CORETAN TERBARU NADH

Nilai cintamu

Buat yang terlepas entry yang dulu klik je older post. Entry ni dibuat atas permintaan sahabat blogger yang sedang lara jiwanya. Kenapa aku kena taip? Sebab aku nak sedarkan 'dia' yang lupa tentang kewujudan sahabat aku.

Apa yang korang faham bila aku taip perkataan nilai? Cinta ni universal. Bukan cinta kepada pasangan semata. Jadi cukupkah bernilai cinta korang tu? Kalau benar hati korang dah tekad kata cinta. Takkan ada isu tak menghargai semasa insan tu ada di sisi.

Kau suka dia. Kalau boleh nak jadikan dia pasangan untuk mencari redha Allah. Tapi pada masa yang sama kau abaikan dia. Kau buat dia macam tak wujud. Manusia memang macam tu. Bila dia perlukan seseorang dia akan jaga sepenuh hati. Tapi bila orang tu dah setia di sisi dia, dia sedikitpun tak hargai.

Macam si A yang selalu teman si B makan. Setiap hari sampailah si B jumpa si C. Sejak tu si A dilupakan. Kisah mereka berakhir bila si A kahwin dengan si D. Barulah si B sedar yang sebenarnya dia suka si A. Tapi dia sendiri tak pernah nak hargai si A. Kau nak ke jadi macam si B tu?

Tolonglah hargai semasa dia masih ada. Bukan senang nak suruh orang sayang kat kita. Boleh ke kata macam ni?

"Aku tak kira kau kena sayang aku jugak!"

Takkan? Hargailah pasangan atau sesiapa saja yang sayang kat kita. Kau lupakan dia sekali esok lusa dia akan lupakan kau sampai bila-bila. What you give you get back! Kalau kau sayang dengan cinta yang terjalin antara dua hati, hargailah dia. Kalau kau rasa cinta kau nilainya seperti sampah di jalan baik kau lupakan dia. Hati wanita tak selembut yang disangka!

Ps: Berjangkit dengan kejiwangan dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

♥ Frau Reen ♥ said...

ye..kdg2 hati wanita lebih keras..yukk..bace entry bru rin n komen2

maszull said...

salam iffah...kesian nyer si A...apa jadi pada B akhirnya yer...

hargailah apa yg kita ada skg bila kita dah kehilangannya baru kita akan rasa menyesal, masa tu dah tak ada gunanya...:)

aimie amalina said...

weeeeeeeeeee
terbaik la kak ngahh
sokong lelaju
kalo atok buat ni
suh atok bce ni
hehehehe

sergeant keroro said...

cewahhhhh :P

msredcheesecake said...

Benda ada depan mata tak kan dihargai, kena tunggu ia takde depan mata dulu...lumrah...

FaKArePa!n said...

apa y aku faham pasal nilai ??

Nilai tu nama tempat.. hehe

sea_lavender said...

cik ieffa coz tu org salu kate '' sesuatu akn menjadi begitu berharga setelh kehilangannya'' ~~ manusia mudah leka dan alpa~

mas saari said...

hargailah cinta yang hadir dalam hidup kita... jangan sampai cinta pergi begitu sahaja, nanti menyesal!

cik pulau said...

Ehhh ehhh..
macam terlebih emo je..
marah kat ai ke??
hoho

Sunah Sakura said...

u...jangan publish komen i tadi..abaikan.

cik asam jeruk said...

betul.org ni kalau xde depan mata baru nak hargaikan. huhu.

salam kenal, da folow blog ni :)

JIJI YU said...

aku terpikir amne engko nak taip pepanjang cam ni guna droid..wakaka..

H.J said...

hurm..

Diana @ bilakukatacinta said...

aku tak kesah..ko kena syg aku jugak!! hehe..

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers