CORETAN TERBARU NADH

Bukan semua boleh mendidik

Aku kan memang kagum dengan kaum pendidik. Macam mana dia punya kuasa boleh meluruskan yang bengkok. Boleh mendisiplinkan si kecil yang tak mengerti apa-apa. Boleh mengajar membaca abc yang nampak mudah tapi sukar. Boleh jadi versatile bila-bila masa.

Aku cuba jadi pendidik. Belum layak sebenarnya. Aku kagum dengan cikgu pembimbing aku. Betul-betul membimbing masa praktikum kali ni. Ilmu yang takkan dapat dari buku. Aku kagum bila dia boleh berubah menjadi tukang masak bila pembantu tak ada. Untuk pengetahuan prasekolah ada pembantu khas. Hari ni turn aku pulak masak. Tapi goreng nugget dengan buat air jelah. Sebab hari ni jugak kena observe major last.

Alhamdulillah, anak-anak tu dalam emosi terkawal. Aku suka mengajar diorang. Biasalah ada kelemahan sana sini. Baru belajar. Aku suka bila habis observe. Maka habislah budak-budak tu aku kerjakan. Oh tidak maksud aku mengajar ikut suka hati. Rasa nak nyanyi kita nyanyi. Rasa nak membaca kita baca. Aku suka jadi pendidik. Aku harap aku pun akan jadi sepertinya kelak.
#berbunga-bunga baca komen korang kat cerpen sebelum ni hehe. Terima kasih!
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu kena lah memahaminya dgn lebih baik lg...moga jadi seorg pendidik yg berjaya....:)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag pun nak jadi pendidik jugak. InsyaAllah lepas degree ni Shag amik dip in edu. Doakan Shag ;)

Unknown said...

semua org boleh jadi pengajar tapi tak semua org boleh jadi pendidik. susah kot. lebih2 lagi nak berdepan dgn budak kecik2

Nong Andy said...

Aku tengah berusaha jadi pendidik.

*juga tengah berusaha kurangkan temper time berhadapan dgn kerenah shinta

Woofer Storm said...

awk,update entry cepat..ehhe sy nak baca cerpen..ketagih tau tak.haha

Woofer Storm said...

manalah entry ketagih tu..tunggu punya tunggu tak tiba2 lagi..hehe

slmt mlm iffah~

Dayang Deno said...

deno pun sebenarnya minat nak jadi pendidik.. tapi tu la.. hmm.. deno nie susah kalau nak pergi jauh2... kalau la tak sakit...

Kira Sakura said...

org kata cikgu budak pra nie tugas dia x berat tp sebenarnya cikgu pra la yg berat tugas sbb nk mengajar budak yg bermula dari kosong...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers