ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu aku dengar orang kata;
"Baik ada makna tu..."
Dalam cerita P Ramlee kalau tak silap. Tapi aku ubah sikit. Rajin! Bila sentuh topik rajin semua mesti fikir aku malas. Aku malas. Aku malas. Tapi sebenarnya aku nak mengaku yang aku memang malas membaca. Malas baca bahan ilmiah. Rajin pun bersebab. Yang thesis melambak dalam entry sebelum ni rajin baca bersebab. Bukan suka sangat baca pun. Naik pitam baca bahan ilmiah macam tu.
Lain situasi yang aku nampak pasal rajin ialah rajin sebab nak tunjuk dia buat kerja. Itu memang menjengkelkan. Orang lain bersusah payah di belakang tabir, kau pula nak menayangkan kerajinan kau kat seseorang. Konon kaulah yang paling rajin, kaulah yang buat semua itu. Itu salah. Rajin yang salah sama sekali!
Sikap rajin ni terpulang kepada diri kita sendiri. Macam mana kita nak pupuk kerajinan tu. Kalau asyik-asyik sebut MALAS memang MALAS sampai bila-bila. Ingat, jangan nak kata macam ni;
"Kau kan rajin, kaulah buat..."
Habis, bila diri kau tu nak rajin. Asyik suruh orang je? Membuli tanpa sedar. Ya, mungkin orang yang disuruh tu buat. Tapi kau tak tahu ke di lubuk hati dia paling dalam dia benci dibuli. Mungkin dia tak nak tunjukkan sebab dia fikir atas dasar sahabat. Tapi orang kata kalau dah pendam lama-lama bila-bila je boleh meletup kawan kau tu. Jadi sendiri mesti ingat dan untuk diri aku jugak.
Nasihat hari ini: Tanamkan kerajinan, cantaskan kemalasan.
14 comments:
aku pun nak jadi rajin dah.. huhuhu.
waalaikumussalam..
betul tu..kkdg org tau kite x kn tolak nk buat benda tu..asyik suruh kite jee..ap pun sbr je la.ikhlskn hti..huhuhuu,
Cuba la tegur..sebaik-baik teguran itu mesejnya sampai dan si pendengar tidak terguris dengan kata2.Tapi Dezee kalu bab2 mcmni dezee sound in a sarcastic way je.Jgn contohi Dezee ya. XD
hehehe.. betul tu.. sapa yang nak dibuli.. silap2 haribulan, kena sembur je.hahaha.
ye, saya pun pemalas jugak sebenarnya.kita serupa! hahahaha
ayat 'kau rajin, kau buat la' tu mmg sakit hati dgr. tahu nk siap je, lps tu dpt nama skaki. wahh, menyirap betul.
aku rajin tapi malas. eh? :D
tanam rajin dalam diri, mudah-mudahan akan tumbuh pula pokok kerajinan, dan menghasilkan buah-buah kecemerlangan . . . . . .
semoga bersabar cikgu, (^_^)
jangan disebabkan orang2 yg tunjuk rajin nanti menyebabkan keikhlasan kita menjadi hilang disebabkan rasa tu, . . . . . . .
rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk2 itu duia perbuatan yang berbeza... rajin yang menunjuk2 lebih merujuk kepada sifat membodek atau inginkan pujian, sanjungan dan penghargaan..
moga kita rajin kerana minat dan ikhlas kerana Allah SWT
Adoi.. apasal rasa pedas? oh.. aku Malas rupanya. patutlah terasa cili hehehehe...
baik cikgu.. saya akan belajar rajin-rajin herhehe...
apa pun yg kita buat, kita kena positifkan diri dan minda kita...
rajin jugak ni.. rajin baca novel?
hupdate blog?? dah malas sikit..
Baca buku ilmiah??? memang malas sangat.. muahaha
ada kwn yg dia mmg slalu x buat keje tp suka arah2 orang. tak senang org duduk diam..pelik gila
akak paling malas nak mandi. jenuh mama membebel baru akak gerak ke toilet kihkihkih
bende ni depend kat situasi gak.. macam aku kalau bende ade dateline.. memang kne rajin gak r.. takde pilihan.. ikutkan aku memang agak malas pun.. huu
Post a Comment