CORETAN TERBARU NADH

Trauma

Oh jangan salah faham. Tangan kanan belum pulih. Disebabkan balutan tak tutup bahagian jari jadi aku boleh menaip dengan jari kanan.

Aku nak bercerita pasal trauma. Aku teringat ada seorang cikgu sekolah yang melawat aku tak lama dulu tanya pasal trauma. Trauma ke nak bawa kereta lepas kemalangan tu?

Aku senyum seperti biasa. Tak kot sebab selama ni orang drive hantar aku ke hospital okey je. Dia terkejut. Dia pun cakaplah yang kita drive dengan orang drive tak sama.

Aku terdiam. Terfikir. Sama ada aku trauma ke tak. Aku kena drive dulu baru boleh jawab trauma ke tak. Kadang trauma ni bergantung pada orang. Kalau lemah semangat memang trauma memanjang.

Aku tak kata aku kuat semangat. Tapi ada sesetengah benda yang kita tak boleh nak sangkal kebenarannya. Setakat ni aku rasa kalau tangan dah okey aku berani je nak drive.

Tapi ada ke berani nak naik kereta dengan aku? Haha yang penting kita doalah semoga setiap apa yang kita lakukan dijauhkan bala. Aku pun takut jugak kalau trauma melekat kat aku. Yalah, payah pulak kena cari bakal suami yang rela jadi driver aku sepanjang hayat ye tak?

Kesimpulan, kita kena ubah pemikiran kita. Kalau negatif yang kita fikir negatiflah jadinya. Aku tak nak kata aku trauma. Aku takut. Baik aku cakap aku berani drive. Dapat jugak pengganti Maria kan?

Ps: Malu nak jumpa dia. Wargh:-D
Published with Blogger-droid v1.7.4

19 comments:

ijA said...

maka..think positive..daapt sesuatu dari entri ini..positive..terima kasih iffah..semoga bertambah baik dari sebelum ini..

Eera Shera said...

kuatkan semangat yek?

msredcheesecake said...

Lebih baik jangan trauma drive. Susah nak gerak kalau tak drive. Sumer keje jadi lambat. Jadikan iktibar dan lebih berhati2 lepas ni...

cik pulau said...

kalau diberi peluang..
ai nak naek kereta dgn yu lg..^^.

Addin said...

think positif ! :) kalau asyik negatif je, memang negatif je la memanjang kan . hee

p/s : ehem ! siapa 'dia' tu . hehe .

maszull said...

salam iffah...kita kena fikirkn yg elok2 baru boleh menerimanya dgn elok jugakn...

p.s kena kuatkn semangat baru rasa truma itu akan ilang...

Luqeem™ said...

trauma itu adalah ketakutan yg ditanam dlm otak kita..

semua yg terjadi ada hikmah nya..klu kit ada rasa takut, sperti kita takut n tak bersedi utk trima dugaan dariNya..

Syazwan Che Deraman said...

saya pernah eksiden..moto langgar kereta saya..kebaboommm..

mangsa patah kaki dan tangan.

after that kejadian, aku trauma bawak kereta..rasa tak selamat je..lebih lebih lagi bila pandang side mirror ada moto kat belakang..saya risau dia langgar..kalau fikir logik, takkan dia nak langgar kan..tapi entah kenapa, minset saya say, robot yang bawak moto..sometimes, robot jadi tak betol and akan langgar kita..

walaupun kita dah berhati hati.
orang lain macam mana?.

selawat dan baca doa sebelum memandu.

aimie amalina said...

ecececececeh
maluuuu pulaaaakk
okeh lepas jmp die
bg taw sape die okehh!

Jer ... said...

kalau takut jangan ikut makan biskut :D

sea_lavender said...

btul kena lawan sikap -ve tu kalau tk ke mana kte ni~~ akui diri mudah lemah jugak tpi kena kuat + sabar~ yakin sgala ape2 yg Dia berikan..yg pnuh dgn himah-Nya..

JIJI YU said...

mentaliti tu penting

Meera said...

ye..saye mmg tanak naik kete anda drive sblm atau lepas accident..hoho..dangerous ok..

FasiHaH SupiaN said...

wooo sape nak dtg tueeeeee

Kalamhati said...

InsyaAllah iffah..mintak doa byk2 supaya Allah pulihkan dan kuatkan semangat..

kdg2 kita tak dpt mengelak takdir..kita hanya perlu bersangka baik dengan Allah kan..=)

mas saari said...

kalau akak mesti trauma sekejap pastu ok dah kot!

saya cello191 said...

boleh punya..
jangan pikir negative sgt..

Naniey TJ said...

lps ni kne drve hati2.... dgr ckp mak ni...k... jgn bt mak rsau sprh mati lg....xsuke mak

tamlegend said...

hati2 je peh ni...insyaAllah...tak leh nak dilayan sgt trauma tu...buat susahkn diri sendiri je t...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers