CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Panahan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“What? Memanah? Aku mana pernah memanah weh…” Tia sudah merungut. Ikutkan hati, dia malu untuk memanah. Dia tahu dia akan membodohkan dirinya saja. Tak pandai tapi menggatal nak cuba.
“Ala, sekali je. Lagipun ini untuk berseronok je,” Paan memujuk lagi. Paan atau nama sebenarnya Farhana memang agak ganas. Otaknya selalu luar dari jangkaan.
“Jom…” Tia tidak dapat mengelak lagi. Dia terasa tangannya ditarik. Dan dia terjebak kini. Sebelahnya ada lelaki yang sibuk mengajar bagaimana cara menggunakannya. Naik segan Tia dibuatnya. Paan teruja sekali.
“Okey tarik bahagian merah ni kuat-kuat…” Tia serba salah. Lelaki itu terlalu dekat. Jantungnya berdebar.
“Tia, apahal semua tak kena sasaran? Tengok aku punya,” Berlagak nadanya. Namun, Tia tak terasa apapun. Jiwanya melayang. Bukan itu fokusnya kini.
‘Paan! Aku dah terkena panahan cinta…Oh tidak!’ Dalam diam Tia tersenyum sendiri. Lelaki disebelah dijeling seketika. Senyuman itu terukir lagi. Kali ini keduanya tersenyum sama. Bahagia!

#Kistot itu Kisah Kontot. Kistot itu tidak ada kaitan dengan penulis. Rekaan semata-mata~~~

13 comments:

Anonymous said...

Imaginasi itu membantu seseorang itu berfikiran lebih kreatif..dezee yang kata.XD

Unknown said...

ingatkan cite betul2..

Unknown said...

Imaginasi kau ni dah makin merbahaya.. Hahahah. Panah cinta bagai. Hahah.

Kira Sakura said...

nak suh suami akak nt ajar memanah la hari2 boleh terkena panahan cinta hari2 muahahahahahahaha

Anonymous said...

ambooii..hehe

Sunah Sakura said...

macam best pulak buat kistot ni ek..hehehe

boni kacak said...

kistot tu apa ye??

نورعيم said...

haha nak belajar memanah jgk la mcm ni :P

reenapple said...

aaaa.. comel. =)

Masz Mukhtar said...

jatuh cinta dengan adik yang ajar memanah tu ke? patutla semua pergi ke atas je. haha

Bidadari Syurga said...

ingatkan nak memanah bebetul... ngeh ngeh ngeh...

Nong Andy said...

yee.... kurang asam betul kistot ni. ia buat aku gedik.. rasa macam nak sambung !~

Auwwwww!

*iffah.. ini manis!!

kay_are said...

ni mesti main panah2 kat sunway ni kan.. =P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers