CORETAN TERBARU NADH

Isu menggunting rambut untuk wanita muslim

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memang lemah bab-bab macam ni. Isu ni selalu aku terfikir. Kenapalah susah sangat nak jumpa tukang gunting perempuan beragama Islam? Rata-ratanya mesti cina. Aurat! Itulah yang jadi masalahnya. Ada orang kata darurat, sebab tak ada jalan lain nak potong. 

Tapi bila fikir-fikir, dengan perempuan bukan Islam rambut itu aurat. Dengan lelaki apatah lagi. Aku naik segan bila masa kitorang survey kedai gunting rambut, lelaki cina bercerita kebanyakan perempuan yang datang potong rambut dengan dia perempuan melayu. Tak tahulah ada antaranya bukan Islam. 

Aku bermuhasabah diri. Adakah ini dipanggil darurat? Takkan? Kalau macam tu terhadlah tempat kita nak potong. Kadang tu suruh tutup sebab fikir aurat kita nampak. Biar seorang nampak, dari ramai. Tapi lain pulak jadi. Benda yang kita rancang ke lain. Masuk keluar lelaki tanpa rasa bersalah. Dia tak faham agama kita kan? Tak apa lain kali aku tegur dia.

Setelah setahun membotakkan rambut akibat tragedi Maria, aku tergerak hati nak botakkan lagi tapi ada orang tak bagi, sebab menyerupai lelaki. Ada sesiapa boleh tolong jawabkan, boleh ke tak?

19 comments:

Solihin Zubir said...

sbb apa nk botakkan lagi?
kalau xdak sebab yg munasabah,saja2, tak payahla...

reenapple said...

itulah.. sebab tu aku lagi selsa potong kat tempat aku.. situ ramai perempuan melayu.. ehehe.

#sal isu botakkan rambut.. aku tanya kau, atas sebab apa kau nak buat macam tu? Adakah itu satu kewajipan untuk kau atau tidak?

Anonymous said...

waalaikumussalam..

hmm..kkdg dorg tau tp buat x tau.ssh nk ckp.nauzubillah.

..haa? tragedi maria? ap tu? knp..knp?

Anonymous said...

perlu ke botak rambut? tak perlu kot...

MalizaMah said...

hari tu ada kawan leeza cari kedai gunting rmbut muslimah. kalau tak silap leeza, kawan leeza kata ada...

boni kacak said...

memang susah dan sangat sukar nak cari tukang gunting rambut wanita muslim.. sangat2 susah..

tragedi maria tu tragedi apa awak?

Kalamhati said...

huhu nape nk botakkan lg?jgn adikku sayang..-_-

نورعيم said...

setahu sy la kak, btl ke tak tak tahu ni. botakkn rambut kalau utk sbb munasabah takpe tp kalau utk suka2 rasa xblh sbb perempuan xblh menyerupai lelaki.


tp better tanya pd yg lbh arif la.

Asrul "iLham" Sany said...

botak itu selesa... itu sebab ada kadang2 awek mau botak juga..

K O R I E said...

kt tempat kte ada akak mlayu yg buka salon rambut, tp jauh la kot dri tempat akak

pembaca said...

sekarang dah ada satu peluang pekerjaan/bisnes terbaru untuk muslimah, . . . diorang boleh menceburkan diri dalam bidang ni, banyak % untuk dapat sambutan, . . . . . . .

Eera Shera said...

kat sini semua kedai cina..melayu mmg takde la

Zehan Ilyana said...

sebab itu saya suka potong rambut sendiri...hihi...

em..botak rambut sbb tragedi maria? hurm..
skrg nak botak lagi?
hurm...

dulu pun pernah terfikir nak botak rambut, tapi tak boleh sbb menyerupai lelaki.. even dulu potong rambut sendiri yg style betul2 pendek pun tak boleh sebab menyerupai lelaki...

tapi, ada orang kata perempuan kalau rambut panjang, di akhirat kelak kalau kita jaga rambut dengan betul, rsmbut kita boleh menyelamatkan kita dari terjatuh ke api nerska..(saya kurang pasti..cuma berkongsi)
wallahualam...

Nong Andy said...

erm... memang susah nak cari kedai gunting rambut yang muslim tukang guntingnya. Dan itu kita berserah pada DIA untuk menentukan yang selebihnya.

Botak? hurm.. kalau ada sebab yang munasabah rasanya tak apa kot. misalnya membotakkan rambut untuk kesihatan. Lagipun Menyerupai lelaki itu kalau botak kepala tidak bertudung malah siap pakai pakaian lelaki. Tapi kalau botak, bertudung dan berpakaian perempuan aku rasa ada perbezaannya. Itu pendapat peribadi aku yang juga tak berilmu sgt.

Kira Sakura said...

kalau botakkan sebab sakit boleh. tp klu tak xperlu ye syg. rambut pun kan anugerah Allah, ada byk pahala yg kita boleh kumpul bila kita jaga rambut kita lek lok ;)

kay_are said...

isu camtu memang selalu aku nampak.. pakai tudung tapi terpakse bukak sebab nak gunting rambut.. aku kat sebelah mase tu pun speechless bile jadi camtu.. takpe ke?

QasehnyaRania said...

betol tu..
saya selalu minta tolong mak je..mak pandai gunting rambut..hehe

follower ke 2222(suke2)
dari blog mama maszull ;)
salam kenal

Salun Rambut said...

Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan mendandan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di Kota Damansara. Harga untuk wash, cut & blow RM15. Colour/ Inai RM30-RM88. Rebonding/ Perming RM88-128. Treatment RM38. Sekiranya berminat kal Zura 012-204048 atau layari myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih tuan rumah.

Anonymous said...

Aishah masih buksness ltg rambut. Saya nak bawa isteri.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers