ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Review dimulakan dengan Bismillah. Aku risau. Aku taip. Aku padam. Penerbit sedang memerhati.
Aku bimbang salah taip, lain jadinya. Tanggapan kita berbeza. Terlalu jurang.
Aku enggan ulas panjang. Tapi dipaksa juga. Inilah hasil reviewnya.
Lawa bukan? |
Secara dasarnya; cover cun. Aku jatuh cinta berkali-kali. Selak
muka satu. “Ah kertas dia lain macam. Kuning tapi berkualiti. Taklah macam buku
novel English yang buruk-buruk tapi mahal nak mampus,” Aku bicara sendiri.
Baca satu ayat demi ayat. Aku nampak sesuatu. Kesalahan teknikal.
Mata aku peka begini.
…Saying…
…Cuma…
…Berjaya…
…berfoya foya…
…ragah… (gagah sepatutnya bukan?)
Jarak dekat. Noktah. Koma. Semua aku perhati. Penat tengok
teknikalnya. Aku kembali melihat isinya. Maaf aku manusia biasa, nampak saja
kesilapan yang ada. Baca semula. Tamat sudah satu naskah merah hitam putih ini.
Senyum* terus kepada penulis dan penulisannya boleh?
LINA JALIL
Aku paling suka “Waktu kita mula kenal” Muka surat 9 hingga
10. Aku senyum saja. Simple tapi kena dengan jiwa aku pastinya.
APAI
Si adik yang perlu belanja aku kepci seketul dua. Aku suka
juga. Walaupun penulisannya dengan orang yang aku kenal tak sama. Tapi aku
suka. Lain. Tapi masih bisa dihadam dan dicerna otak. Aku suka yang ini “Aku
adalah hero” muka surat 56 hingga 58. Aku rasa ia bangang. Hero yang bangang.
Bisa buat aku ketawa sendiri.
HAMDA ARAZI
Yang ini pun agak selamba penulisannya. Dalam berimaginasi.
Aneh. Aku tak tahu gaya apa yang dia mahu terapkan tapi aku jatuh suka. “Poin”
muka surat 118 hingga 123. Memang bernas poin yang diberikan. Aku dapat sesuatu
dari situ. Tahniah!
SHAIKA NADWAH
“Ralat” mukas surat 127 hingga 129. Aku suka part ‘Aku lebih
suka menyendiri dari biar hati dirobek rakus berkali. Aku lebih suka,” Aku
sangat suka. Kena dengan aku sekarang.
AIDEED MOSLEY
Aku cari. Aku belek. Aku cuba fahamkan semula. Aku blur. Akhirnya
aku mampu tersenyum saat aku jumpa satu cerita. “Mengharapkan nasib itu adalah
malas” muka surat 174 hingga 176. Ayat yang paling memikat ialah ‘Merealisasikan
semua mimpi pelik yang hebat itu adalah satu kebahagiaan.’
Kesimpulan, aku baca dari depan ke belakang. Dari kulit ke
kulit. Patah balik, Ulang baca. Aku faham. Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang.
Terus terang aku katakan ia susah dihadam oleh minda aku. ia jauh lari dari
tanggapan aku. Ia tak sama macam Zine Pilihan yang aku baca. Ia lain. Bukan genre
aku. bukan makanan aku. Dan itulah kata akhir untuk buku ini.
13 comments:
Suka membaca yer?
jarang jumpa buku mcm ni...sebab tak berpeluang
***tak perasan slalu komen2 selama ni saya blum follow..tp rasanya dah follow..maybe masa pakai google +
oh..oh.. begitukah? hurm... aku suka tajuk dia.. macam misteri.. macam penuh fantasi.. tapi benarkah. Tapi aku tak suka bacaan yang berat dan aku cepat bosan membaca.. jadi aku sedang berkira-kira untuk mendapatkan buku ini..
*walaupun ada 2 zine sedang tunggu aku meratahnya sekejap lagi.. aku masih mahu cari bahan bacaan lain lagi hehe..
dah leh kasi pinjam kot.. hihi~
a'ah lah iffah..
mmg cun pun muka depan tu. masyuk..
leeza suka.
macam menarik? Novel ker ni iffah?
p/s: maaf dah lama x berkunjung, semakin sibuk dgn kerja, study & family...(fhm2 je eh). Yang pasti rindu teman2 blog terutama iffah afeefah...hehe
ok fine. buku lagi. :P
aku rasa ia seperti Othello yang aku sedang baca sekarang ini, Sedang hadamkan juga.. huhu. bahasa yg tinggi.
cover pon dah menarik .. inikan pulak isinya !
dari apa yg iffah review akak rasa akak tau genre zine nie mcm mana
mane ko beli ..
pandai ko cari buku ek..
Thanks review Iffah. Kalau sesiapa yang nak beli boleh cari page Penerbitan Darmasiska di facebook atau follow tuiter @PDarmasiska. :)
itu zine ke? nape sampai 100++ muka surat? tebalnye zine.. (0.0) tapi buku ko cari sume unik2 eh.. kagum aku
Post a Comment