CORETAN TERBARU NADH

Tolong jangan asal lepas tekak kau je

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tolong jangan!
Selalu sangat aku tengok. Orang menyelamatkan diri dulu. Orang pentingkan diri dia. Orang tak fikir dah apa jadi dengan yang lain. Orang terlalu selesa dengan keselamatan diri. Keselesaan. Kesempurnaan. Keberanian.

Tolong jangan!
Aku penat dijadikan mangsa seterusnya. Kau lepas. Bagaimana aku? Kau selamat tapi aku? Terkontang kanting di belakang? Kau tak nampak semua tu? Kau biar air masuk lepas tekak dan aku dibiar dahaga. Kau memang pentingkan diri!

Tolong jangan!
Aku tahu kau tak perasan. Sebab tu aku nak sedarkan kau. Jangan terlalu selesa. Jangan terlalu fikirkan diri sangat. Tolong jangan buat aku macam ni. Jangan buat orang merana sebab kau. Kau jangan ingat diri kau je. Untuk kali ni, jangan asal air lepas tekak kau je. Aku pun dahaga sama. Kongsi suka dan duka sama-sama. Kata kawan?

14 comments:

Unknown said...

aku dah siapkan n3 ttg semalam..silalah singgah ek...


tgk aku terrer tau edit muka kau...
haahahahhaa

MalizaMah said...

emmmm....... renunglah2 sama2 kita fikirkan.....
huuuuu....

abang bro EL said...

haus apa ni marathon ke?

Unknown said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

adik ni sedang belajar kat u ke dah kerja..
seolah pakcik rasa adik berada di rantau orang ni. Tanya ja ya..

: husna : said...

takpe.... meh mintak dengan sy air tuh...haha

Anonymous said...

huishhh ... sabar-sabar ... meh kita share

boni kacak said...

ada orang pentingkan diri sendiri ke ni? tak patut tak patut. mohon cubit perut dia sekuat hati.haha

Unknown said...

sabaq2..:)

Faaein Talip Roy said...

siapa dia tu.. hurmm.. tu lah.. kadang2 kita juga tak perasan.. kita juga pentingkan diri sendiri.. =(

reenapple said...

tak boleh nk selfish sangat...

Kira Sakura said...

Nahhhhh!!! *bagi air hihihi :p

kay_are said...

baru nak bagi air makcik kiera dah bagi dulu.. xpe.. nah ribena =P

Nong Andy said...

a... nanti kalau ko datang KK aku belanja ko minumk air apa jer ko nak.. jgn air zam2 dah la hehehe...

Anonymous said...

hmm..kn..sllu jumpa org cmnie..hope bkn drpd glngn y cmnie..nauzubillahminzalik..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers