CORETAN TERBARU NADH

part8: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Awak, kenapa awak bawak saya sekali?" Nurin memecahkan sunyi. Lagu pun tak pasang. Izamir benar-benar sedang diamuk rasa yang berbaur.
"Izamir, saya cakap dengan awak ni," Izamir pandang. Matanya merenung dalam. 'Aku kena berani' Nurin senyap. Izamir membuatkan dia tak tentu arah. Renungan seumpama itu seolah menceritakan sesuatu. Tapi dia tak mengerti. Akhirnya, Nurin melayan rasa sendiri.
Sampai ke destinasi. Nurin tersedar.
"Rumah awak ke ni? Kenapa ramai sangat?" Soalan Nurin tak diendahkan.
"Bos, tunggu dalam kereta. Nanti saya jelaskan. Sorry bos!" Tegas. Nurin mencebik bibir. Dia geram dengan sikap Izamir hari ni. Sebab Izamir dia pun turut sama ponteng.
'Baik telefon papa' Terdetik di hati. Mata Nurin memandang Izamir melangkah masuk ke rumahnya.
"Hello pa," Suara Datuk Nadzri membebel kedengaran. Banyak kali ditegur tapi anaknya masih lupa rutin itu.
"Assalamualaikum," Sengih. Malu ditegur papanya sebab tak beri salam dulu.
"Macam tulah anak papa," Nurin senyum sendiri.
"Papa, kenapa papa call office?" Nurin bertanya.
"Ah papa ingat Nurin pergi kerja. Awal sangat keluar rumah. Jumpa papa pun tak," Datuk Nadzri seakan rajuk.
"Ala papa, papa tu yang bangun lewat. Nurin ada hal kat butik Miasara tadi. Tu keluar awal. Ingat nak masuk office awal. Tapi tak dapat pulak," Nurin kecewa. Kerjanya banyak lagi tertangguh. Ni gara-gara Izamir dan plan bodohnya sendiri. Sengih.
"Kenapa pulak? Dah selesai belum pasal butik tu?" 
"Dah papa. Tapi Nurin tak masuk office lagi. Ada hal kat luar. Nanti Nurin masuklah office. Kenapa pa?"
"Tak adalah. Papa risau anak papa. Main suka-suka je nak masuk pukul berapa. Papa tak nak orang cakap buruk tentang Nurin. Nurin kena ingat. Nurin satu-satunya anak papa," Datuk Nadzri mula bersyarah.
"Baik pa. Nurin cuba masuk awal lain kali. Okeylah papa. Nurin ganggu papa kerja pulak," Dia meminta diri. Dalam hatinya masih memikirkan Izamir yang tak keluar-keluar dari rumah tu juga.
"Yalah, papa dia dah tak nampak. Nampak buah hati je. Alasan tak nak ganggu papa tu dah lapuklah anakku," Datuk Nadzri ketawa.
"Papa ni kan. Dahlah. Kang pekerja papa yang bising papa asyik bergayut je," Nurin memulangkan paku buah keras. Datuk Nadzri ketawa. Mereka mematikan panggilan setelah memberi salam.
xxxxx
"Assalamualaikum," Izamir bersalaman dengan semua yang ada. Ramai.
"Iz dah balik. Eloklah kiat berbincang," Pak Long memulakan perbincangan. Serius. Debar hati Izamir tak terkata. 'Mujur bos dalam kereta. Kalau turun, masak aku'
"Apa yang penting sangat Pak Long?" Izamir bersahaja. Dia pandang emaknya. Risau tergambar di wajah tua emaknya.
"Ni aku nak bincang pasal Ina," Angguk kecil dari Izamir.
"Oh kenapa dengan Ina?" Dia memandang Amalina yang duduk menunduk.
"Pak Long nak cepatkan tarikh nikah," Telan air liur.
"Tapi kenapa nak awal sangat Pak Long? Ina pun baru habis belajar," Izamir mempersoalkan.
"Kau ni Iz nak ke tak nak dengan Ina ni? Kalau tak nak ramai lagi menunggu," Pak Long tak sabar.
"Pak Long saya tak pernah kata nak kat Ina. Semua ni Pak Long yang rancang. Sekarang kenapa Pak Long nak marah saya? Sedangkan kahwin pun boleh bercerai," Izamir geram. Penat hidup dibelenggu arahan. Mentanglah maknya, Hasunah tak berani bersuara. Dipijak-pijaknya sampai macam ni.
"Kau Iz. Kurang ajar. Kau ingat sikit masa ayah kau mati siapa jaga? Kau jangan kurang ajar. Sunah macam mana kau didik anak kau ni?" Pak Long menaikkan suara. Hasunah sebak. Dia tersepit antara dua.
"Sudahlah abang Long. Anak saya tak sudi. Kita nak buat macam mana?" Hasunah cuba meleraikan.
"Kau diam Sunah. Sebab kaulah anak kau jadai macam ni," Hasunah terdorong ke depan kerana ditolak abangnya sendiri. Yang lain membatu.
"Pak Long sebelum saya hilang sabar baik Pak Long sekeluarga balik. Saya putuskan pertunangan saya ni. Lagipun saya dah ada pengganti. Saya tak sanggup nak jadi pak turut Pak Long lagi," Izamir lantang bersuara. Amalina sudah teresak. Mak Long hanya membatu.
"Kau jangan senang-senang tolak anak aku? Kau ingat anak aku tak laku ke?" Pak Long menggigil menahan marah. Terhinanya dia.
"Silakan balik Pak Long. Tolong jangan buat onar kat rumah kami. Pak Long tolak mak saya lagi saya tak boleh terima. Inikan pula nak jadi menantu Pak Long. Entah-entah Pak Long buat mak macam hamba pulak nanti," Izamir membuka pintu. Terkejut dengan kehadiran Nurin, bosnya.
"Eh Nurin, kenapa awak keluar kereta?" Izamir tak dapat menyembunyikan riak terkejutnya.
"Oh inilah perempuan yang kau kata tu Iz?" Pak Long bertanya sinis.
"Pak Long, saya harap masalah kita selesai. Jangan babitkan Cik Nurin. Dia tak ada kaitan dengan Pak Long. Harap Pak Long dapat menginsafi perbuatan Pak Long," Izamir menghulurkan tangan dan ditepisnya kasar. Pak Long sekeluarga keluar dari rumah tu. Nurin memberi laluan sedikit. Dia masih terkejut dengan kejadian ini.
"Abang Iz, sampai hati abang Iz tolak Ina. Ina penat tunggu abang," Tangis masih belum reda. Izamir meraup wajah.
"Abang tak dapat terima Ina. Percayalah Ina akan jumpa jodoh yang baik. Lagipun dengan perangai ayah Ina, abang tak rasa abang boleh jumpa dengan keluarga Ina lagi. Maafkan abang,"
"Ina tetap akan sayang abang. Akak ni cantik. Patutlah abang tak nak terima Ina," Izamir hanya memandang. Risau Amalina berbuat sesuatu yang tak elok pada Nurin.

Ps: Okey sambungan ni dah settle. Aku nak karang paparazzi. Siapa dapat teka apa jadi pada Ady senget dia dapat hadiah. Lalala baik korang layan cerita ni dari layan Nora Elena tu. Haha=P

5 comments:

Awie Omar said...

MAAF KAWAN. BLOG "NOTA EKSTRAVAGANZA" DAH TUKAR NAMA KE "EKSTRAVAGANZA". URL PUN AKU
DAH TUKAR SEKALI. DAH TAK PAKAI LAGI YANG NI "www.notaekstravaganza.blogspot.com"
SEBAB SEKARANG AKU DAH PAKAI YANG NI "www.awieomar.blogspot.com". NAMA KORANG SEMUA MASIH
ADA DALAM SENARAI FOLLOWER BLOG AKU. MASALAHNYA KORANG DAH TAK DAPAT LAGI IKUT APA YANG
AKU UPDATE DALAM BLOG AKU NANTI. JADINYA NAK SETELKAN PROBLEM TU, HARAP KORANG SUDI LA
TEKAN FOLLOW BLOG AKU BALIK. SUDI SUDI LA TEKAN YE. TERIMA KASIH.

Puteri Katek said...

nak lagiiiiiiiiiiii...nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Cik Pulau said...

hamboiii.. kemain seronok lagi si nurin tu yer..
sampaikan nak lagi.. tak menyabar..
ahahaha..

waiting for the next..^^,

Sunah Sakura said...

hehehe...tengok tu awin nak lagi nak lagi~ macam tu la i nak paparazzi! :p

~..Lesung Batu..~ said...

pergh sampai ati IR tolak saya..wakakakaa~ nurin memang cumil pon..lalalala

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers