ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak faham kenapa kena ada ayat sila beratur di mana-mana. Misal kata di sekolah sekalipun. mesti ada papan tanda tulis sila beratur. Cikgu pun selalu cakap sila beratur. Aku pun selalu sebut sila beratur kat anak-anak murid cilik aku. Tapi kan kenapa kita kena cakap macam tu? Kenapa asyik sebut sila beratur? Sedangkan masing-masing dah tahu bila nakkan sesuatu kena beratur. Nak ke mana-mana pun kena beratur. Nak ambil makanan kena beratur. Tol pun kena beratur. Tapi kenapa? Kenapa masih ada lagi tak reti nak beratur?
Takkan dah tua bangka pun tak reti nak beratur. Aku nak je sound sekumpulan orang yang jauh lebih tua dari aku. Lama dah makan garam. Tapi tak reti-reti nak beratur bila ambil makanan. Serius terus hilang respect aku. Kenapa nak berebut ambil makanan? Kita bukan anak-anak kecil yang tak reti beratur. Kita semua warga pendidik.
Malulah warga pendidik pun tak reti beratur. Macam mana nak betulkan anak murid kalau sendiri tak betul? Macam mana nak tunjukkan imej baik kalau imej kita buruk sebab perangai sendiri. Aku marah sangat bukan dia potong barisan aku. Bukan sebab aku. Tapi sebab dia potong barisan wanita mengandung. Yang berdiri beratur panjang. Malu aku sebagai bakal warga pendidik melihat situasi itu. Serius malu dengan perangai manusia yang tak ada timbang rasa langsung dan tak reti beratur.
SILA BERATUR WAHAI SEKALIAN MANUSIA. Patut tampal macam tu. Sebab anak murid dengan cikgunya 2x5 je perangai kan? Aku marah ni!
17 comments:
assalamualaikum iffah...betul tu kalau cikgu pun buat perangai x elok mcm mana anak2 murid nak buat perkara yg elok yer x..:)
tak reti nak sabar
LAGI TUA LAGI TAK BERILMU, RUGI TUL SIMPAN ORG CAMNI....GRRR...
tu pasal ada ayat "sila beratur" dek kerna orang yg sebegini...
lumrah kehidupan juga~~
erm.. tgk kalau kte kata
''jangan pijak rumput di situ''
lagilah mereka nk pijak..
bukan semua dapat hidup dengan arahan dan peraturan cik iffah ~~ sea_lavender sendiri ade pglaman
sabar cikgu iffah sabar,,,
kadang2 dgn org x reti beratur nie kita kena ajar cara halus :)
perghhh geram tul klu kena potong queue
SBb Tu LAh KAt MAna-MAna AD PAPan TAnda SURuh BERatur ,SBb RAmai YG TAk TAhu NK BEratur .CAm PApan TANda SUh KURangkn LAju Kat JALan RAya .TApi MAkin LAJu TAyar SPin .
tak kira siapa pun kita, yang penting kita tau respect orang. So, jom kempen, "Sila beratur!" :D
manusia biaselah.sape je yg perfect.kena sellau diingatkan.kadang2 kita sendiri pon x ingt.tak perlu nk ckp kt org lain.
ai beratur yu..
ai kan cikgu yang baik.. hihihi
wah iffah.. ni memang marah ni..
semenjak dua menjak ni slalu pula hanggin satu badan hehehe..
nanti aku tolong ketuk kepala cikgu-cikgi yg x nak beratur tu k :) biasa nih!
** org kata bila penat memang mood x brapa elok. haku kalau baru balik kerja-letih. maunya mengaum smpai rumah- mcm nak makan org. lagi2 dlm minggu ni hari2 balik jam 7pm stay back. balik rumah mcm nak makan jer rumah tu hehehe..
Salam.
Betul tu. Kadang orang yang lebih tua tak beratur. kalau la dia beratur elok, mungkin jugak orang kesian kat dia dan kasi dia jalan depan. Ini tidak, kita ditolaknya. , Dek saiz yang sedikit tak berapa besar selalu kena tolak ke belakang. Sedih dan geram.
hmmm memang kadang2 org yg educated ni kurang civilized sikit..
haaa beratur2!
tngok senarai bloglist :D
http://nurais-luahanhati.blogspot.com/2012/03/bloglist-mac-april.html
rmi yg x sbr utk beratur
emm.. deno pun nyampeh dgn org yg xtau nak beratur nie... bygkan kalau kite dah lama beratur, tetiba ikut sedap ati je potong line... pastu buat muka tak bersalah... hangin kan?
Post a Comment