CORETAN TERBARU NADH

Kacang punya cerita

Assalamualaikum. 
Saya baru balik dari Jaya Jusco.
Dengan ex-roommate. Dah 3 tahun kenal. 
Jadi roomatepun dah dekat 2 tahun. 
Rindu saat itu. Minta-minta dia tak baca.
Semua kawan yang ada telah pulang meninggalkanku di sini seorang diri.
Kebetulan Cik Semut balik hari. Jadi hari ini kami keluar bersama.
Nak dijadikan cerita kawan saya lagi seorang pun datang ke JJ. 
Kami beria membeli belah. Sampai tempat kacang. 
Ala tempat kacang, jeruk, gula-gula timbang tu.
Cik Semut teringin nak makan satu kacang ni. 
Harganya jangan ceritalah. Sangat mahal.
Dia teringin punya pasal. Dia beli jugak. 
TAPI~~~
Dia beli 36gram aje.
Kalau harga asal RM6.39 untuk 100gram.
Kami gelak kaw-kaw sebab die beli sikit sangat. 
GAMBAR A: Tu berat, sebelahnya harga                    Gambar B kuantiti kacangnya!

Moral? Belilah kalau nak sangat. Kang kempunan susah pulak. Tengah tak ada duit sekarang memang sangat berkira. Tapi selera tinggi. Kacang tu seorang sebiji jelah dapat makan ye!

Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers