ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak semestinya yang kita paksa jadi hasilnya negatif kan? Cuba renung balik.
Ibu paksa kita solat.
Ayah paksa kita solat.
Cikgu paksa kita solat.
Kawan paksa kita solat.
"Tak guna puasa kalau tak solat. Pergi solat dulu..." Ibu bebel.
"Puasa je kalau tak solat tak guna tau!" Roommate aku pulak yang bebel.
"Awak dah solat?" Dalam hati serba salah nak jawab belum solat sebenarnya.
Tapi, kenapa ramai yang solat tapi sering lakukan kemungkaran? Solat 5 kali sehari pun boleh buka aurat masa keluar rumah? Dengan alasan:
"Aku tak sedia lagi..."
"Mak aku tak kisah, kau kisah kenapa?"
"Habis kau tu sama je kan dengan aku. Tak tutup aurat dengan sempurna jugakkan?"
"Kau jangan nak berlagak baik. Solat pun on off..."
Habis tu sampai bila persoalan benda yang terangan wajib buat, kalau tak buat dosa, masuk api neraka kena seksa? Sampai bila nak tunding jari salahkan orang lain? Cari salahnya orang? Ego itu lebih agungkah? Salah ke kita mengalah demi kebaikan kita bersama? Lepas ni ada yang kata aku berlagak baik. Aku tahu.
"Dia ni macamlah perfect sangat?"
"Konon dalam blog, bolehlah tulis. Cuba buat tengok?"
"Reti nasihatkan orang je, diri sendiri?"
Ya, aku sedang nasihatkan diri akulah ni. Siapa kata aku baik? Aku tak kata. Aku cuma nak paksakan diri aku dan ajak kawan-kawan yang baca ni untuk paksa diri buat yang wajib. Selepas wajib barulah sunat. Kalau wajib pun tak mula dari sekarang, tunggu bila? Aku cuba paksa diri ke arah positif. Supaya apa yang aku usahakan tak sia-sia. Paksa jadi baik bukan mudah, tapi kalau tak cuba takkan berjaya bukan?
Solat? Paksa itu perlu, sampai masa diri sendiri buat dengan ikhlas. Dari tak buat langsung bukan? Lagipun ada tokoh mengatakan, lebih dari 40 kali kita buat sesuatu perkara akan menjadi tabiat. Jadi jangan henti doa supaya kita boleh jadikan yang wajib itu tabiat, yang berdosa itu tebiat. Musahabah di pagi subuh.
Ps: Aku cuba tak update tapi gagal. Tangan ni gatal je nak BW tapi sorry, hanya update je mampu. Inipun berjela. Catat rekod sehari tak buka FB. Tahniah!
17 comments:
Sama juga dgn misi org tabligh ;D
mereka paksa bersolat di masjid/surau pada peringkat awal.. lama2 dgn rezeki Allah terbuka pintu hati mereka utk pergi sendiri, inshaAllah ^^
Tak perlu menjadi perfect utk menasihatkan org, menasihati org tu termasuklah menasihati diri sendiri kan? kalau benda yg kita nasihati itu betul..
Terperanjat tengok ada entry selepas entry semalam. Tapi memang segala perubahan yang nak dilakukan, kenalah buat secara berperingkat. Tahniah kerana tak buka fb. Akak sudah berjaya setahun x buka fb.
nak buat mcm mana kan... dah terbiasa dgn blog dan fb semua ni... nak tinggalkan memang payah lah...
erm... kena paksa positif sgt bgs...
itu yg sebenarnya tak perlu dipaksa :D
entry baru..hehe. ok paksaan positif dari terpaksa lama2 jadi rela.
paksaan mmg ada + dan -...
adakala leeza tertanya adakah leeza memaksa kawan leeza itu? agr tidak berkawan terlalu rapat, bergantung hidup, mengambil kesempatan ats org lain. hmmmmm
akak dlu pun awalnya paksa diri bila ada pkataan 'bersedia ke aku' berlegar dalam pala otak nie haa tp bila awalnya kita paksa insyaAllah lama nt kita ikhlas percaya la :)
kekadang yang mula kerna terpaksa tu boleh juga berubah jadi ikhlas insyaAllah.... doa kan...
assalamualaikum iffah...paksaan yg begini diharuskan...:)
sama2 kita berubah menjadi lebih baik. ye. betul tu. daripada paksaan, akan jadi tabiat.. dan tabiat tu akan jadi ikhlas jua dihujungnya
solat itu mudah.. kadang2 kita yang selalu menjadikan ianya sukar dan berat,.. bangun awal pagi tengok bola sanggup... tapi bangun utk solat punya lah payah... sama2 kta bermuhasabah diri.. solat itu tiang agama..
post benda baik tak semestinya diri baik tp berusaha utk jd yg terbaik di sisiNya.
Allah tahu apa yg ade dlm hati kita kak. kita dah ajk, kita dah paksa, tp kalau taknak ikt jgk tu bkn slh akak dah.
alaaa... kau nak stop blog ke sementara waktu? Hee.. semoga berjaya.. janji kau ambil cuti sekejap je eh. =)
betul2.. takyah r pikir pasal yang sunat tu kalau yang wajib pun tak betul lagi.. nasihat untuk aku sendiri T__T aku pun bukan baik sangat.. just2 same2 ingat mengingati je kan? =)
macam mana nak cakap ea..
tapi kalau berterusan kita buat benda baik berterusan,
lama-lama nanti kita akan ikhlas (:
Kesudahan Blog Ceyana Hina Profesion Keguruan - ahsfantasy24.com
Tahniah.. sudah capai rekod tak buka fb hehehe..
Aku juga sama.. selalu ikut hasutan setan. bagus n3 ni Iffah!
Post a Comment