ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hati ini macam kaca, kawan aku cakap. Sekejap je boleh berderai kalau terlepas dari genggaman. Macam tu juga perempuan, sekejap je dah cair. Sekejap je boleh jadi keras macam air batu.
Kawan aku kata lagi, kalau dah retak, bila sambung takkan sama lagi. Aku angguk. Betul jugak. Tapi kan, kaca tu kalau retak sekalipun ia akan menciptakan satu imej kaca yang menarik. Hiasan kaca retak-retak gitu. Biasa tengok kan?
Cantik dipandang. Jadi? Apa bezanya dengan hati? Hati kalau retak, dicantum semula jadi hati juga. Cuma luarannya nampak lain. Mungkin lepas ia retak takkan sama dengan sebelum retak. Tapi bila fikir balik, ada baiknya hati retak. Pilih positif.
Hati fragile bak kaca, kaca retak hati pun bisa retak. Kaca disambung, hatipun boleh sambung. Kaca retak lagi cantik dari kaca yang sebelumnya tapi hati? Hati makin cantik kerana satu pengalaman telah menjadikan hati itu lagi kuat, kukuh, cantik, tetap, tekal dan lain-lain. Jadi, tak salah kalau hati kita fragile bukan?
12 comments:
erm..
Maksudnya?
Kaca retak, tak cantik sebenarnya. Yang terbaik, cairkan semula keseluruhan kaca dan bentuk yang baru yang lebih indah. Hati pun begitu. Hapuskan semua yang retak, tak perlu di cantum semula. Bentukkan hati baru yang lebih murni.
hurmm...
yup betul.. dan hati dipandu oleh akal si empunya hati. kalau hitam yg dibentuk semua oleh pemunya kelam la jadinya. kalau sebaliknya indah berseri la dia. insyaAllah :)
setuju dengan kata kau kaca itu walau retak ada estetikanya...
walau retak, ia boleh 'mengajar' kita sesuatu :D
assalamualaikum iffah...moga kita akan lebih berani menghadapi semua masalah dgn hati terbuka...;)
kalau gigi retak? buruk pulak.hehehe
nmpk bersinr r hati tueee.. ;)
betul tu .. contoh kalau couple ke ap kalau dah break kmudian brhubung balik, kemesraan tu dh tak sama dgn dulu
kalo dah retak,buang... amik yang baru....hihiih~~
ps : gurau jaa :P
hati kita ni memang macam tu... bila retak.. ia sakit.. ia perit.. tapi bila sakit.. akan ada antibodi.. antibodi akan buat hati kita lebih kuat.. jadi aku setujulah. tak apa hati kita mudah terusik.. asalkan kita reda dan akur.. cuba dan berusaha.. memaafkan org lain dan memaafkan diri sendiri..
hmm.. aku tak pernah lak pikir camtu.. kalau dah retak, mane cantik lagi.. wat baru baru cantik.. ape pun
nice to see, nice to hold
once broken, consider sold =P
Post a Comment