CORETAN TERBARU NADH

Asal tengok terus percaya

Ini aku teringat kes bersih 3.0. Mula malas ambil tahu sebab aku tak suka benda macam ni. Berapa kerat isu semasa yang aku ketengahkan kat blog kan. Tapi disebabkan aku terbaca artikel pasal perhimpunan tu buat aku tergerak nak taip.

Manusia kan selalu bertindak terburu-buru bila menilai sesuatu. Serius! Asal nampak gambar kereta kena pijak, kata mahasiswa jahat. Liar. Mana mak bapak yang tak reti nak didik orang. Aku tengok. Aku perhati dan aku cakap, mungkin ada benda jadi yang buat diorang marah.

Masa tu aku tak tahu ceritapun. Malas baca artikel tu. Tup tup bila dah nak senja, barulah tahu polis tu yang melanggar diorang dulu. Kan? Dah jatuh fitnah kat orang memijak kereta. Kalau kita tak pasti berita tu, jangan nak hukum sewenang-wenangnya. Jangan pandai mengata orang. Kita tak ada di tempat kejadian, jangan pandai buat spekulasi sendiri kelak memakan diri.

Macam video terbaru Mat Lutfi. Sila tengok. Korang pasti tak menyesal. Sebab isu yang sama juga dia cakap dalam video tu. Mudah sangat terpengaruh dengan berita tak pasti kebenarannya. Haila manusia!
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Nong Andy said...

Haha.. aku not in to lah dgn kes-kes dan politik bagai ni. buat sesak otak jer..

dah jadi adatkan. apa yg di lihat akan di terima bulat-bulat. tapi bukan semua org ada juga yg selidik dulu baru cakap :D

Kira Sakura said...

sbb tue akak lg selesa kunci mulut kalau pasal isu semasa.. takut tersalah menghukum orang, takut terfitnah sesape.. hurm

Cik Pulau said...

betol.. ai da tgk video matlutfi tu.. kecelaruan kan..
best..

Mehmet Wie said...

manusia mmg cepat membuat kesimpulan tentang sesuatu tanpa usul periksa ditambah lagi dgn media yg melaporkan berita berat sebelah. sebab tu golongan muda lebih suka mencari berita di internet.

Cik Puan Kocik said...

Kalau pun orang buat kejahatan pada kita, tak semestinya kita balas dengan kejahatan jua.

Islam itu ada landasannye ada indahnya yang boleh kita gunakan untuk permuafakatan yang lebih baik, bagi CK rakyat Malaysia yang menyertai BERSIH nie dah memang tak sayangkan Malaysia.

Adakah Islam mengajar kita melakukan keganasan?

Sunah Sakura said...

sebab tu i share yang hilal punya artikel kat FB...sebab i setuju dengan point2 dia...sebab apa yang dia cakap dalam point no 1 tu sama macam apa yang i fikirkan..sebab i sendiri ada kat situ dan tengok semuanya...sekian...

Eera Shera said...

hanya org yg ada kt tmpt kejadian yg tau cite sbnr

maszull said...

assalamualaikum iffah...moga segala kebenaran dpt dijalankan dgn sempurna....:)

Anonymous said...

MUSuh ISLAM NK PORak PORANdaKN MALAYSIA Pn MASih XFHM2. .Yg SEDih Ny Ad SEGelintir RAkyat MALAYSIA Yg SEMacm SENGaja MEMbutakn MAta HAti SEHIngga MNjadi PEMUdahCAra BAgi RANcangn2 JAhat DORG. .JGN tya APA yg NEGARA SUMBg ,tp TYA PAda DIri .APA yg TELah kiTA SUMbang. . .

Sis AI said...

Utk pengetahuan sis, ada lg penjelasan susulan pasal polis langgar org ni. Sy pun skrg kna lg hati2 bila ckp psl politik. Berputar belit! Lbih baik kita ckp hal umum je mmandangkn kita tak ada kat sna.. Tkut fitnah.. Itulh dia..

Asyiqin Haulisah said...

politik itu kotor. kunci mulut dan perhati saja. :)

Anonymous said...

tau tak ape. semua ni provokasi je...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers