ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry bersambung ini ditaja oleh kami berdua. Sila klik widget di tepi untuk part sebelum ini.
“Terima kasih datang,” Rasyid membuka pintu rumahnya. Seperti biasa Adilla memandang sipi ayah tirinya itu. Meluat. Kalau bukan kerana maknya sakit. Takkan dia mahu datang ke teratak ini.
“Ila, uncle keluar kejap. Ila tengoklah mak kat atas tu. Dia rindukan anak dia,” Rasyid sebak. Sampai bila hati perempuan muda ini akan tertutup untuk menerima kasih darinya yang tak berbelah bagi. Dalam hatinya sentiasa berdoa.
Pintu ditutup rapat. Adilla malas bertemu muka lagi dengan perampas kebahagiaannya.
“Ila, sampai hati Ila. Abah rindu sangat dengan Ila,” Rasyid menyeka air mata yang menitis ke pipi.
xxxxx
“Mak, Ila datang ni,” Emaknya lemah tak bermaya di katil. Adilla segera meluru ke arah emaknya.
“Mak, kenapa ni?
“Ila datang ni. Bukaklah mata,” Rozita masih membekukan dirinya. Dia tahu Rasyid yang memberitahu anaknya. Kalau tak masakan Adilla datang melawatnya.
“Mak sihat. Ila baliklah. Ilakan busy,"
“Mak janganlah macam ni. Ila datang nak jumpa mak. Bukan nak buat kerja,” Suaranya berubah nada. Dia tahu emaknya kecil hati dengan sikapnya.
"Mak, Ila kan dah ada sekarang. Mak nak makan? Ila suapkan nak?" Pertanyaan dijawab dengan gelengan sahaja.
"Mak, please. Ila tahu Ila salah hari tu. Tak patut Ila tinggikan suara kat mak. Tapi Ila kena jugak luahkan perasaan Ila ni. Ila betul-betul tak dapat terima uncle. Bagi Ila ayahlah satu-satunya ayah Ila dan takkan ada pengganti ayah di hati Ila," Rozita menangis. Hancur luluh hatinya mendengar pengakuan dari anaknya sendiri.
"Ila, kalau Ila datang semata nak sakiti hati mak baik Ila balik. Mak tak sanggup nak dengar lagi, Cukuplah," Adilla terdiam. Emaknya benar-benar marah.
xxxxx
"Awak, kat mana? Kita jumpa sekarang," Adilla menyeka air mata dari tadi berlinangan.
"Oh okey. Saya jemput awaklah. Awak kat mana?" Shahir bertanya spontan.
"Kat Taman Cempaka. Taman permainan," Shahir mengangguk laju. Dia bingkas ambil kunci kereta. Entah mengapa hatinya risau tiba-tiba.
Zaki memandang pelik.
"Nak ke mana tu?" Shahir tersedar. Yang Zaki ada di rumahnya.
"Aku keluar kejap. Ada hal. Kau kalau nak balik jangan lupa kunci pintu," Shahir menghidupkan enjin kereta Inspiranya. Dia memang tak berniat nak beritahu Zaki tentang Adilla. Hatinya tak benarkan.
"Eh Shah!" Zaki menjerit melambai ke arah rakannya dalam kereta. Shahir terkejut.
"Kenapa?" Hatinya sudah tak keruan.
"Kau nak ke mana ni? Aku ikut. Laparlah perut ni," Zaki buat muka seposen.
"Eh tak boleh. Aku bukan pergi jalan-jalan. Kau ada kereta kan? Pergi sendiri. Tak pun kau pergi jumpa Is. Dia ada banyak burger. Bye!" Kereta keluar dari rumah. Zaki kecewa. Lantas hatinya mula memikirkan sesuatu yang pelik.
xxxxx
"Assalamualaikum," Shahir melabuhkan punggungnya di batu bata. Dia tahu tak sesuai untuk duduk berdua-dua begini. Sebab itu dia duduk jauh dari Adilla.
"Waalaikumsalam," Adilla cuba menjawab salam. Suaranya serak. Tangisan sudah reda namun luka di hati masih berdarah.
"Kenapa suara lain? Awak okey tak Adilla?"
"Kalau saya kata tak?" Shahir sudah menggaru kepala. 'Erk perempuan ni kenapa?'
"Awak kenapa? Ada masalah eh?" Adilla tersentuh mendengar kata-kata dari pujaan hati. Lantas teringatkan arwah ayah dan berselang seli dengan uncle Rasyid.
"Tak okey. Awak..." Shahir terkedu.
Ps: Bersambung. Apa kata korang rehatkan otak kami. Kesian kami berdua memikir. Ye tak Nadh? Apalagi jalankan tugas anda ye. Harap korang terhibur untuk sambungan kali ini.
"Waalaikumsalam," Adilla cuba menjawab salam. Suaranya serak. Tangisan sudah reda namun luka di hati masih berdarah.
"Kenapa suara lain? Awak okey tak Adilla?"
"Kalau saya kata tak?" Shahir sudah menggaru kepala. 'Erk perempuan ni kenapa?'
"Awak kenapa? Ada masalah eh?" Adilla tersentuh mendengar kata-kata dari pujaan hati. Lantas teringatkan arwah ayah dan berselang seli dengan uncle Rasyid.
"Tak okey. Awak..." Shahir terkedu.
Ps: Bersambung. Apa kata korang rehatkan otak kami. Kesian kami berdua memikir. Ye tak Nadh? Apalagi jalankan tugas anda ye. Harap korang terhibur untuk sambungan kali ini.
10 comments:
kikkiki
tamo2.nak dgr lagi..heeee..
yay!cucu opah dh ade idea nk smbung ha..kikiki=)
hehe, meh nak sambung. :P
p/s : berterabur nanti jadinya XD
salam pagi....dtg singgah baca cerpen best gak...")
tu dia aihh jiran.. nadh kena sambung lagi ka? lalalalalalala~~
aiseh.. nak kena smbg ka? lalalalalalalala~~
dah sedih dah ni..huhu
umie singgah
assalam..
hiiihi lma x bc cerpen2 nie..
hhhiihii
aduhhh..
pening la pulak..
sape uncle rashid tu senornya..
ayah kandung dia ke?
haihh..
korang nk wat suspen ea?
wah sempat dating jugak dorg ni.huhu
Post a Comment