ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari itu aku keluar melepak di KLCC. Ia sangat seronok. Sampaikan
aku lupa yang aku baru pertama kali jumpa dengan sahabat maya. Selalu sangat
orang kata, alam maya bukan boleh percaya sangat. Tapi tidak aku. Yang penting aku bahagia
dengan cara aku sendiri. Persetankan kata orang.
“Haih busy mengalah menteri kau ni…” Zaitul sudah menyiku
aku. Aku meletakkan kembali handset nokiaku ke dalam beg.
“Aku kan peniaga berjaya. Haruslah busy, bukan macam kau…”
Aku mengenakan dia semula. Kaki terasa lenguh.
“Iya, dia penjual Cheese Powder bah,” Mimie pula menyampuk. Aku
tersenyum. Kemudian kakiku disilangkan. Aku bersila di atas bangku yang
tersedia. Bangkukah? Aku pun tak tahu apa namanya.
“Penat ke weh?” Zaitul memandang aku pelik.
“Aah kaki lenguh. Tadi kan aku naik LRT, kena berdiri lama. Mujur
tak pakai heels,” Ketawa aku. Sahabat aku juga ketawa bersama. Borak seperti
sudah lama kami berjumpa. Padahal baru 20 minit lepas aku ternampak 2 batang
tubuh menanti di tepi escalator.
“Kaki turun!!!” Terkesima kami dibuatnya. Perlahan aku
memandangnya dan menurunkan kaki. Ya, aku salah kerana bersila di tempat
eksklusif begini. Lelaki itu berlalu.
“Hoi macam gampang je ayat dia. Bukan tak boleh nak tegur
baik-baik…” Zaitul geram. Mukanya jelas tidak puas hati. Aku masih lagi
tergamam. Kurang ajar. Itu kata-kata yang sesuai untuk lelaki yang beruniform
tadi.
“Betul bah,” Mimie juga bersetuju. Aku senyum.
“Kau nak aku marah dia ke? Aku pergi sekarang…” Aku
menggeleng. Malas panjangkan cerita.
“Kau ni. Kurang ajar kot. Tegur pun biarlah elok-elok. Ini tak.
Ingat besar sangat pangkat dia nak cakap macam tu kat kau?” Emosinya tak
terkawal. Aku biarkan saja dia meluah rasa.
“Dahlah. Biarkan je dia. Salah aku jugakkan?” Aku redakan
suasana tegang. Sekelip mata situasi kami berubah. Aku cuba menahan Zaitul dari
cari pasal. Kang ada adegan tumbuk pulak. Dah macam KL Gangster nanti.
“Kau baik sangatlah. Kenapa nak halang aku? Kalau aku, lama
dah aku marah dia. Tak beradab langsung. Tegur baik-baik kan lebih sopan? Ish…”
Omelannya aku biarkan saja. Janji amarahnya hilang. Aku sebenarnya tak reti
marah depan-depan. Apatah lagi memang salah aku. Tempat ini tak sesuai untuk
aku barangkali.
“Tak apalah, benda dah lepas pun…” Aku masih lagi cuba
menjernihkan keadaan.
“Oi kau beria menangkan dia kenapa? Kau suka dia ke?” Mata
aku terus terjegil.
“Hoih tak ada maknanya… dia yang nak mengorat kau tu. Tu dia
datang marah aku..” Mimie ketawa sahaja. Orang bujang dengan yang sudah kahwin
lain gayanya.
“Apasal pulak aku? Dia tegur kau, maknanya dia syok kat kau.
Adakah kau pun suka dia? Oh cinta si sekuriti…” Zaitul berdekah ketawa. Aku menggumam
rasa. Entah kenapa rasa nak piat je telinga dia ketika ini. Ada ke patut aku
digandingkan dengan sekuriti.
“Tahu mak aku, mahu pengsan dia dengar…” Aku turut sama
ketawa.
“Apa sekuriti?!!” Zaitul bergaya ala-ala cerita P. Ramlee. Aku
tak tahan ketawa.
Akhirnya, mood kembali seperti asal. Yang penting seharian
aku dikenenkan dengan sekuriti yang kurang sopan lenggok bahasanya. Aku juga
yang terkena tempiasnya. Mentanglah aku single, semua pakat nak padankan dengan
aku.
“Jangan lupa mimpikan sekuriti kau malam ni…” Zaitul sempat lagi
menghantar pesanan ringkas. Akhirnya, aku terlelap mengenangkan kisah itu.
Kisah suka duka seorang single mungkin. Aku senyum lagi.
Cinta tak kenal usia, pekerjaan, paras rupa, wang atau apapun... tapi manusia yang membezakan untuk kepentingan tertentu...
10 comments:
Hahaha kistot benar ke ni?
Haa.. Jgn pandang rendah.. mana lah tau sekuriti tu sekuriti waktu siang, waktu malam buisnessman berjaya kan? hak2 ^^
huhu..dah baca kispen abang bro pasal security kat S7W hehehe...
Ooo.. cam tu... boleh la tahan... ^_^
naluri aku mengatakan ini kisah benar. huuuu.. =)
ringkas dan ada nilai.
suka baca cerita dan tonton cerita yg ada nilai tersendiri.
ya benar, manusia yg membezakan itu semua.
nice.. bila nak hangout ngan zuan pula? zuan suka jejalan, nextime klu zuan ke singapore or jakarta, mau ikut? :)
aku rase ni based on true story kan.. so ade jodoh tak kemane.. aku aminkan je.. mane tau betul2 jadi, dapat nasi minyak free ^__^
oh..ini cerita benar..
ala..aku bukan nak kenenkan kau dgn sekuriti, cuma aku suke tgk gelagat ko halang aku marah sekuriti tuh...
ko baikkkkk sgtt..kalau ko tak halang aku marah die, aku nak die lagi sekali tegur ko tapi dgn cara elok2..
bahasa sekuriti tue agak2 lah
ampun beribu-ribu ampun.. aku lambat baca yg di sini.. masa kau post n3 ni n mybe masa kau tag aku kat fb agaknya aku tengah terima serangan kerja bertubi2 di opis agaknya.. bila buka fb ada setimbun nifitication tu yg aku tak perasan..
*jom buat kistot lagi :D
Post a Comment