CORETAN TERBARU NADH

Antara suami, isteri dan minat yang terhalang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sahabat aku ada bertanya...

“Apa pandangan kau pasal perempuan kena mengalah ikut suami? Macam kau kena lupakan blogging dan facebook kerana permintaan dia?”
“Aku tak kahwin lagi. Tapi aku cuba jawab berdasarkan pendapat dan cara aku…”
Selebihnya biarlah jadi rahsia kami berdua. Sekarang aku nak tahu pendapat korang, sama ada suami kepada blogger, isteri kepada blogger, suami isteri blogger, pakwe kepada blogger, makwe ke tunang kea pa jelah yang berkaitan dengan maya khususnya.

Wajarkah isteri menurut perintah suami sebab suami tak suka isterinya blogging dan facebooking?

Atau, ada pilihan lain?
Atau jangan kahwin langsung?
Atau kahwin dengan pilihan yang menerima minat blogging dan facebooking?
Atau korang ada pandangan lain?

Bantu sahabat aku, insyallah ramai akan dapat sesuatu dari perbincangan ini. Aku sebenarnya rasa bersyukur sebab aku masih belum jumpa lelaki yang menghalang minat aku yang satu ni. Yalah calon pun tak ada, nak halang apanya? =P

15 comments:

aishareoils said...

if ada reason yg munasabah, then suami/isteri tu berhak nak elak...tambahan pula, mmg dh jadi kewajipan isteri ikut cakap suami...if dia kata jgn blogging/facebooking, maka jangan..sbb facebook/blog 'BERMUNGKINAN, ditegaskan 'BERKEMUNGKINAN' menjurus ke arah kemaksiatan/org ke-3....mmg depends kepada individu tu mcm mana die nak gunakan teknologi fb/blog ni..tapi, x salah mengambil langkah advance utk mengelak iaitu, melarang ntk fb/blog...sekiannnnnn

Bidadari Syurga said...

hahaha... sebagai contoh terbaik.. FB aku di off atas dasar... yg tidak boleh dielakkan... demi kasih sayang sampai ke syurga... memang kena ikut perintah suami.

Cangkul Emas said...

still it's how they socializing their life. Tapi kalau sang suami rasa apa yang dibuat oleh sang isteri itu tak betul, dia tetap ada hak untuk tidak membenarkannya.

reenapple said...

bg aku... bila kapel ok lagi ni kau tnya sal peringkat kawin.. aku rasa, kalau dia tak mampu terima minat kita, why would kita nak kena fahami minat dia.. kan kan kan? Bagi aku tak wajar.. hahaha.

Bila dah kawin, maksdnya terima keadaan pasangan dengan sedia ada. Dia punya minat dan sbgainya... kan kan kan?? Hahha

Aku tak de la expert sgt, tapi bgi aku, kalau nk lepas apa yg kita minat sebab suami minat dan suami pun kena give up juga apa yg dia minat, bukan gitu? Kena ada give and take bukan?

abang bro EL said...

nak dapatkan sokongan suami atau isteri senang je...jangan lupa masukkan entry family...boleh ke cara tu?hahaha...

admin said...

bergantung pada diri sendiri~ lain orang lain caranya.. ada yang tak kisah dan sebaliknya..

Ce'gu JAERA said...

ya betull... soal kapel semasa bujang dan berduaan di alam rumah tangga memang jauh bezanya.... ketika kapel kita boleh lah pertikaikan apa saja tegahannya.. dia sapa nak larang2 minat kita kan...

tapi bila berumah tangga ada baiknya ikut apa saja permintaan dan kemahuan terutama si suami... lelaki akal dia panjang... soal kebahagiaan rumah tangga mmg tgjawab suami sebagai ketua...

tapi apa yang penting baik suami mahupun isteri, kalau boleh biarlah sama2 menghormati minat2 dan kecenderungan masing2 kan. asalkan minat itu x mendatangkan apa2 masalah kepada keluarga

Kira Sakura said...

kalau dia tue berblogging smpi mengundang fitnah atau syubhah wajib suami tegur dan halang minat isteri tue sbb tue tanggungjawab dia. tapi kalau tak pun dia kena explain kt suami apa sebab dia buat semua tue smpi suami dia paham. tp klu suami tak bagi jugak kena terima la tp pape pun cuba usaha bg dia paham..

depens on situation

Aziela said...

Apa sahaja perintah suami memang jauh hukum wajib untuk isteri mematuhi. Melainkan, ianya permintaan. Maka boleh dibincangkan. Yang moleknya, berbincanglah. Perkahwinan ialah perkongsian, kasih sayang, kejujuran, bertolak ansur, memahami, kerjasama dan juga pengorbanan. Semua aspek harus sebati untuk bahagia.

Unknown said...

Kesimpulan paling mudah: Matlamat tak manghalalkan cara. Jadi, ikut kata suami. Sebab perintah dia itu tak langgar syarak.

Anonymous said...

Dengan adanya 'percaya' dalam sesuatu hubungan tu semua perkara remeh tidak akan diperbesarkan. Dezee yang kata..XD

Unknown said...

ikut keadaanlah. kalau suami tak bagi ikut je lah, tapi kalau rasa permintaan suami tu tak rasional or relevan, rasa boleh dipertikaikan

maszull said...

assalamualaikum iffah...kenalah cari orang yg memahami hobi kita n kesukaan kita pastu kena beritahu awal2kan...:)

kay_are said...

ape yang boleh aku bagi as aku punya pendapat, kalau dah suami nye cakap macam tu, si isteri kne r ikut sebab maybe die takut akan timbul something lagi worse kalau dibiarkan.

Nong Andy said...

hurm...

kalau suami tak suka.. baik jangan buat. kan syurga isteri di telapak kaki suami?

*Tapi aku akan merajuk tak hinggat ahahahaha....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers