Anak: Mak sinilah mak. Sinilah tengok ni.
Mak: Kejap. Mak penat ni.
Anak: Ala kejap je. Sinilah lambatlah mak ni. (terus mendesak)
Mak: Hah apa dia? Mak tak larat nak ke sana sini.
Anak: Ni pilihkan untuk orang. Yang mana satu okey?
Mak: Tak reti mak pilih. Ikutlah yang mana pun. Mak penat.
Anak: Mak ni tak membantu langsung. Kalau adik ikut je cakap orang. Tak ada pun bising kata penat.
Mak: Mak tak kuat macam dulu. Ni kenapa ambil banyak sangat?
Anak: Biarlah. Mana tau nak guna.
Mak: Membazirlah. Dah lah mahal.
Anak: Rm3 je mak.
Mak: Sekeping RM3. Hah kan dah mahal tu.
Anak: Murahlah tu mak.
Mak: Dah, mak nak keluar. Mak penat. Kamu belilah dulu.
Anak: Mak ni. Kejap je dah penat. Tak best shopping dengan mak. Temankanlah lama lagi. Orang banyak benda nak cari ni.
Mak: Lepas ni mak temankan balik. Mak rehat kejap.
Anak: (Diam)
Dialog diubah suai atas sebab tertentu. Ada tiga situasi yang melibatkan perbualan. Tapi aku rangkumkan jadi satu. Aku bukan nak curi dengar tapi kalau dah kuat volumenya. Orang kat luar kedai pun boleh dengar. Sila muhasabah. Adakah kita tergolong seperti si anak? Aku juga mengaku kadang aku juga terlepas kata begini. *emosi kalau nampak anak kurang ajar!
Published with Blogger-droid v1.7.4
12 comments:
huhu... moga kita dijauhkan Allah dari sifat2 yang tercela... rangkumkanlah kita dalam mahabbah cintaNYA
Aku dah xde can nak desak mak macam tu.. dia x sempat pun tgk aku remaja.. nak tgk aku bersuami.. apa lagi nak tgk cucu.
(sebenarnya dia tentu sedang tgk kami semua dari 'sana' kan?)
ah.. rasa rindu pula. kalau rindu kat arwah mak ubatnya alfatihah..
tentu sonok nak manja2 dgn mak :)
* Hargai mak ketika dia masih ada..
jgn le nak kurang hajar dgn mak kan... bertuah sapa masih ada mak.
mendesak mak?
apa nk jadi dgn anak sekrg ni...ish3
Salam.
Urmm. Saya pun kadang macam ni. Mendesak. Entahlah. Saya tak pandai cara nak cakap elok2 kot kalau nak terangkan mak pasal sesuatu hal. Tentnag keperluan dan kepentingan sesuatu perkara. Orang dah berusia memang susah nak faham sikit.
kesian kat makcik tu
buat mak cam takder perasaan
dulu wktu kecil2 suka kte mak tak adil... adik dpt semua, aku tak dapat... cakap mak jahat sebab suka malukan aku.. tu zmn2 sek rendh.. tp xda la nk m'bentak.. setakat cakap dalam hati dan pastu nangis sakit hati... rasa banyak dosa dengan mak n xkan kte mak mcm tu lg. selama2nya takkan kte mcm tu
ble dah besar, aku mula xblh nk berpisah ngan mak. mak dah mcm kwn baik aq... smua bnda aku nk share ngan mak aq... smpi suatu saat aku rasa aku tak boleh hidup kalau mak tak ada kat sisi aq... n aku harap aku akn pergi dulu dr mak sebab ak tak snggup nk pisah dengan mak...
mmm... apa yg cuba di smpikan... mak selalu fhm apa yg ank dia nak.. tp ank jrg2 faham apa yang mak nak. mak selalu fikirkan yang terbaik utk anak... tp anak selalu fikirkan yang terbaik untuk diri sndri...
sekian, perkongsian dr aku
p/s: jgn ada yg t'singgung. ini adalah apa yg aku rasa ble aq bca dialog ni
ish, jangan dimarah mak tu.
perhh.. alhmdulillah CK tak pernah kuang ajar mcm nie kat Cik Mama lagi. If g shoping, fhm2 la klu die da tak larat tu
alahai...kadang2 saya pun berperangai begini...
muhasabah diri mntk dijauhkn..
kasarnya bahasa dia dengan maknya =='
Post a Comment