CORETAN TERBARU NADH

Surat: Tolonglah wak!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Surat untuk awak, awak dan awak yang membaca...

Awak...
Saya tulis surat lagi. Maaf saya tak boleh menahan diri. Rasa tak lengkap kalau saya tak sampaikan pesanan saya ni. Harap awak baca sampai habis!

Awak...
Tolong jaga diri. Saya tak ada 24 jam untuk awak. Awak kena jaga diri. Awak jangan ingat tak ada orang sayang kat awak. Saya sayang awak. Semua orang sayang awak. Awak jangan terlalu ambil mudah dengan diri sendiri. Jaga diri betul-betul.

Awak...
Kalau awak pergi dulu, saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak sanggup membayangkannya. Awak mungkin belum pernah rasa bagaimana situasi antara hidup dan mati. Saya tak nak awak rasa apa yang saya rasa. Saya tak nak peristiwa itu berulang kat awak. Itu sangat trauma dan menakutkan.

Awak...
Tolonglah. Saya merayu. Jaga diri. Pentingkan yang terpenting dulu bila awak berdepan dengan hidup dan mati. Tolonglah, kalau betul ajal sudah tiba... Saya reda. Saya terima. Tapi saya tak boleh terima ajal itu berpunca dari kecuaian awak. Tolong jaga diri... Saya mohon...

Kata-kata lahir dari hati,
Iffah Afeefah 2012

12 comments:

Kira Sakura said...

sedih saya membaca nie awak.. maafkan saya sebab dah buat awak awak risau. baiklah saya janji tak kan degil lagi Pomish!!! sobsobsob ;(

Anonymous said...

Dezee xbaca surat orang kan ni? XS

Anonymous said...

kenapa ni dear? dah-dah, tak mau sedih-sedih.

maszull said...

assalamualaikum iffah..sedihnya bila baca..:(

NUR said...

surat mengundang air mata..
awak..

dari blog NUR

MalizaMah said...

jgn sedih2 ya.. moga pelangi cepat muncul di hari2 kamu.

reenapple said...

baik.. saya akan jaga diri.. =)

boni kacak said...

kenapa ni awak? ada sesuatu ke?

Unknown said...

Pelik semacam surat ni. Jangan nak buat kejutan sangat. Kau nak bagi kat siapa ni?

kay_are said...

kepada awak yang disebut dan dimention kan tu.. sile dengar dan ikut pesanan yang diberi.. time kasih

.........cP~ said...

Salam.

Err..surat apakah? Misteri sungguh..

Nong Andy said...

saya sayang awak.. jadi saya akan jaga diri.. awak pun sama k!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers