CORETAN TERBARU NADH

Aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Riuh unggas tidak kuhirau
Letih badan jiwa kacau
Aku terdampar di satu kemarau
Menjerit umpama orang sasau

Kain dipakai ku carik-carik
Jiwa kacau bagai ditarik
Beku hati di panas terik
Tinggal hanya bunyi cengkerik

Kilau mentari bahang terasa
Titisan air berderai merata
Kini aku makin tak daya
Menanti ajal pasti kan tiba...

Ps: Faham apa maksud tersirat?

14 comments:

Iman Nur Aima said...

maksud tersirat? mmm...entahlah..terserah tapi jangan pernah putus harap dan kecewa ok :)

reenapple said...

mesti aku tu rasa serabut giler.. kan kan kan.

abang bro EL said...

biasalah tu...adat muda menanggung rindu...

Nong Andy said...

jiwa kacau usah di turut
agar hidup tak jadi kalut
mohon tabah hati yang serabut
moga terlerai apa yang kusut


*jiwa kacaukah yang tersirat?

MalizaMah said...

1. kesunyian sndiri melauangkan sesuatu.. menjerit kesakitan.

2. hati dilanda duka ...

3. x mampu lagi nk hadapi... kematian...

Everything's Everythings said...

di Padang Mahsyar?

Ce'gu JAERA said...

'aku' sekarang dalam dilema persimpangan hidup.. kita sebagai orang yang waras seharusnya membantu 'aku' dari segi sokongan dan galakan untuk terus tabah dalam hidup (",)

Unknown said...

kenapa sedih ni?? ada masalah ke?? la tahzan keh dear. Be strong :)

Naniey TJ said...

dunia terasa gelap gelita
sinar cahayaNya jauh dari sisi
sentiasa ingat pada pencipta
jiwa sepi jadi terisi

dari Dia kita datang
Pada Dia kita pulang
hidup ini hanya pinjaman
sebaik2 pinjman adalah org yg thu m'hargainya......

نورعيم said...

tak paham. boleh terangkan?

Cik Pulau said...

mesti sunyi kan.. pastu rindukan ai.. hahahaa,:P

Admin said...

bunyi macam hiba,
mungkin sdg kecewa?
Usir semua duka, sayang..
kita juga mampu bahagia (:

kay_are said...

aku memang tak faham ape2 yang tersirat camni.. ketensenan memikirkan sesuatu kot.. hmm..

Kira Sakura said...

kepala berputar bunyinya kompang
rasa nak menjerit seorang diri
tiada hati yang sentiasa tenang
zikrullah dan tasbih lah pendamping diri

akak doakan tuk iffah :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers