ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenduri memang meriah. Lebih-lebih lagi kenduri kahwin. Indah
nian singgah sana pelamin. Hanif tersenyum bahagia. Intan memalingkan wajah. Siapa
sangka bekas kekasihnya kini ada di sana. Bersama wanita impian yang
dikejarnya. Intan membatu kaku.
“Oit, lama sampai?” Intan menggeleng. Sofia tersenyum.
“Makan jom? Mehlah lepak kat meja kitorang,” Sofia menarik
lengan Intan. Dalam serba salah dia mengikut.
“Kitorang? Ramai ke geng yang datang?” Intan mengerling kearah
Hanif semula. Hatinya perlu ditenteramkan. Jiwanya sakit namun dipendamkan. Cukuplah
kisah dulu bermain di ingatan. Payah benar dia mahu menerima sakitnya hakikat
cinta terputus di tengah jalan.
“Tak. Ini bukan geng sekolah kita. Ni geng UTEM Hanif…”
Ujarnya perlahan. Intan mengeluh. Dia malas nak berkenalan dengan orang baru. Lebih-lebih
yang berkaitan dengan Hanif.
“Korang, kenalkan ini Intan. Member kamceng aku. Intan, ini
Munir, Hafiz, Zaid, Tasya, dan Mira. Kira kami sekelaslah…” Senyuman melebar.
Intan hanya tersenyum dan menundukkan wajah. Mata Zaid seakan berbicara
dengannya. Cuma dia tak mahu perasan sendiri.
“Sofi, aku nak gerak dululah. Kirim salam Hanif dan isterinya
okey? Tiba-tiba rasa muallah…” Intan makin rimas dengan pandangan menikam Zaid.
Dia perlu beredar.
“Aku pun nak balik. Munir nanti kau hantarkan diorang balik
sekali okey? Risau mak aku sorang kat rumah…” Zaid bersalaman. Intan gabra. Segera
dia melajukan langkah.
“Zaid, kau nak balik saing Intan ke? Bolehlah hantarkan dia
sekali…” Sofea memberi cadangan. Terhenti langkah Intan.
“Apa? Taklah. Aku nak cepat. Bye korang!” Zaid berlalu.
Intan masih di situ. Bengang. Permainan apakah yang berlaku sekarang? Dia
perasan atau hanya berperasaan? Lalu dia meninggalkan majlis dengan sayu dan
pedih di hati. Bukan saja ditinggalkan kekasih, malah memalukan diri dengan
tersalah tafsir renungan sang lelaki.
Ps: Aku tak ada niat nak raih simpati pasal tangan aku tu. Aku tak harap korang susah hati sebab aku. Maaf, aku tak patut cerita dalam blog. Cukuplah aku menerima diri aku seadanya bukan?
20 comments:
knp sedih sgt neh ..
its not meraih simpati. kamu kena tulis untuk ketenangan...
dont so patah semangat ok. cheer up!
Mungkin juga zaid tu mmg memandang Intan ;D
Xpe sharing is caring kan? ^^
jangan cakap macam tu..saya tak anggap pun awak meraih simpati..at least, awak dapat share kisah awak dengan saya dan juga sahabat2 blog yang lain yang sentiasa tidak memandang rendah pada awak..sebagaimana saya menerima awak seadanya, begitu juga dengan sahabat2 yang lain..dah, chill k. pergi golek2 depan toilet sekarang.hahaha
Hmmm.. Sedih sih...
T_T
errkkk sian kat Intan tue.. Zaid pun kot ye nk balik xyah la balik time tue buat org salah sangka...
*akak tak kesiankan iffah tapi akak sayang iffah ok!!!
Zaid renung mungkin sebab tahu apa yg bergolak dlm hati Intan.. kan bekas kekasih atas pelaminan...
Jangan cakap macamtu la..iffa nak cerita ke atau tidak itu hak iffa kan.. :)
adoi.. sian je intan mcm tu kena tinggal..
luahkan kdg2 rasa bahagia kan.. =)
its not about meraih simpati or apa. Tak salah kalau berkongsi rasa bersama rakan-rakan yang lain
aduh... lelaki memang payah nak ditafsirkan....
Aku rasa Zaid tu dah alami love at first sight dengan intan.. haha
simpati juga niee.. menangis air mata darah
minta simpati dengan sharing,
2 benda yang berbeza..
aku rasa ini ada sambungan.. tapi kau saja 'hide' dan 'cut' di awal cerita.. :D
*pasal tangan kau tu.. aku rasa itu bukan meraih simpati.. kadang kita nak luahkan apa kita rasa.. dan blog adalah salah satu mediumnya..
*aku tahu.. ini komen aku yg kedua di n3 ini!!!
aku terigat lagi :
time aku zaman remaja , aku terkejut aku hadirkan diri ke reunion sekolah menengah , aku suke kat mamat tuh..suke sgt..
last2 dapat kat girl lain , dan paling aku sakit ati , girl tu sekelas gak dgn aku..
kadang2 aku pikir ..mungkin ada sebab aku tak kapel gan die ..tapi aku akui die gan popuan tu sepadan..
sakit hati tu ade je sepanjang majlis tu , aku nak mengelak pun aku takleh buat .tengok je lah gelagat depa..
last depa nak kawen.. ko tau kan perasaan aku..
walaupun aku dah ade pasangan aku pun , selagi aku xjadi isteri org , aku masih admire dgn die ..
huh..
harap die lupus dlm hati n igatan aku...
sila sambung ek..ni mcm tergantung je.. :P
kadangkala menulis boleh melegakan.. Tak gitu ?
sedih r pulak ending cite ni.. ingatkan suka same suke.. lain lak jadinye.. tu r realiti kan.. tak seindah drama kat tv.. hmm
Post a Comment