ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kisah bermula masa aku dan kawan otw balik Melaka singgah keluar duit semalam. Bukan, kawan aku nak masukkan duit. Biasalah orang kaya. Dah gaji eh sekarang? Haha
Kisah bermula masa aku dan kawan otw balik Melaka singgah keluar duit semalam. Bukan, kawan aku nak masukkan duit. Biasalah orang kaya. Dah gaji eh sekarang? Haha
Tapi aku dikerumuni orang-orang luar negara masa kat Atm.
Mula seroang, dua, lepas tu ramai. Oh mai! Terkejut. Masing-masing nak mengorat
aku dengan kawan aku ke apa? Terkepong aku dan kawan di situ. Aku tanya kenapa?
“Ini kasi keluar. Mahu 500 saja…” Aku memandangnya pelik.
Tapi aku tanya jugak mana no pinnya.Sekali buat. Keluar. Kali kedua tak boleh
keluar sebab limit sehari RM1000. Kali ketiga aka kad atm ketiga. Aku keluarkan
RM800.
“Woi kasi buat sendirilah. Belajar. Apa mahu suruh orang?
Nanti orang curi duit baru tahu…” Amoi Cina marah mereka. Aku senyum je.
“Duit banyak. Ambil pun tak apa…” Amoi tu bengang dan maki
hamun. Kata berlagak. Doakan duit kena curilah apalah. Aku diam je.
‘Berkepuk juga duit abang-abang oversea ni…’ Aku
terfikirlah. Kawan aku dah habis bank in. Datang 5 ke lebih orang kalau tak
silap suruh keluarkan duit. Aku dah pening. Rasa tak selamat pun ada.
“Sini saya ajar. Mula-mula masuk ini…” Tangan aku tunjuk
kad. Blah…blah..blah dan aku keluarkan duit. Bila aku mintak diri diorang tak
kasi. Diorang mintak buatkan. 10 kad ada aku rasa. Naik gila aku.
“Kan dah ajar tadi. Buat sendiri!” Kawan aku jawab dan kami
terus blah. Geram aku. Ya, aku memang penakut dan susah nak menolak permintaan
orang. Apatah lagi orang over the sea macam mereka. Hak tuih!
Yang membuatkan aku musykil, mana diorang dapat kad atm eh?
Bukan diorang tak ada ic ke? Dah tu bos, tak reti kasi by hand? Dah tu duit
diorang lagi banyak dari aku pulak tu. Malu jugaklah sebagai rakyat Malaysia =)
19 comments:
diorg nak menunjuklah tu yg diorg ada bnyk duit... diorg ni memang susah nak paham... geram je... pernah jugak nmpk situasi mcm tu...
bertambah pelik sorg ada bnyk2 kad... ntah kad sape pun tak tahu lah...
buat sakit hati je...
Klo aku pau jer RM10/kad.. pasal tadi dah ajar tapi tak nak buat jugak.pehtu buat aku pening dgn bau badan derang.. hishhhh
Waktu first ak baca ak igtkan kau kena ragut ke ap? nauzubillah.. sebab terbaca dialog "Ini kasi keluar. Mahu 500 saja.." xD
Tapi tu lah kan, kalau dorg memang nak belajar caranya boleh je, kenalah ikhtiar bukannya asyik depends on org je ;D
memang kite boleh bukak akaun kat mane-mane pun kan?
hahaha.. patutnta mereka bagilah upah kat Iffah sebab tolong ajarkan... ehehe.. bukan senang nak ajar orang kuarkan duit dari atm.. ekekeke
nak berlagak ke dorang tu???
iffah, pasni mintak upah. sekeping kad = rm10.
baru masyuk. hehe
dill.
orang luar negara. datang bekerja kat sini. memang duit berkepok-kepok. hohoho..
kat melaka central semalam ke? saya perasan gak tapi tengok kat atm maybank la yg ramai sangat org tu yg sampai jadi terkepung lak.
hehe... jga diri.. risau L..=P
jemput baca entry baru..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html
Beerhati3... dengan sindiket penipuan. Aku belajr tentang benda tu tahu... kang tak pepasal kau kena soal siasat polis. Mungkinla.
aku fikir negatif sikit bila bab3 ni.. haha
tak apa lah. tolong org dapat pahala :D
tu orang diorang sekali keluar duit ramai ramai..orang kita lak nak keluar duit sorang tapi tergedik gedik kat atm tu dua tiga orang..opppss...
heee kalau saye,takut woo ngan mamat2 luar negara ni.. heheh
Salam.
Sebab mereka memang pandai kumpul dan cari duit.
ish...ingatkan nak kena rompak tadi...takut la juga huhuhuhu....
banyak duet eyh? apasal tak minta upah je? hehe kalau sy sy buat mcam tu yea la diorang dah amek masa kita kan? hehehe....apa salahnya haha!
lain kali leh r bukak kaunter kat situ.. menerima dan membantu orang oversea mengeluarkan duit dari atm.. pastu cas.. baru bisnes.. huu
lain kali hati2 dik takut apa2 jadi. kita bkn tau niat org. buatnya mula2 diorg mntk tlg tp akhirnya dlm x sedar kad kita yg kita cucuk dlm atm tue... jaga2 dik ishhhh risaunya akak iffah nie
assalamualaikum iffah...ada juga yg mcm tu kan x akan x tahu buat sendiri...:)
Post a Comment