Aku bukan anak tiri' Ariana mendengus.
ps:::Cerpen aje..by MR
Bukan sekali dia diperlakukan sebegini. Orang yang tak
mengenalinya pasti menganggap dia tak pandai nak bersyukur. Sudah banyak
kali dipujuk hati untuk menerima hakikat. Sudah banyak kali luahan
diutarakan. Namun, tiada seorangpun dapat memahami hati kecilnya yang
kian memberontak.
Hidup di dalam keluarga yang besar membuatkan ariana terbiasa
dengan perkongsian. Segalanya tentang berkonsi. Namun ada sesuatu
yang kurang disenanginya sejak dia mula tahu erti kehidupan. Lebih-lebih
lagi dia telah meninggalkan zaman remaja.
Malas. Ya, sikap malas membuatkan Ariana menjadi lebih
bertanggungjawab kerana jika ikutkan hati pasti dia jua akan bersikap malas.
Tapi sampai bila? Tanggungjawab sebagai anak pasti dia laksanakan.
Walaupun bukan yang sulung.
Ariana bermonolog.
Aku penat merungut. Bukan aku tak bersyukur tapi aku adalah aku.
Manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itulah yang
mengajar aku kini. Aku lebih matang. Mungkin dipengaruhi sahabat yang jauh
lebih tua dariku. Aku tahu aku beruntung dilahirkan dalam keluarga yang
sederhana. Aku lebih untung dari mereka yang lahir tanpa bapa, yang lahir tanpa
mengenal apa itu harta.
Tersedar Ariana. Betapa dia bertuah kerna lahir di duniauntuk
berjasa. Bukan untuk di buli tapi tuhan telah membuka pintu untuknya membuat
pahala. Dia akhirnya tersenyum puas kerna itulah kebahagian hakiki.
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment