sebagai ujian. Yang lain terpulang pada hati. Bila hati dah suka. Belacan ke keju semua dia makan.

Ps: Dia keju aku belacan. Aci tak? Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

Syazwan Che Deraman said...

Double belacan burger!!

IMANSHAH said...

saya budu wak

Unknown said...

sy suka budu!

Solihin Zubir said...

sama jugak kalau berbeza parti politik.. jgn sbb tu kita bermasam muka.. ye tak.. haha.. ;-p

Unknown said...

ENGKO CENCALUK

Anonymous said...

setuju!
tapi owg cakap perbezaan akan melengkapkan antara satu sm lain!

Sunah Sakura said...

bila baca komen solihin...

selalunya berbeza idea politik yang menyebabkan keluarga berpecah-belah...

bahaya kan?

erk! komen ni pun jadi status dia jap gi..

Lea Isnawi said...

belacan cicah keju sedap ke?

nur said...

Beza politik mmg boleh pecahbelah.. Tereutama melibatkan wang..

Apapun..
Belacan mmg bes..

fRaMe+LenSeS said...

setuju bab terima seadanya tu. weeee

K said...

saya alien dia manusia, boleh? :P

Cik Pulau said...

ai tak makan belacan..
kalau tak, muka ai jadi merah2...huuhu..
kalau salah makan, muka mula la buat hal.. ada hal...

maszull said...

salam iffah...dua2nya mama makan n dua2nya mmg sedap...bezanya melayu ngan mat salleh jer...:)

aamalinaazman said...

weeeeee
due2 suke
tapi belacan suke lagi kot
heee

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers