ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku menangis. Sedih sangat. Tak sangka aku lemah macam ni. Ya Allah kau tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang beriman. Sungguh muda usianya. Ajal maut di tanganMu. Siapa aku untuk menolak takdirMu ya Tuhanku.
Tangisan aku ini beserta doa buat arwah. Semoga arwah tenang di sana. Sungguh pilu. Sedih terkata. Aku menangis. Sungguh lebur ego aku ketika ini. Ego mengatakan apa barang menangis tengok cerita. Lembik betul nangis sebab baca novel.
Tapi aku menangis juga akhirnya. Hati aku meruntun sayu. Sedih! Arwah mengingatkan aku sesuatu. Sesuatu yang pernah aku kehilangan. Sesuatu yang hampir kehilangan. Semua membuatkan aku terkenang kisah dulu. Ya Allah kau titipkan doaku buat arwah anak buahku Muhammad Ammar Ar-Ridho.
Ammar, lama tak melawat kubur Ammar. Cik De rindu=(
Kalau korang nak tahu apa punca aku menangis dan tiba-tiba rindukan arwah. Klik SINI. Budak ni tolong share kisah orang lain. Mungkin bagi korang macam drama atau novel. Tapi ini memang kisah benar. Aku sendiri tak sanggup terima sebuah kematian. Kerana hakikat itu sangat perit untuk ditelan. Perit sangat.
2 comments:
bykkan bersabar ye:)
ALLAH sentiasa ada untuk hambanya yg sdg bersedih :)
al-Fatihah untuk arwah Muhammad Ammar Ar-Ridho...moga dia tenang di sana.. ameen..
Post a Comment