Sikap apa yang terlalu menonjol bila sebut masyarakat kita? Tak tahu? Uih bukan orang melayu je. Satu Malaysia ada sikap macam ni. Cuma tak semualah. Tapi rata-ratanya memang ada sikap ni.
Sikap apa? Sikap suka prihatin yang berlebihan. Oh prihatin memang bagus. Nak-nak orang yang memerlukan bantuan. Orang yang dalam kesusahan. Orang yang kemalangan di jalan raya.
Sebab sikap prihatin merekalah jalan raya selalu sesak. Sebab mereka nak sangat ambil tahu tentang orang yang kemalangan tu. Hidup ke tak? Ada terkeluar tulang ke? Tapi kalau setakat nak ambil tahu tapi tak tolong baik kikis sikap prihatin tu.
Ada pulak yang bila tengok tangan berbalut, kaki susah nak jalan kat mana-mana sibuk tanya macam-macam. Yelah orang prihatin kan. Aku tak kata salah ambil berat pasal orang kesakitan macam tu.
Tapi janganlah berlebihan. Buat orang lain rasa rimas. Tanya pulak soalan yang sama. Kita ni manusia biasa. Kalau asyik kena soal benda sama bosan tak? Terima kasih sebab ambil berat. Tapi tolong, tak semua benda kita kena sibuk ambil tahu.
Kesimpulan, prihatin tu tak salah tapi sikap busybody haruslah dijauhi. Buat orang menyampah adalah. Sibuk sangat jaga tepi kain orang pun tak elok jugak. Cuba-cuba kurangkan keprihatinan yang terlebih tu ye.
Ps: Dia kembali aktif. Magik!
Published with Blogger-droid v1.7.4
13 comments:
salam
senang nak bawak berita balik..bila kuar paper esok, cakaplah
eh aku tengok depan mata..semalam
Prihatin tlebih d jln raya itu myakitkan hati.
hmmm.. betul tu,suka sgt perati kn org... kalau ada eksiden sampai jem, sbb prihatin sgt la tu.. pnah dlu kaki ni jln bertongkat..smua pakat dok pandang,sbbnya telebih prihatin
ok.. lpas ni sy xnk prihatin kt awk dh.. haha.. ;-p
aku busy body ke..?
jangalah prihatin lebih2 sampai susahkan orang kan?
kesimpulannya jangan terlalu prihatin..
jgn la jaga tepi kain org sampi org rase menyampah lak kn.
sape yang prihatin sangat kat u tu?
boboi tak prihatin langsung, haha
sbb tu aku mls nk tnya kaba ko..takut org kate aku bizi body..haha
dia y kembali aktif tu prihatin tak???
huuuu
opah kene krgkn prihatin opah ni
huuuuu...
Post a Comment