CORETAN TERBARU NADH

Wajah mangsa simbah asid dibedah hari ini

KUALA TERENGGANU: Selepas hampir lima bulan menanggung derita serta menahan kesakitan dan malu berikutan kecacatan pada muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri, akhirnya Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, akan menjalani pembedahan pada wajahnya hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nordiyanah Hassan berkata, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setar, Hulu Terengganu itu akan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr Najiha Syarida Zakaria.

Beliau berkata, pihak hospital tiada masalah menjalankan pembedahan bagi membaiki muka Nurul Dahyatul Fazlinda dan HSNZ mempunyai kepakaran serta peralatan lengkap untuk pembedahan itu.
“Insya-Allah, pembedahan akan dilakukan esok (hari ini). “Kami tidak menolak kemungkinan pembedahan bagi memulihkan semula muka Nurul Dahyatul Fazlinda dilakukan secara berperingkat,” katanya selepas mengiringi Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin melawat pesakit pada program Puteri Menyusur Akar di Kuala Ibai, di sini, semalam.

Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno diiringi Ketua Puteri Umno negeri, Asfalinda Anuar dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu, Nordiana Shafie melawat empat pesakit dalam program berkenaan.

Pada 15 Ogos lalu, Nurul Dahyatul Fazlinda terkena simbahan asid berikutan pertelingkahan antara bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dan ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29. Kejadian itu turut mencederakan ibu dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta neneknya, Minah Omar, 56.
Berikutan kejadian itu, Nurul Dahyatul Fazlinda mengalami kecederaan parah di muka menyebabkan kanak-kanak itu mengalami trauma dan malu untuk ke sekolah.

sumber:::http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wajahmangsasimbahasiddibedahhariini/Article/index_html



Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers