ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum meneruskan pembacaan part dua versi aku. Apa kata klik PART 1 dan kemudian terjah versi kawan-kawan aku.
Cik Reenapple Part 2 (Tamat)
Cik Naniey Part 3 (Tamat)
Puan Mimie Nong Andy Part 2 (Tamat)
Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku
masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan
binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog
aku sendiri.
“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali.
‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan dia berada di depan aku
kini. Tekak tiba-tiba terasa pasir di dalamnya. Satu kata pun aku tak terluah. Hanya
isyarat mata yang mula lincah.
“Aina are you okay?” Suara Zahiril sekali lagi menggetarkan rasa. Aku
tergamam seketika.
“Hai Airil,” Aku tersasul memanggil nama timangannya. Ingin saja aku
menampar mulut sendiri. Zahiril tersenyum.
“Kenapa Aina? Tak sabar nampak nak panggil nama saya. Mujur tak tersasul
abang tadi,” Ketawanya lepas. Aku bertambah malu. Dia sengaja memalukan aku.
“Zahiril tak kelakar okey. Kenapa awak datang ni?” Lemas ditenung
begitu. Aku terasa bahangnya tiba-tiba.
“Saja. Saya ada hal tadi. Lepas tu nampak awek cun melecun sendiri. Sebelum orang mengorat baik saya sapu dulu,” Aku mendengus geram.
Dia sengaja. Sengaja cari pasal. Makin berbulu mata melihat muka
bahagianya. Mana taknya, tempoh makin hampir menuju penamat. Aku takkan
benarkan dia menang. Dia terlalu ego.
“Aina kenapa senyap je ni? Tengah kecewa sebab kena jadi isteri saya?”
Zahiril ketawa lagi dan itu benar-benar menjengkelkan hati aku. Lantas aku
mengangkat punggung. Baiklah aku beredar dari dipermainkan begitu. Aku belum tewas.
Zahiril masih tersenyum saat aku meninggalkan dia. Janji aku memakan diri kini.
Aku benar-benar tak ingin tewas.
Xxxxx
Suasana tegang. Suara lantang aku
mengejutkan seisi rumah yang sibuk menyiapkan persiapan hari bahagia aku
kononnya. Sedarkah mereka yang aku menderita dan terseksa. Gara-gara kata
sendiri.
“Apa Aina cakap ni? Aina sedar tak?”
Papa mula mendekati aku. Aku rimas. Rimas dengan semua penipuan dan kemenangan
Zahiril.
“Aina tak nak kahwin dengan Zahiril. Aina tak
nak perkahwinan ni diteruskan. Papa please!”
Aku menangis kuat. Semua tetamu termangu
dengan tangisan aku. Aku tak sedar apa yang berlaku. Yang aku tahu aku dipimpin
masuk ke bilik. Semua orang mula nak berceramah free. Pot pet pot pet yang memedihkan juga
aku dengar. Bisa namun aku gagahi kerna aku tak sanggup memberi kemenangan pada
Zahiril.
Aku benci melihat permainan cintanya. Bermula
dengan kata manis. Kemudian asakan peminangan mendadak. Akhirnya aku sendiri
kalah dengan kata sendiri. Aku dan dia akan menikah dua hari lagi. Aku tak mahu
tewas. Aku masih perlu gagalkan permainan terancang Zahiril. Aku benci dia. Aku
benci!
Xxxxx
Segalanya tak seperti yang aku rencanakan. Malah aku diam menikus. Tunduk merenung labuci
yang sarat. Dengan sekali lafaz aku menjadi miliknya. Dengan sekali lafaz
hidupku berubah 360 darjah. Dengan sekali lafaz jugalah dia dan aku disatukan
atas satu ikatan yang suci. Dengan sekali lafaz cintanya meluntur segala egois
diri.
Aku senyum dalam bahagia. Aku menangis dalam suka. Aku ketawa tanpa kata.
Aku bahagia kerana aku menjadi milik dia. Zahiril, lelaki yang aku benci pada
dasarnya bertukar suka. Dari suka merubah cinta. Hanya sekelip mata aku akui
yang aku telah kalah. Aku tewas dengan dia, suamiku. Aku tewas dengan ego
sendiri. Aku tewas namun aku bahagia.
“Assalamualaikum,” Salam dia beri. Aku
menjawab dalam hati, Aku cinta aku suka dia. Namun, aku diamkan saja. Enggan dia
tahu dulu. Malu menyelubungi saat cincin tersarung kini. Perlahan aku mencium
tangannya penuh syahdu. Air mata wanita menitis saat itu. Tiada saat yang lebih
indah bagi si dara.
“Hai kenapa nangis ni Aina? Kecewa ke
sebab awak kalah?”
Kata-katanya mengundang tawa. Terasa air mataku dikesat
perlahan. Jarinya yang berjasa. Aku menghadiahkan senyuman terhadapnya lantas
cahaya kamera menyilau mata kami berdua. Terasa cahaya kebahagiaan mula
menyuluh hidup aku kini.
Xxxxx
Peluh menitis perlahan. Lantas aku menyekanya.
"Abang, saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh kain,
jemur kain, lipat kain, buat air, buat minum petang."
“Ya abang tahu Aina. Setiap minggu abang dengar dialog sama. Sayang
tak bosan ke?” Zahiril mendapatkan aku.
“Ala biarlah nak ulang
banyak kali pun. Dahlah weekdays Aina kerja tak sempat nak buat. Hujung minggu
ni jelah Aina ada peluang tau, jadi abang jangan nak merungut," Aku mula membebel.
“Abang tahu sayang abang ni memang isteri mithali. Tak rugi
abang pinang cepat-cepat,” Suami aku ketawa. Aku turut tertawa sama.
“Yalah paksa orang terima dia kan?” Aku balas pulak.
“Amboi, ni ikhlas tak terima abang ni? Aina jangan nak buat
abang nanar tau,”
Jelas gusar nada suaranya. Aku ketawa kuat. Masakan aku nak
melepaskan jodoh yang sememangnya untuk aku. Dan sebenarnya memang aku telah lama
jatuh cinta pada suamiku kini. Aku cuma ego dan malu pada awalnya. Cinta yang
aku dambakan kini menjadi milikku. Aku cuma berharap agar cinta ini akan
menjadi jambatan untuk menuju cinta yang hakiki pula. Aku bersyukur dengan
hadirnya cinta insan bernama Zahiril!
Tamat!
10 comments:
ohoooo..berjangghut aku tunggu sambungannya.. kikikiki.
nice.. =)
suka suka.. thumbs up.. =)
hahahaha... akhirnya m'buat plhn yg sma dengan aku.... cerpen ko sbnrnya da byk improvmnt.... dh mkin baik hari demi hri.... dah bleh nk bt antologi crpen.... good luck
sokong naniey tj ni...i nampak ada improvement dari susunan ayat...makin smooth...nice~ :)
Sukaaaaa
suka sgt .. best
wahhh romantiknyaaa... dari benci menjadi suka... akhirnya disatukan dalam sebuah ikatan nan suci abadi...
Macam terbayang plak rasanya nak dapatkan isteri yang solehah macam ni,.. hehehe.. bestnya Zahiril (",)
akhirnya siap juga :)
ingatkan aku tunggu buah yg x gugur :)
Tpaksa baca part 1 balik sbb lme sgt smbungan dia...
Adeihh...
(+.+'')
(sory lme x terjah sini,
bkn sini je,semua tmpt x terjah.
Busy dgn urusan dunia.)
suka ending diaaa! :)
ngada jer si aina nie.. hihihihi
Post a Comment