Assalamualaikum para pembaca.
Hari ni aku nak berkongsi resepi. Maklumlah lama dah tak share resepi kat sini. Semakin malas nak update blog sebenarnya. Tapi sebab sahabat blogger tegur mana resepi-resepi masakan? Lama tak letak.
Ini hasil setelah dihias oleh adik aku |
Ni yang buat aku nak kongsi ni. Resepi asal dari Sunah Sakura.
Light Raspberry Cheesecake
Bahan A:
90gram gula kastor (aku guna gula pasir sebab gula kastor tak ada. Tapi aku kisar dulu bagi halus)
3biji putih telur gred B
Bahan B:
300ml susu segar (dutch lady full cream)
6 keping cheddar cheese (guna cheesedale) tapi aku tambah sekeping lebih.
110gram mentega
Bahan C:
3biji telur kuning gred B
110gram tepung gandum (ayak tepung)
1camca kecil esen vanilla (aku lupa letak)
Bahan D:
250gram Filling raspberry
Cara membuatnya:
1.Panaskan ketuhar 180 C. Lenserkan loyang dengan mentega.
2.Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan kepingan keju. Kacau rata. Setelah keju cair barulah masukkan mentega.
3.Pukul putih telur dengan gula hingga kembang. (Uji tahap kembang: Pusingkan bekas dan pastikan adunan tidak jatuh)
4.Pukul telur kuning, tepung dan bahan B.
5.Kacau perlahan semasa memasukkan bahan A. (Penting nanti bantat pulak kek tu)
6.Masukkan 4 senduk adunan selang seli dengan filling raspberry yang di letak menggunakan pipping bag. (kalau tak ada ambil plastik jernih. Potong bucunya sedikit saja)
7.Ulang langkah 6 hingga habis adunan kek tadi.
8.Bakar selama 50 minit menggunakan teknik 'Bain Marie' atau double boiler. (letak loyang lebih besar bersama air. Loyang kek diletak di atasnya. Suhu untuk bakar kek 175C.
Okey dah boleh cuba. Senang sangat. Aku bahagikan bahan A,B,C,D sebab mudah nak faham. Oh ya, aku dah buat tiga jenis kek keju.
1. Cheescake Blueberry menggunakan cream cheese.
2. Unbake Cheescake Strawberry juga menggunakan cream cheese.
3. Light Raspberry Cheesecake menggunakan cheddar cheese.
Bagi aku guna creamcheese banyak guna kos. Mahal kot. Jadi baik guna resepi ni. Sebab rasa sedap jugak. Ikut koranglah nak cuba ke tak. Yang penting sedappppp!
Published with Blogger-droid v1.7.4
16 comments:
hehe tak makan petang lagi ni.. terliur plak tgk..hehe
assalamualaikum iffah...fuyoo meleleh air liur den lihat kek tu...:)
Sodapnyo!!!!
p/s:Bukak2 je page ni..trus copy kt mic word..tinggal nk buat jek...hhehehehhe..thx ya..
telan liur..gulp~~
sedaplah pulak tengok, nak try buat lah nanti (:
teringin nak buat cheese cake..tp risau xde sapa makan
sedapnya. sedapnya. :)
Aku angkat bendera putih kalau tang cake ni.
*satu hari nanti aku akan belajar buat cake-->Janji itu dah 2-3 tahun masih belum tertunai. buat cup cake pon aku kantoi. tiada bakat?
apsal semua org post pasal makanan ni..huhu
heeeee
walawwweeeii
nnti jumpe opah
buat ni siap2 utk opah okeh
wajib!
hahahaahaa
alahai.. sooodap wa ckp lu..
yu..ai nk rasa sikit...heee~
insyaAllah nt try yg nie pulak ;)
cheese cake = feberet <3 ~
sedapnya! kenapa akak tak pandai buat kek...huhuhuuu
wahhhh.... kek!!! deno kalau semua jenis kek deno makan! emmmm... rasa nak mkn pulak... esok pegi cari kek la....
Post a Comment