CORETAN TERBARU NADH

3 temujanji

Eh macam tajuk filem kan? Ingat nak tengok 3 Temujanji hari tu. Tapi ada budak gemuk ajak tengok Hunger Games. Layankan jelah budak tu kan. Kenapa 3 temujanji? Sebab aku suka genre begitu. Ops sebenarnya tujuan aku menaip entry bukan nak cerita pasal tu.

Aku sebenarnya ada tiga temujanji. Ye, dating. Dating dengan pakwe? Mana ada. Dengan doktor handsome dan comei lote. Err masalahnya kan, aku dah mdlupakan ketiga-tiga temujanji aku. Satu kat Hospital Sungai Buluh. Ada ke dia kata dia nak bedah lagi sekali. Tak naklah aku.

Kalau bedah kena sakit lagi. Kena pergi pakai baju seksi lagi. Kena masuk wad lagi. Kena makan makanan yang tawar dan tak sedap tu. Kena cuti dan macam-macam. Jadi aku ambil keputusan melupakan je temujanji aku tu. Jahat kan aku? Err masalahnya bukan sengaja. Ye ye aku mengaku aku salah. Nak kena lempang ke apa ni? Tapi aku tak sedia dibedah lagi. Uwaaaa.

Dua temujanji lagi kat Hospital Melaka. Itu pun dengan fisioterapi dan cara kerja. Eh pressure garment yang macam stokin dia kasi aku tak pakai langsung. Takkan nak kantoikan kan? Lagipun Melaka ke Alor Gajah setengah jam. Masa tu tak ada kereta. Siapa sanggup nak hantarkan ye tak?

Baik, aku tahu aku teruk. Aku memang jahat kan? Melupakan ketiga-tiga temujanji tu. Rasa bersalah sekarang. Eh baru nak rasa bersalah. Tapi kalau korang kat tempat aku mungkin korang akan buat benda sama tak? Ke aku je jahat? Larikan diri dari orang yang nak membantu aku. Tapi aku, aku trauma ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

reenapple said...

kalau aku jadi kau pun, aku lupakan sahajtemu janji tu.. hehehe.

mula3 baca tajuk kat dashboard ingtkan kau nak buat review psal citer kat TV3 tu.. kekeke.

Nong Andy said...

mengada! ahahaha.. ingatkan 3 temujanji tv3

*apa nak jadi dgn ko ni Iffah. tolonglah jgn lupa temujanji ko dgn doktor hensem itu..
(sambil geleng kepala dgn muka serius supaya kau tambah rasa bersalah ekekekee)

msredcheesecake said...

Tapi kalau temujanji itu untuk kebaikan, cuba lah jgn elakkan.... Parents mesti harap iffaH dapat sembuh sepenuhnya...

Unknown said...

kecut perut bila dgr ada temujanji dgn doktor

Anonymous said...

ko saket ape ni?

Woofer Storm said...

ingat janji ingat2..ingat ingat hidup cuma satu kali..

Ralit Baca said...

da follow..follow me back ye http://cheqppjoy-shop.blogspot.com/

Unknown said...

take care iffahhhh!!

Kira Sakura said...

klu bab bedah akak pun takut...huhuhu

Dayang Deno said...

kalau deno tak pergi temujanji dengan doc, alamatnya kena bebel la dan xde ubat... setiap kali jumpa doktor dapat la slip ubat bekalan sebulan.. huhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers