CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Ini kisah kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni berdasarkan gambar tingkap kereta Bro Ben. Tak boleh ambil gambar tu. Kang kena marah pulak. Korang bayangkan jelah eh.

Iffah merenung keluar tingkap. 'Adakah benar pilihan aku ini? Ya Tuhan tunjukkan aku jalan yang baik untukku'. Pemandu senyap memandu. Di belakangnya ada dua orang tua. Lelaki serta perempuan. Merekalah yang muncul dalam hidup Iffah secara drastik Iffah tak keruan. Dia tak sangka yang dia adalah anak yang telah lama dicari. Puas dia merintih di pusat kebajikan anak yatim selama 22 tahun. Dan kini dia dituntut. Bukan sesiapa. Tetapi ibu dan ayah kandungnya sendiri. 

Lebih mengejutkan lagi dia adalah satu-satu waris Empayar Holdings sendirian berhad. Yang selalu memberikan sumbangan kepada pusat kebajikan. Sungguh dia tak sangka. Air mata bergenang mengenangkan rakan lain di pusat kebajikan sana. Rindu. Baru beberapa minit berpisah masih terasa rindunya.

"Iffah, kenapa senyap je?" Datin Hasunah bertanya. Iffah geleng. Dia cuba mengawal emosi.
"Tak ada apa Datin. Jammed pulak kan?" Iffah cuba berlagak biasa. Sudah selalu Datin Hasunah melawat tempat tinggalnya. Sebati panggilan itu untuknya. Langsung tak terlintas dia anak datin. Datin dan Datuk yang memang baik hati.
"Apa pulak Datin. Mama, panggil mama sayang. Iffah tahu tak. Mama punyalah mencari Iffah. 5 tahun kami mencari," Sendu. Iffah senyap. Dia bungkam sendiri.
"Mama tak sangka anak mama dekat dengan mama. Selalu mama rasa naluri keibuan mama ni menyatakan Iffah anak mama. Tapi sebab ada laporan kematian yang menyatakan anak mama mati. Mama lupakan rasa itu. Naluri ibu memang selalunya benar. Kan bang?" Datin Hasunah menangis. Datuk Ady senyap. Dia hanya tersenyum.
"Iffah, panggil mama sayang. Panggil mama," Rayuannya menusuk. Tapi Iffah berat hati ingin memanggilnya.
"Iffah, takkan sedikit sayang pun tak ada kat hati Iffah?" Datin menangis lagi. Tak malu dengan driver yang tekun meredah jammed. 
"Sunah, budak tu baru je kita ambil. Awak janganlah paksa dia. Saya tak suka awak nangis macam ni," Datuk Ady tegas. Hanya dia je yang seperti tak berperasaan. Iffah perasan tu. Lelaki itu seperti membencinya.
xxxxx
"Iffah, kau okey ke kat tempat baru tu?" Amalina menelefonnya.
"Entahlah Ina. Aku rasa semacam je. Nak balik sana balik. Nak jumpa Lini, Nurin, Shida, Nadzri. Rindu diorang," Amalina sebak.
"Iffah, nanti kau boleh jumpa kitorang punyalah. Lagipun, kitorang bukannya tak nak kawan kau lagi kan?" Iffah sedih. Dia terasing dalam banglo mewah ini. Katilnya 2 kali lebih besar dari di pusat kebajikan tu.
"Aku tak nak duduk sini. Aku tak suka," Iffah menangis sepuasnya. Amalina menemani sepanjang malam.
xxxxx
"Kau siapa?" Iffah terkejut. Segera dia berpaling ke belakang. 'Ada lelaki? Tudung aku.' Dia terus berlari ke biliknya. Lelaki itu segera mengikutnya. Iffah takut dan menutup pintu. Ketukan bertalu-talu kedengaran. Peluh menitik. Iffah mencari tudung. Namun, ketukan terus senyap. Dengan perlahan dia membuka pintu. Iffah keluar untuk mendapatkan Datin Hasunah. Namun...
"Kau nak ke mana perempuan?" Tangannya dipegang. 
"Hei lepaslah. Tak tahu ke haram pegang tangan perempuan bukan muhrim?" Iffah marah. Lantang suaranya. Pembantu rumah, Mak Jah segera berlari mendapatkan mereka. 
"Oh kau bajet kau ustazahlah. Apa aku hairan. Setakat tangan perempuan miskin macam ni aku pun tak ingin nak pegang. Najis tahu tak?" Azizi melepaskan tangan. Dia bengang. Malu dengan Mak Jah.
"Hei, kamu jangan bergaduh. Ji, ni adik sepupu kamu," Mak Jah memperkenalkan Iffah. Iffah terkejut. Dia ada sepupu?
"Oh nilah budak yang kat rumah anak yatim tu kan?" Sinis.
"Buang masa layan kau mangkuk," Iffah bengang. Ditariknya tangan Mak Jah. Dia lapar. Semalaman tak makan.
"Kau kata aku mangkuk?" Azizi tak berpuas hati. Iffah menjelirkan lidah. Dia terus pergi bersama Mak Jah. Mak Jah hanya tersenyum. 'Semoga Iffah dapat kembalikan keceriaan dalam dunia mereka. Amin'
xxxxx
"Pak Ngah, kenapa tak beritahu Jiji pasal anak Pak Ngah tu?" Datuk Ady terkejut. 
"Oh Jiji dah tahu ya," Datuk Ady bangun dan duduk di sofa. Azizi mengikutnya.
"Pak Ngah ada sebab. Kamu tahukan Mak Ngah kamu tu. Dah berpuluh tahun masih bersedih," Azizi blur.
"Jadi apa kaitan dengan budak tu? Betul ke dia anak Pak Ngah?" Azizi sibuk bertanya.
"Tak, dia bukan anak Pak Ngah..."
"What bukan?" Terkejut beruk.
"Aah, kamu tengok Mak Ngah kamu. Gembira bukan main. Pak Ngah nak gembirakan hati dia je,"
"Tapi Pak Ngah sedar tak yang dia tu anak sesiapa entah. Entah jahat entah baik," Azizi tetap tak berpuas hati. Tindakan Datuk Ady memang mengundang kemarahannya. Dia bukan sahaja benci perempuan tu malah perempuan tu mungkin akan merampas apa yang dia ada sekarang.
"Pak Ngah tahu kamu mesti marah. Pak Ngah buntu. Pak Ngah pun dah cuba macam-macam cara. Tapi cara ni je berhasil. Budak tu pun masih dalam pemerhatian. Pak Ngah tengok dia baik. Sejak dia ada, rumah tu dah ada seri," Azizi menggeleng.
"Pak Ngah, bagi Jiji masa. Buktikan dia budak jahat. Jiji akan perhatikan dia sepanjang masa. Kalau dia cuba menyelam sambil minum air. Tahulah dia," Azizi berdiri.
"Ji, Pak Ngah percaya kamu. Tapi dia tak boleh dihalau. Dia akan tetap ada di rumah tu sampai ajal kami. Tapi harta mungkin dia takkan dapat. Kamu jangan risau," Datuk Ady menepuk bahu anak saudaranya perlahan.
xxxxx
"Mama, orang nak tanya sikit boleh tak?" Datin Hasunah tersenyum. Ditepuknya sofa sebelahnya. Iffah duduk perlahan.
"Kenapa sayang?" Iffah sungguh dahagakan kasih sayang ibu. Tapi dia segan. Segan dengan kemewahan yang diberikan.
"Kenapa papa macam tak suka orang?" 
"Eh ada pulak. Mestilah papa suka. Papa yang beriya cari Iffah tau. Kalau tak kerana papa, mama takkan happy macam ni," Tersenyum. Diciumnya dahi anak penuh kasih.
"Iffah janji dengan mama, janji jangan tinggalkan mama. Duduk sini sampai bila-bila. Ni rumah Iffah," Sebak. Mereka berpelukan. Iffah makin dapat menerima situasi baru dan keluarga baru. Cuma sepupunya seorang yang tak pernah bagi hidupnya tenang.
xxxxx
"Hai cousin," Iffah terkejut. Dipandangnya sekeliling. 'Bilik aku, ini bilik aku?'
"Memang bilik kaulah. Kau ni bangun lewat apasal?" Iffah membaling bantal kuat-kuat. Comforter ditarik menutup muka dan rambut.
"Kau berambus. Suka ke masuk bilik anak dara orang?" Jeritnya sekuat hati.Azizi gelak. Suka menyakat sepupunya itu.
"Kalau aku kata tak nak macam mana?" Azizi mendekatkan diri ke katil.
"Kau jangan cuba dekat dengan aku. Aku jerit nanti," Iffah atkut. Peluh-peluh. Baju tidurnya seksi. 'Tak kan nak keluar macam ni?'
"Aku ada kat tepi katil kau pun. Kau jeritlah aku nak dengar," Iffah senyap. Takut sungguh. Azizi menduga Iffah.
"Aku tarik comforter ni nak?" Iffah masih senyap. Azizi menanti. Lama. Kedengaran esakan dari dalam. Azizi terkejut. Segera dia menjauhkan diri.
"Dahlah, aku keluar. Aku nak ajak kau makan je," Iffah menguatkan lagi tangisan.
xxxxx
"Abang, saya dah buat keputusan," Datin Hasunah serius. Datuk Ady memandang isterinya penuh kasih.
"Keputusan apa Su? 
"Saya nak nikahkan mereka," Datuk Ady terkejut. 'Mereka?'
"Abang ni. Tulah busy dengan kerja. Tu anak kita tu dah besar. Memang patut kita nikahkan. Apa kata abang?" Datin Hasunah memicit bahu suaminya yang kelihatan letih.
"Abang tak kisah. Tapi dengan siapa? Nak ke Iffah tu kahwin?" Datuk Ady berdebar. Risau rahsianya terbongkar. Dia mana boleh jadi wali kepada Iffah. Tiada pertalian darah langsung.
"Dengan bujang terunalah bang," Gelak.
"Awak ni kan. Abang seriuslah," Tertawa melihat reaksi suaminya itu.
"Dengan Azizi. Yalah, saya tengok dua orang tu rapat sangat. Saya lagi suka. Jiji pun bukan ada family lain selain kita. Apa kata abang?"
"Sejak bila budak-budak tu rapat?" Pelik.
"Mak Jah bercerita. Habis menangis anak kita sebab kena sakat dengan Jiji pagi tadi. Abang suka tak?"
"Kalau budak-budak tu suka apa tunggu lagi. Kita tunangkan je. Lagipun, tak manis pulak kalau biarkan je,"
'Demimu isteriku. Apapun aku sanggup' Bisik hatinya. Datin Hasunah gembira tak terkata.
xxxxx
"Besar betul rumah Iffah kan?" Azlini kagum.
"Aah besar. Akak sukalah rumah macam ni," Kak Shida menyampuk.
"Tapi akhirnya kita dapat ke sini. Tupun sebab Iffah nak nikah dah," Amalina sedih. Nadzri tak dapat terima hakikat lantas enggan menghadirkan diri. Dia tetap rasa Iffah terlalu taksub dengan kemewahan itu. Sehingga sanggup bernikah dengan sepupu sendiri.
"Pink, semuanya pink. I like," Nurin dah teruja. Khemah di padang membuatkan dia tertawan. 
"Dahlah, jom masuk. Majlis akad nikah nak mula dah," Kak Shida menarik tangang Nurin. Kesemua mereka berjalan ke arah pintu masuk.
"Tumpang tanya, bilik pengantin di mana?" Azlini tak sabar.
"Kamu semua ni siapa?" Lagaknya seperti angkuh.
"Kawan Iffah," Kak Shida menjawab.
"Oh kawan. Iffah tengah bersiap. Korang makanlah dulu ye," Izamir berlalu pergi. 
"Siapa dia tu? Muka tak boleh blah. Pakai nak macam pengantin dah aku tengok," Amalina membebel.
"Entah. Abaikan. Kita cari Iffah dululah," Semua mengangguk.
xxxxx
"Papa, mama kalau ni keputusannya. Iffah ikut aje," Hatinya berbunga. Cinta hatinya. Dia dah pun terima suratan ini dengan penuh redha. 
"Macam tulah. Bulan depan tunang. Tapi mama nak buat kecil-kecilan je. Sebab nanti nikah 6 bulan dari sekarang," Iffah terkejut. 
"Mama, buatlah apapun. Orang tak kisah," Datuk Ady senyum. Lama dia menantikan hari bahagia. Dia ingin isterinya sentiasa gembira.
"Tapi ma, abang Jiji tak kisah ke?" Iffah ragu-ragu.
"Jangan risau. Papa yakin dia suka dengan keputusan ni," Ketiga-tiga mereka senyum gembira.
xxxxx
"Ji, kau yakin ke dengan keputusan kau ni? Aku tak berkenanlah dengan tunang kau tu," Izamir menghamburkan rasa.
"Aku yakin. Kau tak suka bukan kau yang kahwin dengan dia? Kau dengki ke?" Azizi bengang.
"Bukanlah. Tadi kawan-kawan si Iffah tu datang. Muka jakun. Memalukan je," Izamir angkuh. Azizi tersenyum. 'Iz, Iz, perangai kau sama macam aku dulu' Getus hatinya.
"Iffah tu baik. Kawan-kawan dia tu lama hidup dengan dia. 22 tahun. Kau dengan aku pun tak sampai 10 tahun kenal," Azizi menepuk bahu kawannya.
"Oh ya, siapa pengapit perempuan?" Izamir merupakan pengapitnya. Azizi senyum.
"Dia dah datang. Nanti Iffah bagi baju kat dia. Aku nak kau layan kawan Iffah macam kau layan aku," 
"Kenapa Ji? Tak naklah aku,"
"Aku punya sukalah," Mereka ketawa.
xxxxx
"Nurin,cantiknya kau," Amalina terjerit. Azlini cepat-cepat datang.
"Memang cantik. Iffah thanks. Sebab kau kitorang dapat masuk rumah besar. Nurin dapat pakai baju cantik," Azlini sebak.
"Hei, hari bahagia aku kau nak sedih-sedih kenapa?" Iffah memeluk kawannya.
"Iffah, Nadzri tak dapat datang," Kak Shida menyampuk. Iffah hanya senyum.
"Aah dia ada hal Iffah," Amalina memeluk Iffah.
"Semoga kau bahagia Iffah. Aku belum nampak lagi bakal laki kau," Amalina sakat.
"Masa nikah nanti korang nampaklah. Terima kasih datang. Aku rindu sangat kat korang,"
"Eh pengantin, dah siap belum? Datin Hasunah masuk ke bilik.
"Datin," Hampir serentak.
"Apa pulak datin. Panggil mak cik je," Mereka terkejut.
"Dahlah Iffah cepat pakai crown. Mak andam tu penat tunggu. Kejap lagi akad nikahnya," Mama membebel. Iffah tersenyum bahagia. Harapnya bahagia miliknya selamanya.
xxxxx
"Datuk, Iffah memang anak datuk. Saya dah check semua data. Kematian itu palsu. Ada yang sengaja membuat laporan itu. Dan ini bukti dia anak Datuk," Borang DNA diserahkan. Datuk Ady begitu gembira. Dia menangis dan mensyukurinya.
"Terima kasih Ya Allah. Kau kembalikan nyawa tak ternilai dalam hidup aku. Sungguh banyak hikmah yang kau berikan," Datuk Ady bersyukur. 
"Tahniah Datuk. Saya tumpang gembira," Encik Eizlan berkata.
"Maknanya saya boleh mewalikan anak saya. Saya boleh jadi wali. Alhamdullilah," Tak putus-putus memuji Ilahi. Berita ini akan disimpan kemas. Biarlah isterinya dengan kegembiraannya. Tiada apa yang boleh menggembirakan hatinya.
xxxxx 
Terima kasih abang menyerikan hidup saya. Saya hargai. Terima kasih mama, papa. Walaupun kita lama terpisah kita tetap dapat bersama akhirnya.

TAMAT! 
Sawan menggunakan nama blogger. Hadiah untuk rakan blogger. Kak Sunah, Ady, Nadh, Kak Shida, Puteri Katek, Izamir, Cikgu Jiji, Amalina, Azlini. Ini cerpen. Aku tak ada niat nak sambung. Hadiah untuk kawan-kawan blogger=) Tetiba pelik guna nama sendiri. Wakaka cerita ni rekaan semata-mata tak ada kaitan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.

6 comments:

Sunah Sakura said...

terbaikkkkkkkkkkkkkk!!! eizlan tu sape???? :D

Unknown said...

yes2..aku nak kawen..ahahah...izamir..ko blah..aku nak kawen jap..

AdyBudika said...

ahahaahahaahah

~..Lesung Batu..~ said...

waaaaa~~ best2..^_^

Cik Pulau said...

ini kisah kita!!!!

bak kata stacy...
terbaikk..
perhh...dapat bayangkan sebab sume watak dikenali.. err.. kecuali azizi dan eizlan..
siapakah mereka?? lalala~

Unknown said...

haaha..sweet...kahwin2 kann

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers