CORETAN TERBARU NADH

Usah persoal isu halal

Aku bukan nak berlagak bagus tapi sebagai blogger prihatin aku nak tegur sikit. Kebanyakan blogger suka kongsikan maklumat.

Tak salah pun kalau nak kongsikan. Tapi kenalah pastikan apa yang dikongsikan itu benar-benar sahih. Kalau tak kita pun turut bersubahat menyebar fitnah.

Ada satu produk biskut dikatakan ada alkohol. Korang ada bukti ke dari jakim? Ada ke bukti mengatakan itu tak bolrh di makan?

Saudara ibu yang kerja di bahagian jakim cakap kadang-kadang itu semua fitnah supaya perniagaan produk tu gagal. Bila check di bahagian jakim tak ada pun nama ustaz yang mengatakan biskut tu haram bagi umat Islam.

Jadi kalau tak yakin jangan sebarkan. Kalau ragu-ragu jangan makan biskut tu. Jangan fikir isu halal tu hanya pada makanan.

Korang yak terfikir halal ke gaji yang korang terima bulan-bulan? Ada tak hutang yang korang tak bayar? Kalau orang tu halalkan tak pelah. Kalau tak? Belum lagi duit kopi aka duit rasuah?

Kesimpulan, kita kena peka tentang hal halal haram. Nanti nak jadi darah daging kan? Cuma janganlah asyik fikir haram tu pada makanan semata-mata. Renungkan ye. Aku pun ingatkan diri sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Anonymous said...

em...
btol jugak..
kene banyak muhasabah dri

Unknown said...

hurm..nak sebar pon tgk2 le sumber sikit

Shazwan Azizan - wanblur said...

duit rasuah plg payah nk minta halalkan. sebab rasuah --> haram. Haram + halal = haram.. hehe

p/s : jemput join bloglist wanblur :)

Unknown said...

sapa yang dah tau atau dia tak pasti.. tapi dia sebarkan jugak, dia adalah penfitnah!!!

Anonymous said...

baik bunuh orang daripada memfitnah.

aamalinaazman said...

biskot munchy ye kak ngahhh
huuuu
sshnye nak mkn skrg ni =(

Syuhada said...

skrg ni mcm2 haram..erk...takot plak...

Cik Pulau said...

kalau dah jadi darah daging ni susah la..

FaKArePa!n said...

biskut ape ni ifah ???

bikut marie ke??

Che Cha said...

hehe mmg now tengah hot isu halal food. sbnrnyer mmg apa2 pon datang dari makanan yg bersih or tak.

btw, gaji pon dah satu hal kat situ. tatau la kite keje tu betul2 ikhlas dan cukup tak, atau ada yang mengularrr dan gaji yang kita terima tu sbnrnyer x sampai separuh pon gaji yang diberkati. :)


sbnrnyer, isu makanan ni bukan aje kat makanan je...tp stat mula process, barang2 buat makanan tu...byklah benda yg kalau kite check balik, sbnrnye ada yang tidak halal. yelah, yg pengeluar makanan pon, ramai non muslim kan.


semoga kita sumerrrr sama2 buat sesuatu untuk sumbangkan pada masyarakat Islam. hehe.


kerja kena ikhlas~ nanti byk x halal dari situ! rajin sedekah n zakat!

:P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers