CORETAN TERBARU NADH

Rancangan agama

Bosan sungguh tajuk entry ni. Aku bukan apa. Pagi tadi tengok satu rancangan agama yang menarik kat tv al hijrah. Selain oasis channel ni bagus dalam menyebarkan ilmu agama.

Yang peliknya, orang kita khususnya yang beragama Islam selalu sangat mengelak untuk tengok rancangan macam ni termasuk aku. Aku memang memilih bila tengok sebab selalunya rancangan agama bosan.

Kenapa? Sebab orang tu tak dapat tarik minat orang muda untuk tengok. Sebabnya selalu ustaz dan ustazah yang berbicara di kaca tv terlalu tua dan penyampaian tak.menarik.

Tapi ustaz yang aku tengok pagi ni muda. Sangat bersemangat bila menyampaikan sesuatu. Satu keluarga aku menanti rancangannya. Hebat kan? Dia mengajar tentang cara membaca al quran.

Ustaz ni memang bagus. Namanya ustaz Don. Kalau tengok muka dia korang dah rasa bersemangat. Jadikan dia contoh dalam urusan kita. Terutama kepada yang bergelar guru. Bila cikgu semangat murid pun semangat.

Kalau tak percaya boleh bukak tv al hijrah jam 10 pagi hari sabtu. Kalau salah maaflah. Aku pun tak ingat sangat. Dah dua minggu berturut-turut kitorang tengok dia mengajar. Terus lekat ilmu. Tahniah ustaz. Korang tak berminat ke nak belajar dan tambah ilmu? Renung-renungkan ye.

Ps: Dia pun ustaz jugak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Dr. Bentara said...

agama ni biasanya melawan nafsu. Yang ikut nafsu, Hantu Bonceng tu pasal juta2 kutipan

;)

Hafizin Jamil said...

oo..macam tu

aamalinaazman said...

minaaaaaaaaaaaaaaatt
mak ari2 buka
tanyalah ostad
kikikiki


ehem, ostad keeeee
hehehehe...

D'ya Marshmello said...

huhu, betul tu.ramai yang mengelak bila nak tengok rancangan agama.lumrah manusia..

Jom baca! : Jom Shopping Shawl Secara Online

Unknown said...

betol tuh.kadang2 yg bagi ceramah tuh x dpt tarik minat.bosan bila dgr.

Asyiqin Haulisah said...

penceramah pun kena pandai buat joke sikit. baru lah menarik minat even penceramah tu dah tua sekalipun. :)

Unknown said...

method dakwah sekang ni kenad modified sikit

Cik Pulau said...

kat umah xde astro..huhuhu..

dia ustaz??? ehmmm

Nur Zulaikha said...

sy memang suke ngan ustaz don daniyal tu..sgt bersemangat n klaka..sng nk blaja..ari sabtu mesti terpacak dpn tv tgk segmen tu..hehe

Ijah EmoTemo said...

skrg byk rncgn agama yg santai dan menarik :) tp mmg kebanyakkan org mls nk tgk heheh

tamlegend said...

cnth rancangan agama y membosankan Forum Perdana Ehwal Islam...tak tau la knp...dah cuba tgk dah...tp mesti tv tgk cik tam balik..hehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers