CORETAN TERBARU NADH

Definisi cinta dari perspektif berbeza

Cinta tak membutakan sebenarnya. Cinta membuatkan saya celik. Saya ingin lebih mengenali awak. Mendalami apa itu cinta. Cinta telah membuka mata saya yang pastinya- Remy Ishak dalam Keabadian Cinta. (Diubah mengikut daya ingatan penulis)

Cinta selalunya sinonim dengan perkataan buta. Cinta itu buta. Cinta tak buta tapi kita yang membutakan diri. Ataupun cinta membutakan kita. Cinta buta sebab tu kita takkan tau dengan siapa yang akan kita cinta.

Bila tengok si pekak Remy dan si buta Sari Yanti dalam Telemovie tu membuatkan aku berfikir sejenak. Ya, mungkin ada benar kata-katanya. Cinta tu mencelikkan kita. Bila dilamun cinta kita ingin mendalami sesuatu. Memahami sesuatu yang selama ni kita tak tahupun.

Misal kata cinta Allah. Apabila kita cintakan Allah, maka automatik kita ingin lebih mengenali siapa Allah. Bagaimana sifatNya. Apa kekuasaanNya? Adakah Allah boleh membantu kita dalam kesusahan mahupun kesenangan? Persoalan yang sentiasa berlegar membuatkan kita lebih celik tentang Allah. Lebih ingin mendekati Allah. Sedangkan tanpa cinta kepadaNya, kita langsung tidak takut dengan hukuman dariNya. Langsung tidak ingin mengetahui tentangNya. Maka cintakah kita dengan Allah? Adakah cinta kepada Allah juga membutakan mata manusia? Renungkan :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Cik Pulau said...

cinta Allah cinta yang hakiki.. itulah yang paling pasti...^^

QasehSuci said...

setuju sangat dengan iffah...

Unknown said...

bila aku jatuh cinta....

Naniey TJ said...

cinta adalah anugerah... nikmat Allah pd sekalian makhlukNya.... cinta itu celik...yg butanya hati... jika hatinya buta pastinya cintanya juga akn buta... buta menilai sesuatu d depan mata.....

Manusia hdp dgn cinta tanpa sedikit pon blh m'gelak drpdnya.... cinta dr ibu bapa... cinta dr adik beradik n yang pling pnting cinta dr Allah yg m'berikan kehdpn ini kpd kita.... renungkanlah

reenapple said...

yaa... CINTA pada ALLAH itu yang hakiki. Jika cintakan ALLAH.. nescaya, cinta itu akan celikkan kita...

*tak tahu apa yang aku merepek ini.. =P

Eera Shera said...

sdp cite tu tp x tgk abes pn

maszull said...

assalamualaikum iffah....cinta pada Allah akan tetap kekal abadi selama2nya....:)

mas saari said...

betul tu iffah.. cinta pada Allah kekal abadi! cinta sesama manusia sungguh sejati jika diselami kasih sayang yang tidak terperi..

Nong Andy said...

aku tak pernah tgk telemovie tu..

*Cinta padaNya paling utama. tapi ramai yg lupa..

Kira Sakura said...

Cinta yang Hakiki, insyaAllah akan diberikanNya rasa cinta untuk yg lain :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers