CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta dengan syarat

"What? Banyak sangat tu. Kau serius ke ni?" Darissa mengangguk laju. Baginya tiada yang mustahil. Iliana nampak buntu. Sahabat baiknya sejak kecil lagi. Iliana tahu Darissa tak bergurau. Lihat saja pada raut wajahnya yang tenang. Dia pula yang bingung. Syarat itu terlalu sukar baginya.
"Seriuslah. Kau kenal aku kan. Kau kata nak kenalkan aku dengan lelaki yang baik. Then, teruskan usaha kau. Aku percaya kau Ana!" Senyumnya melebar. Pantas tangannya mencapai tas tangan merah. Dia berlalu ke kereta ke kesayangannya.
"Kau gila Ris!!!" Itu saja yang dapat didengar dari mulut sahabatnya. Darissa tertawa senang.

Bukan dia sengaja meletakkan syarat. Namun, dia serik memulakan perhubungan. Bimbang berakhir dengan kedukaan dan air mata. Dia kembali mengingati zaman silamnya yang membuat dia lebih berhati-hati memilih insan bergelar lelaki untuk dijadikan calon suami.

Xxxxx

Zulhuzaimi tersenyum. Bukan mudah jalannya kini. Dia tahu perempuan adalah makluk sukar untuk dijinak. Jika salah gaya, terimalah padah. Lebih-lebih lagi insan yang bernama Darissa. Itupun dia ketawa dengan syarat lucu Darissa. Adiknya seakan tak mengerti.

"Abang kenapa tadi ketawa. Ni senyum sendiri pulak. Orang serius ni. Kawan orang tu pelik sikit. Ni syarat ke apa? Macam budak-budaklah. Buat malu kawan je," Iliana mendengus perlahan. Geram pula hatinya.
"Jangan risaulah Ana. Abang kan hebat. Taulah abang nak tunaikan syarat dia. Lagipun, bukan abang tak tahu dia sengaja letak syarat pelik sebab tak nak sesiapa dekat. Tapi percayalah jodoh kami kuat," Dia senyum.
"Abang jangan terlalu yakinlah," Gusar hati Iliana. Dia tahu Darissa bukan mudah didekati. Dia tahu hati Darissa belum terbuka. Dia juga tahu peluang abangnya tipis. Lebih-lebih lagi dengan syarat kebudak-budakan dari Darissa.
"Abang tahu apa abang nak buat. Meh sini kertas syarat-syarat tu. Abang nak study," Iliana menghulurkannya.
"Abang serius?"
"Yup, sedialah untuk terima akak ipar Ana. Abang janji Darissa akan berjaya abang tawan,"
"Ya, Ana jugak harap. Lama dah abang sukakan dia kan. Tak apalah, kali ni Ana nak jadi penonton je. Abang, semoga berjaya," Iliana tutur dengan ikhlas. Lama sudah hati abangnya membisikkan kata cinta namun hanya dalam diam. Dengan alasan mereka masih muda untuk cinta. Kini masing-masing sudah bekerjaya. Sebab itulah Iliana ambil keputusan untuk membantu abangnya.

Xxxxx

Syarat-syaratnya ialah...

Tiada istilah "In relationship" sebelum nikah.
Perkenalan hanya boleh melalui alam maya semata-mata.
Tiada istilah bertentang mata sebelum sah suami isteri.
Pihak lelaki tak boleh memberontak sekiranya perempuan bernama Darissa ambil keputusan tak mahu menikahinya.
Pihak lelaki kena setuju dengan segala persiapan untuk pernikahan dan resepsi perkahwinan.
Pihak lelaki diberi masa seminggu untuk membuat keputusan mahu berkenalan atau sebaliknya.
Nombor telefon adalah rahsia hingga akad nikah.
Pihak lelaki harus menjadi imam di masjiterdekat selama seminggu.
Pihak lelaki perlu khatam al-Quran sebelum menjelang hari pernikahan.
Segala syarat perlu diterima. Setelah itu, pihak perempuan akan memberi jawapan samaada pernikahan dijalankan atau tidak melalui pihak ketiga.

Zulhuzaimi tersengih. Pengalaman mengajar. Mungkin Darissa terlalu fobia dengan cinta. Menurut Iliana adiknya, Darissa pernah dikecewakan. Darissa pernah dipermainkan. Mwlah dia hampir terjerumus ke lembah zina yang maha dasyat. Mungkin bagi lelaki lain yang tak sabar tak mahu mengikut syarat-syarat itu. Tapi baginya, dia teruja menyelesaikan tugasan itu. Dia tahu semua ni bukan mudah jika hati tidak ikhlas. Malam itu dia tidur dengan senyuman.

Xxxxx

"Darissa, betul ke apa yang ayah dengar?" Darissa senyum lalu mengangguk.
"Ya, betullah tu. Kenapa? Ada yang mengadu kat ayah ke?" Darissa ketawa lucu. Mana taknya. Syarat-syaratnya telah tersebar ke laman sosial muka buku. Kecoh dunia maya dengan syarat itu. Malah ada beberapa orang memaki hamunnya. Kata macam-macam. Sedikit pun Darissa tak kisah.
"Anak ayah ke ni? Serius ayah terkejut. Bila ada orang datang nak meminang. Ingat salah rumah. Tapi ayah kata kena tanya tuan punya badan. Kebetulan Rissa tak ada masa tu. Esok dia datang lagi. Jawapan kamu?" Darissa hanya mengetap bibir. Dia terperangkap dengan mainan syaratnya sendiri. Kali ini benar-benar buat dia terduduk.
"Siapa yah?" Hati debar tak terkata. Peluh dingin tak mampu menenteramkan hatinya.
"Muhammad. Nama penuh ayah lupa pula. Dia kata dia dah buat apa yang Rissa nak. Sekarang tiba masa dia nak pinang buat isteri. Apa semua ni?" Ridzwan geram. Dia tak setuju dengan perlakuan anaknya. Bimbang sesuatu yang buruk bakal terjadi.
"Setahu Rissa, ada seorang yang lulus. Tak apalah, ayah terima je dia. Rissa yakin dia pilihan yang tepat," Jawapan bersahaja dari Darissa bikin hati Ridzwan lebih rungsing.
"Ayah harap Rissa tak menyesal," Itu saja kata yang lahir dari mulut ayahnya. Darissa memang tak senang duduk. Akhirnya, dia terkena juga dengan syarat sendiri. Entah mengapa dia pula yang bimbang. Apakah lelaki itu benar-benar jodohnya?

Xxxxx

"Abang terlewat. Ada orang dah pinang dia,"Iliana mengeluh. Dia kecewa. Abangnya juga.
"Siapa?"
"Entahlah. Dia pun tak tahu. Tapi pakcik Wan yang terimakan. Betul ke abang dah mesej dia?" Iliana masih tak berpuas hati.
"Betul. Dia jugak kata pinanglah jika syarat dah penuhi. Tup-tup dia nak dengan orang lain. Tergamak dia mainkan persaan abang, Ana?" Nada kecewa jelas kedengaran. Sesal pun tiada guna. Usahanya gagal.
"Ana tak akan menyerah kalah. Ana nak siasat siapa lelaki tu. Kalau betul jodoh abang dengan Ris. Ana akan usahakan sqmpai berjaya," Dia tekad. Terlopong Zulhuzaimi buat seketika. Adiknya berubah laku. Dia tahu dia tak patut terlalu yakin. Mungkin benar jodoh antara mereka tiada. Dia harus belajar terima hakikat.

Xxxxx

Hingar keadaan di kawasan rumahnya. Pernikahan berlangsung seperti ywng dijanjikan. Hati Darissa telah bulat ingin menerima sesiapa saja untuk menjadi pasangan hidupnya. Ayahnya Ridzwan tak larat nak membantah. Malah bangga dengan anaknya. Jodoh bukan mereka yang pilih. Tapi jodih perlu dicari. Dia bangga kerana anaknya bijak memilih jodoh. Dia berbesar hati untuk terima menantunya kini. Cukup syarat untuk menjadi lelaki pendamping anaknya, Darissa yang membesar tanpa kasih dari seorang ibu.

"Terima kasih Darissa!" Iliana senyum memandang kedua pengantin.
"Untuk apa?" Dia pelik. Lalu memandang lelaki di sebelahnya.
"Ana terima kasih. Abang takkan lupa jasa Ana tau!" Darissa terpinga-pinga.
"Ada sesuatu yang perlu aku tahu ke Ana?" Iliana hanya ketawa dan beredar ke ruang makan. Darissa masih blur. Lelaki itu dipandang lagi.
"Apa yang awak sembungikan dari saya?" Lelaki itu ketawa dan terus ketawa. Darissa bengang dan menuju ke kamarnya. Letih berpakaian formal begini. Dengan labuci sarat. Dia tak biasa. Semua pilihan Iliana. Analah yang mengatur perkahwinannya. Dari A hingga Z. Malah Ana juga perunding dalam segala hal.

"Kenapa ni?" Deorang yang bergelar suami terjengul di muka pintu.
"Penat," Sepatah saja yang terkeluar dari mulutnya.
"Well, bukan merajuk ke?" Dia bertanya. Hati Darissa panas.
"Dah tahu tanya lagi. Apa yang korang sembunyikan? Entah-entah awak suka Ana tak?" Serkap jarangnya mengundang tawa.
"Aah saya suka Ana. Tapi saya suka awak jugak. Pandai buat lawak," Tawanya pecah. Zulhuzaimi terhibur. Tak sia-sia dia berusaha mendapatkan Darissa.
"Eee kalau suka Ana, kenapa pilih saya? Jangan nak main-main boleh tak?" Darissa duduk di hujung katil. Dia panas. Panas luar dan dalam.
"Ana adik saya. Mestilah saya suka dia. Lagipun, kalau saya sukapun bukan boleh kahwinkan? Awak ni belum apa-apa dah cemburu. Tapi saya suka," Darah menyerbu ke muka. Selama ni mereka mempermainkannya. Malu bercampur geram.
"Sanggup Ana tikam saya dari belakang?" Darissa hanya mampu menunduk. Kecewa ada. Malu juga.
"Ana rahsiakan atas permintaan saya. Lagipun, masa kita chat awak tak pernah tanya saya kan? Syarat awak tak ada pun dilarang merahsiakan identiti adik atau keluarga? Jadi kqmi ambil keputusan untuk diam. Risau awak dan Ana bergaduh sebab saya," Zulhuzaimi terhenti kata.
"Kenapa nak gaduh pulak?"
"Sebab saya kena jadi abang untuk Ana dan 'abang' untuk awak. Terpaksalah abang berkorban kasih untuk dua orang kan?" Darissa sedar dia dipermainkan. Tak sangka suaminya kuat menyakat. Malah dia juga tak sangka dia akan menjadi kakak ipar kawannya sendiri.

Aturan jodoh yang Allah tentukan buat dia lega. Syukur tak terhingga kerana cinta akan dia semai setelah halal hubungan mereka. Malah dia turut dikurniakan suami yang akan membimbingnya menjadi lebih baik dan lebih menghargai kehidupan yang akan datang.

Nota Iffah: Tamat. Cubaan menggunakan tab untuk karang cerita. Berpeluh menaip. Sebab kecik sangat. Harap tak mengecewakan. Rasa tak se sweet yang lepas-lepas. Macam mana ni? Tahu ke cara nak kembalikan sweet macam gula-gula pelangi?
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

reenapple said...

sweet tapi kurang sweet.. hehehe. Serius banyak typing error.. hehehe. Tak apa.. pengalaman mengajar.. hehehe

Nong Andy said...

sapa kata tak sweet?
Yang manisnya.. mana nak cari suami yang macam tu? agaknya lelaki sesweet itu sudah pupus?

kalau belum pupus.. sila beranikan diri pinang si IFfah. er.. apa syaratnya? hahaha... gurau jer ye Iffah :) akhirnya ada cerpen :)


*Aku doakan kau jumpa lelaki paling tabah/ paling iklas mcm dia iffah :)

Kira Sakura said...

sweet kan klu dpat suami mcm tue...

tp akak lebih bersyukur dapat pakcik tue, berdoa ada jodoh dgn die -mood gatal- hahahahahaha :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers