Aku kusut sekarang ni. Penat dah terjah macam-macam blog. Kenapa? Semata-mata nak cari tutorial. Untuk budak baru macam aku ni memang banyak kena belajar. Masalahnya sekarang, semua header idaman sukar dilaksanakan.
SEBAB-SEBABNYA:::
1. Guna ADOBE PHOTOSHOP. Aku mana ada perisian tu. Laptop pun nak meletup dah.(kapasiti maklumat terlalu banyak). Nak install takut berat. Lepas tu terkial-kial nak buat. Tak pernah guna. OK tipu. Pernah guna tapi zaman dulu-dulu lagi. Memang setakat basic je pandai.
2. Guna Flash. Nak belajar susah. Sebab siap ada yang berpassworg bagai. Hal yang demikian membuatkan saya agak kecewa sebab aku tahu flash susah buat amatur seperti aku.
3. Suruh kawan buatkan. Kredit to JUDELIAN sebab dah buatkan. Bukan aku tak bersyukur orang buatkan masalahnya rimas dengan ketogelan blog baru-baru ini. Jadi aku decide letak baju sikit. Masalahnya HEADER tu terlalu besar untuk blog aku. Jadi sume tulisan tertutup. Agak tak cantikkan?
4. Jue memang nak ajr but kami sangat busy. Dia kat LELASARI, aku kat CEMPAKA SARI. Dia puncak 2 aku pulak puncak 3 iaitu paling tinggi. Ada beratus-ratus anak tangga aku kena lalu. Kalah tangga Batu Caves. Yakah? Entah. Kalau kamu semua tak percaya 16 anak tangga kali dengan 6. =96 anak tangga untuk naik ke puncak. Kalau tak silap kiralah. Lepas tu naik pulak LELA sebanyak 64 anak tangga. Belum kira bilik kuliah di puncak 2 +64 lagi. Belum ke perhimpunan 2km ikut agak aje. Patah balik ke CAFE 2.5km. PENAT. Belum kira turun naik tangga bagi waktu rehat, waktu pertukaran kuliah, angkut barang naik, pergi pejabat-pejabat penting. Kelas yang dari 8pagi sampai 4-5petang. Isnin sampai Khamis. Selamat Jumaat sampai pukul 12 aje.
ps::Itu je rintihan hati si amatur. Sekian~~~Mesti korang menyampah je baca entry aku ni. Lari dari topik wakaka
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment