CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Lain dari lain

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa perasaan kamu bila kamu seperti lain dari mereka yang lain? Pasti sedih menyelubungi. Rasa rendah diri sudah pasti. Tapi mengapa ditangiskan takdir yang menimpa? Bukankah setiap manusia ada bahagiannya. Lain manusia lain ujian yang Allah berikan.

La tahzan buat diri sendiri dan mereka yang mengalami rasa ini. Mungkin akan rasa ganjil. "Kenapa aku begini?" "Malu bila orang melihat kelemahan aku," Segala monolog yang negatif mula bermain di kotak minda. Adakah kamu menyesali dengan takdir yang tersedia buat kamu? Usah bersedih dan jadikan ini sebagai motivasi diri.

Bersyukur kerana kamu masih lagi bernyawa dan dapat menumpang di bumi Allah yang Esa. Ramai lagi yang bernasib malang. Jangan sebab kelemahan kamu dari segi fizikal mahupun mental membuatkan kamu sesal untuk hidup. Ingat setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Muhasabahlah diri kamu. Kamu hidup untuk apa? Jika benar kamu mempunyai kekurangan fizikal ataupun mental, apa kata kamu seimbangkan dengan kelebihan. Memang orang akan memandang lemahnya kita. Tapi disebabkan kelainan dan kelemahan kita takkan nak terus merendah diri dengan kelemahan yang ada? Takkan kita nak berdiam diri apabila kita dibeza-bezakan hanya kerana kelemahan yang ada? 

Bangun dan senyumlah pada dunia. katakan pada mereka kamu juga sama seperti mereka. Bukan insan yang lemah. Bukan sekadar manusia yang pelik yang hanya bisa dikeji mahupun raih simpati. Bangun dan berdiri gagah dan teruskan menuju matlamat sebenar kamu dalam hidup ni. Persetankan kata manusia kerana kita sebenarnya sama semuanya.

9 comments:

msredcheesecake said...

Untuk menerima kelemahan diri sendiri memerlukan kekuatan hati dan mental.... Belajar sayangi diri walau macaman pun rupanya...

KuNanGKuNanG said...

kene sentiasa bersyukur dangan anugerah Allah..jgn sesekali kufur dgn nikmatnye..:)

lieynanilaz said...

tidak ada manusia yg sempurna...setiap orang ada kelemahan..

ErnieFaizal Siti said...

Tidak ada yang sempurna...kalau dia ada kelebihan, sudah tentu dia pun ada kekurangan..jgn terlampau taksub dgn kelebihan org lain dan bersedih dgn kekurangan diri sendiri..yang penting perlu ada keyakinan dan percaya diri serta sayangi diri sendiri..

reenapple said...

yaaa... aku bersyukr dengan apa yang ada.. =)

Unknown said...

syukur.. :)

maszull said...

assalamualaikum iffah...sentiasalah bersyukur ngan apa yg telah dikurniakan pd kita...:)

Naniey TJ said...

Selagi kita memandg dri kita dgn rasa lemah n kurang, selagi itu kita hidup bukn dgn rasa syukur...

syukur itu mudh utk kita ungkpkan tp susah utk kita lakukan....

pada hari ini. Allah masih beri kita nafas, nikmat pncaindera, rezeki yg melimpah ruah, keselesaan n kesenangan. BERSYUKURLAH. jangan pandag lagi pada kelemhn yg sedikit itu... ingt jdikan ia tauladan...ingtn utk msa hadapan.

Hiduplah dengan perasaan aman... diri kita mmg dlahirkan dgn kekurgn.. jgn sesal n jgn bimbng... selagi Allah pinjmkn kita khdpn slg itu Dia masih ada utk kita... pndglah pd org yg sygkn ko... pdulikn pd org yg m'geji... krn ko n ak thu kita tetap ada utk sling m'beri n m'yokong....

Nong Andy said...

muhasabah diri.. itu ubatnya kan?

kadang kita x boleh elak dari fikir negatif ttg kekurangan diri.

*well said Iffah :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers