ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni aku nak promote tempat makan yang sedap dan murah.
Terliur bukan? |
Okey, menu yang kami pesan ialah ABC tapi dia kasi special pulak. Layankan je. Orang dah buat kan?Lepas tu kami order burger ayam. Sebenarnya dedua tak suka burger ayam. Tapi sebab dah tak ada. Reda jelah. Tapi sedap jugak. Licin makan kot. Lepas tu ada rojak yang pedas. Pedas tahap akulah. Korang sure kata tak pedas.
Sedap dan murah. Untuk sesiapa yang nak datang Melaka, aku bawak makan kat atas jejantas jelah. Maklumlah student. Haha tapi sambil makan ditiup angin sepoi-sepoi. Lepas tu tengok gelagat pemandu di bawah yang pelbagai ragam. Usha kereta idaman. Memang terbaik!
Yang penting layanan! Layanan makcik tu superb. Ramah tamah. Tu sudu ABC pun dia kasi dua. Sebab tahu kami makan share. Masa bayar, siap bagi gegula sorang satu. Hadiah katanya. Yalah, selang sehari datang makan lagi. Memang sedap nak kata apa lagi kan? Tahu kat mana? Jejantas yang menghubungkan Tesco Melaka dengan Melaka Sentral. Memang ramai pelanggan. Ramai juga yang berdating kat atas. Romantiklah konon!
15 comments:
wuiyoooo..
nampak sedap betoiiii...
fuhh.. panas2 dapat makan ni, fuhhh !
Ooo ye ke..nmpk mcm sedap..akak dh lama tk guna jejantas tu..bila2 nk gi try lah...dulu2 slalu gk pakai jejantas ni...skg duk lalu bwh jejantas je...heee
adeh..jauhnya...
assalamualaikum iffah...memang best tempat ni dulu masa mama dok Melaka rumah mama kat tepi jalan ke Melaka Sentral tu...
rumah mama kat Tmn Rumpun Bahagia belakang nyer memang bertentang ngan Melaka sentral tu...kalau dulu nak pi Mydin jalan kaki ikut pintu belakang seberang jalan ke Mydin n Melaka Sentral tapi kalau nak ke tesco tu x boleh la naik jejentas tu sbb balik nanti sure2 bawa byk beg isi barang..setakat nak jln2 ok la...
melaka la tempat yg paling mama suka sekali tinggal 15 belas tahun mama dok sana dan kalau ada peluang lagi mama masih nak kembali ke Melaka....
mama pun dulu pernah bekerja di Taman peringgit...bila bercerita tentang Melaka ni terasa mama nak buat n3 la... kenangan semasa dok kat di Melaka...
iffah tinggal kat Melaka ye kat mna ek..:)
wow ini nice bila nak belanja abang bro ni?
haaaa...abc tu yang nampak sedap tu...kena plak bila cuaca tgh panas... fuhhhh :P
ewah.. apasal ko tak bawa aku ke sana hari tu.. hehehe
*Jan marah.. gurau aja! aku tau jawapan ko :D
sedapnya... lama tak mkn2 ais2.....:)
nanti aku gi sana... :D
terliur sangat....nampak tempting, menyelerakan
aku ingat restoran jejantas dekat highway. lame tak g melaka dah taktau dah ape ade kat sane.. huu
ok nanti bawak mkn kt situ.. rojak tue mcm menggoda huuu
mcm best je..
penah lalu je kt bwh jejantas tuuu...hehehe
bestnyer abc tu... siap da aiskrim lg...
waah..mmg terliur r..nnti leh r g sini.
Post a Comment