ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Derma darah kali ketiga selama aku hidup. Terharu rasanya
sebab berkesempatan nak derma lagi. Ada sekali tu tak lepas sebab hemoglobin
tak cukup. Sedih tengok orang lain menderma. Alhamdulillah tadi pergi
sorang-sorang. Lepas. Dapat gift lagi. Baju derma darah, Mug Milo, Air tin, air mineral, roti 2, sijil dan penanda buku. Tapi pastikan niat menderma sebab nak derma ye!
Berdebar sebab setahun lebih dah tak menderma. Maklumlah
masalah kesihatan. Debar punya pasal aku dah buat benda memalukan tadi. Aku pergi
baring terus. Dengan pakai baju kurungnya. Budak tu terkejut. Sebab seat tinggi
jugaklah. Lepas tu dia bagi aku benda nak genggam.
“Eh dik boleh tukar seat tak? Tangan kanan tak boleh
genggamlah…” Budak tu blur je. Aku tunjukkan tangan. Barulah dia kata, “Ooooo…”
Mujur pangkat adik-adik je. Mulalah sesi menemuramah pasal
tangan. Agak sakit bekas cucuk tu. Macam bengkak.
“Esok VIVA tapi sempat lagi derma darah…” Kawan aku cakap.
Aku senyum je. Bila lagi nak menyahut cabaran Program Derma Darah kan? Nak
harap pergi derma kat hospital, memang taklah. Aku tak suka pergi hospital.
Haha. Korang tak nak derma? Dengar kata satu Malaysia serentak sebab nak kutip
12 ribu paket darah tu dalam masa sehari. Ini baru 6 ribu. Cepatlah menderma!
Jangan kata saya takut jarum. Jangan kata saya dah derma dulu. Jangan kata apa-apa sebab bila korang atau sesiapa yang terdekat perlukan darah segera, jangan masa tu menangis sebab orang itu tak dapat diselamatkan...Pesanan ikhlas dari aku yang sayangkan beribu nyawa lain sebab aku tahu bagaimana rasa kehilangan orang yang paling kita sayang....
12 comments:
tak mampu nak derma berat tak cukup huuuuu
tahniah...berjaya derma darah ;)
aku tgk darah pengsan T_T
:-(
ye..akak takut darah.tak pernah ada peluang nk derma dulu2 sbb berat x cukup.skrg ni dah cukup kot.yeayy nk ajak abg gi .teruja nak sumbang sesuatu.
best kan derma darah?? masa 1st tme kite derma rasa seronok sangat..
memang la takot sakit..tapi..bantu happy sbb dpt bantu org..
aku tak pernah dapat derma darah sebab kate nye aku tak cukup syarat.. slim + ringan sangat.. bmi pun underweight.. =__=
Akak suka derma darah. Dah puas derma sejak habis sekolah. Kat hospital pun akak pergi. But now dah tak layak. Syukurlah dah berkesempatan...
waalaikumussalam w.b.t
ohoo..x mau !
ermm betul juga ni, inshaAllah next time ad kempen derma darah berdekatan ak akan turit serta
pernah berkeinginan utk menderma, malangnya tidak dibenarkan, kerana berat badan tak lepas. kurang 5kg..
alhamdullah diberi kesempatan untuk derma darah.
saya selalu kena rejek :(
Post a Comment