ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bangun-bangun dah bad mood. Orang tidur masa tulah nak pasang tv kuat-kuat. Masa tulah nak lipat kain sampai bunyi satu rumah. Sabar Iffah sabar. Penatlah tiap hari kena tidur lantai. Rasa terbeban pulak dengan tanggungjawab. Ni malas nak pikul tanggungjawab. Tapi dah amanah kan?
Allah SWT berfirman :
إن خير من استأجرت القوي الأمين
Maksudnya : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qashas, ayat: 26)
Seorang muslim yang sejati itu pastilah sangat mementingkan amanah. Amanah itu menjadi agenda utama dalam hidupnya. Ini kerana amanah itu merupakan ciri-ciri utama orang yang beriman dan ia adalah lawan kepada sifat khianat. Sementara khianat itu merupakan sifat orang munafik.
Susah rupanya bila ada amanah. Nak tak nak kena laksanakan. Macam kita bekerja jugaklah. Kalau asyik mengula je. Berkat gaji yang kita terima tu macam mana? Bak kata orang, makan gaji buta. Aku tak dapat gaji pun. Tapi inilah amanah. Nak fikir pasal duit je sampai bila-bila tak habis kan.
Apalagi korang dah selesaikan amanah korang? Jangan sambil lewa pulak. Selamat menjalankan amanah yang diberikan. Ikhlaskan hati. Okey? Aku tak nak jadi manusia munafik. Dosa!
ps: Berbunga hati bila orang puji karya aku. Pcm tak kisah pun guna nama dia. Sempoi. Haha siapa lagi nak jadi pelakon tambahan. Mari-mari. Hari ni nak sambung paparazzi. Ina cakap cerita tu best=P
3 comments:
betul2. tak paham orang yang selalu curik tulang, tapi bulan2 amik gaji. tu sebab asyik tak cukup. sebab duit tak berkat.
memang susah nak melaksanakan amanah
kita sebagai khalifah di muka bumi Allah juga mmpunyai amanah yang untuk dipikul bagi menyebarkan kemanisan agama islam :D
Post a Comment