CORETAN TERBARU NADH

Kanak-kanak ibarat span


Pagi ni ada Bengkel ibu bapa mengajar anak membaca di rumah. Tu guru pembimbing kami yang sibuk memberi pendedahan pada ibu bapa. Tengok? Sikit kan? Betapa tak prihatinnya ibu bapa tentang akademik anak mereka. Sebagai ibu bapa, wajarlah memberi kerjasama begini. Nanti anak dia tak pandai salahkan kita sebagai pendidik. Tapi berapa jam je anak-anak tu dengan cikgu?

Oh ya, kenapa aku kata anak seperti span? Sebab diorang tak tahu apa-apa. Setiap yang kita cakap, tunjukkan kepada dia semua dia masukkan dalam memori. Dia tak dapat bezakan yang baik dan buruk lagi. Sebab tu keluar pepatah, cikgu kencing berdiri murid kencing berlari. Kalau ibu bapa atau cikgu beri pendedahan yang tak baik, maka itulah akan jadi pada anak-anak. Sebab dia hanya menerima seperti span. Serap je baik ke buruk.

Contoh semalam, aku berborak dengan anak murid.

"Besar nanti nak jadi apa?" Aku tanya.
"Jadi pilot. Boleh terbang!" Ain jawab.
"Tak naklah jadi pilot. Mak kita kata perempuan jadi pilot selalu tak ada kat rumah. Nanti suami dia marah tau cikgu," Qilah.
"Bagusnya!" Aku kagum.

Tengok, macam mana nak dia beritahu. Macam tulah dia terima. Jadi kadang kita cakap merapu ke apa ke budak akan ikut. Terima tanpa syarat. Jadi jaga kata. Jaga perlakuan. Kita berada di mana pun kita adalah model. Bukan yang baik je dia ikut. Yang buruk pun. Renungan bersama. Bukan ibubapa pun kena peka pasal ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

aamalinaazman said...

heee
baik cekgu ipah
nanti saya masukkan anak saya di kuarintin zone yg baik2 je
hihihi :)

najwa nano said...

betul2..anak2 tu cerminan ibubapa.kalau macam tu diajar macam tu lah jadinya.

Unknown said...

span tu mcm spongebob kan

mas saari said...

sebab itulah kita kena berhati2 dengan setiap kata2 yang kita ucapkan pada anak2..

Nong Andy said...

Bila jadi ibu baru aku tahu.

Ah.. susah sebenarnya jadi mak bapa ni. Patutlah ramai yang gagal! jadi ibu bapa ni bukan takat nak bagi cukup makan pakai.. nak bagi kasih sayang.. malah lebih byk dari itu..

tapi tentu saja aku kena berusaha mendidiknya dengan baik. insyallah..


*Bagus n3 ni iffah!! aku suka sgt.. yelah aku kan IBU :)

Unknown said...

jangan kongkong sangat fikiran anak2

reenapple said...

aku guna nasihat kau bila aku ada anak nanti.. hehehe

Kira Sakura said...

bukan ibu bapa je kena peka.. setuju ngn iffah...

kita yg around dgn die nie pn sebenarnya salah satu teladan die

maszull said...

assalamualaikum iffah...wah dengar tu cikgu dah ckp apa....lain kali jgn buat yg x elok depan kanak2 mereka senang mengikutinya...:)

Eera Shera said...

melentur buluh biar la dr rebung..cewah haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers