CORETAN TERBARU NADH

Part 3: Ya Allah!

"Bagi budak ni minum dulu," Suara lelaki yang sama kedengaran. Ya aku sungguh dahaga. Panas terbakar masih terasa. Tekak perit saat air ditelan.

"Muka saya macam mana?" Aku meraba wajahku. Menggerutu mungkin. Sebelum aku tak sedar aku nampak api menyambar muka. Aku yakin akan hal itu.

"Okey je dik. Minum lagi?" Wanita itu menyuakan botol air. Aku minum lagi.

"Rambut saya terbakarkan?" Aku memandangnya. Dia mengangguk. Malas layan barangkali. Aku masih banyak mulut saat kritikal begini.

Lampu berkelip datang ke arah kami. Aku mengagak ambulans sudah datang namun hampa. Bomba pula yang datang. Hati aku mengeluh. Sakit masih terasa.

Beberapa minit kemudia beberapa lelaki datang tanya hal yang sama.

"Awak sorang je dalam kereta? Ada mangsa lain?" Aku senyum dan geleng. Dia mungkin bomba. Aku agak je. Kepala makin berat. Rasa nak pitam. Tunggu ambulans dengan penuh sabar.

Nota Iffah: Pendeknya sambungan kali ni. Hurm tetiba rasa malas nak kenang kejadian tu.

Ps: Dia jadi datang ke tak eh?
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Addin said...

macam mana iffah sekarang ? :)

aamalinaazman said...

hayoooooooo
sedih je dgr
mmmm
x pe cyg ku
dah lepaiiih kan
alhamdulillah
kak ngah dah mkin sihaaattt! =]

CikguAreefNaim said...

salam,

kenangan yg memberikan pengajaran yg berguna buat kita semua... mg cepat sembuh yer...

nnti dorang datang bw kek khas dr CMG... sy ada bg kad pd semua yg dtg kat rmh CMG td, nak bg Iffah gak, tp terlupa pulak...

Cik Pulau said...

yuu..
kalau malas nak kenang..
jangan nak kenang ok..

papepun. ai doakan yu cepat sembuh..^^,

msredcheesecake said...

Nampak macam iffah tabah...alhamdulillah... Ada hikmah, percayalah....

FaKArePa!n said...

kalau iffah xmo kenang.. bek lupakan aje ifah.. nanti ade implikasi terhadap jiwa raga plak kan..

maszull said...

salam iffah...sedihnya dengar cite iffah ni,semoga iffah cpt2 sembuh yer...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers