CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Hanya sebuah puisi

Lariannya makin laju. Letih diketepikan. Yang penting pensyarahnya dapat dikejar. Termengah-mengah Ain Soliha apabila sampai di tempat letak kereta. Nama pensyarah itu dilaung kuat sekali. Hampir semua orang di sekeliling memandang. Dia tak peduli. Semuanya berkata sendiri. mungkin mengata dia. Ain tak peduli semua tu.

“Encik Hakimi wait!!!” Hakimi terkejut. Wajahnya menyinga. Pantang sungguh dia diganggu di waktu begini. “Awak ni tak reti hormat orang lain ke?” Pedas pertanyaan itu. Ain Soliha tergamam. “Apa salah saya?” Nafasnya masih tak teratur. Letih dia berlari. Semata-mata nak tanya pasal assignment. Moodnya ke laut. Geram hatinya dengan lagak lelaki itu.

“Berani awak tanya? Awak dah lah perempuan. Buatlah cara macam perempuan. Terpekik terlolong macam puntianak. Saya dapat agak yang awak mesti tak ada pakwe lagi kan?” Sinis sungguh. Hakimi memandang atas bawah. Tudung melekat di kepala. Namun, tak menunjukkan perilaku yang baik. Dia berpaling semula ke keretanya. Malas melayan pelajarnya itu.

“Apa kaitan dengan Encik? Saya tak pernah menyusahkan orang pun. kalau saya salah saya minta maaf tapi tolong jangan cakap macam tu lagi…”

Air mata berlinangan. Terasa sungguh hati kecilnya. Entah apa salahnya. Setiap perbuatan pasti mengundang kata-kata sinis dari lelaki itu. Lelaki yang dikagumi suatu ketika dulu berubah menjadi benci. Benci dengan sikap lelaki itu. Benci dengan segalanya. Hakimi termangu. Perempuan itu menangis. Gara-gara dia! Namun, egonya terlalu kukuh untuk dirobohkan hanya kerana air mata. Dia lantas menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

Sejak itu, Ain Soliha akan menjauhkan diri darinya. Pasti mengelak jika terserempak. Hakimi sedar kenyataan itu. Namun, dia masih keras hati. Dia tak salah. Pada pendapatnya perempuan itu patut diajar. Diajar untuk menjadi sopan santun dan menjadi ciri-ciri muslimah yang baik. Dia anti sungguh dengan perempuan sebegitu. Kisah lampau membuatkan dia menjadi begitu.

~~~~~~

“Kimi, kau tak boleh ikut sangat perasaan kau tu,” Faizal cuba menasihatinya. “Aku tak boleh. Aku tak boleh berdepan dengan dia beb. Dia betul-betul macam Amylia. Kau tak faham perasaan aku ni,” Hakimi membuang pandang ke pemandangan Kota Raya yang sibuk.

“Aku faham. Tapi apa salah budak tu. Dia cuma jadi dirinya. Mungkin personaliti diorang sama. Dia bukan Amylia. Amy dah bahagia pun sekarang. Kau jangan hukum semua perempuan hanya sebab dia. Tak adil namanya tu,” Faizal menjadi geram. Kalau dia di tempat Hakimi pasti dia tak memilih untuk benci. Benci pada orang yang salah pula.

“Kau tak berada di tempat aku beb. Kau tak faham. Betapa seksanya aku bila dia buat aku macam tu. Aku macam orang bodoh. Datang meminang tapi ditolak mentah-mentah. Aku malu. Aku ingat dialah gadis yang akan membahagiakan aku…” Air mata pun bergenang. Faizal tergamam. Begitu sakit hati memikirkan kisah sahabatnya. Namun, dia tetap tak berpuas hati. Dia kasihan dengan orang yang tak ada kaitan langsung dengan kisah kecurangan Amylia. Tak semestinya semua perempuan sama. Faizal tahu dalam diam Hakimi meminati pelajarnya sendiri. dia tahu sangat hati lelaki itu. Tapi ego menghalang. Kisah lalu hanya alasan. Dia tahu dia perlu berbuat sesuatu. Dia tahu Ain Soliha mampu mengubah perspeksi sahabatnya tentang cinta. Dia mahu sahabatnya bangkit semula.

~~~~~~

Ain Soliha terpegun memandang puisi itu. Baginya begitu indah. Terlalu dalam maknanya. Nama pena penulis itu hanya -his- membuatkan dia makin teruja mengenali si penulis. Lama dia merenung puisi itu. Ain membaca satu persatu. Cuba menghayati setiap bait kata milik si penulis. Jiwanya terusik yang pastinya.

Rasa ini Berlegar-legar Penuh selirat Mencengkam dada

Rasa ini Melelahkan diri Menuntas jiwa Melepas lara

Rasa ini Takkan berhenti Masih segar Mendiam raga

Air mata menitis. Jiwa penulis seakan dia fahami. Lantas dia menyalin semula puisi di blog itu. Suka dia membacanya berulang kali. Rasa ini seakan sama. Sama dengan rasa yang si penulis rasa. Rasa ini sungguh aneh. Ain terbuai rasa dalam diam. Dia sedar yang dia sedang menyintai sesuatu yang mustahil baginya. Dia mencintai orang yang dia benci. Serabut otak memikirkan rasa yang menjerat jiwa. Dia menangis semahu-mahunya. Dia menangis kerana dia terlanjur mencintai pensyarah yang dibenci. Dia kini benci dengan diri sendiri.

~~~~~~

Dia membisu. Lama. Entah mengapa hatinya kacau bilau jadinya. Memang ini pernah menjadi harapannya dulu. Namun, ia amat mustahil untuk digapai. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Hakimi!~

“Kenapa pandang macam tu?” Hakimi tak betah diperhatikan begitu. Entah mengapa dia terjerat dengan mainan jiwa sendiri. “Kenapa saya? Kenapa awak pilih saya?” Ain cuba memahami situasi mereka kini. Dia bingung sebenarnya.

“Saya tak tahu. Hati saya membisikkan nama awak setiap masa. Sejak saya mengajar awak lagi. Saya cuba tolak hakikat tu dengan kenangan silam. Tapi tak boleh. Jadi inilah hasilnya,” Hakimi akui. Dia kalah. Kalah dengan perasaan sendiri. Kini, dia dan Ain sah menjadi suami isteri. Ain Soliha menyatakan dia menerima hanya kerana tak mahu keluarganya kecewa. Walau dia gembira tapi dia tak mahu menunjukkan. Dia masih ada harga diri.

“Senang awak kan. Bila awak benci, awak herdik saya. Marah depan orang ramai. Bila awak suka, awak terus pinang tanpa tanya saya dulu. Awak ingat saya ni apa?” Ain melampias amarahnya.

“Saya minta maaf. Tapi saya serius sukakan awak. Saya akan cuba sayang awak. Cuba belajar mencintai awak pula,” Ain terkedu.

“Awak…senangnya lelaki melafazkan cinta kan? Awak, saya minta maaf. Hati saya tak boleh dipaksa. Saya dah mula suka seseorang. Walaupun kita dah sah suami isteri, saya harap awak faham,” Ain sengaja mengatakan itu. Bukan dia mahu jadi isteri yang zalim. Tapi perasaannya berbaur. Rindu kepada si penulis mengganggu rasa cinta dalam diam terhadap Hakimi. Dia buntu.

“Apa? Kenapa awak terima? Sampai hati awak menduakan suami awak pada hari pertama kita sah nikah?” Hakimi kecewa. Jelas air matanya bergenang. Luluh hati mendengar kata cinta isteri terhadap orang lain.

“Saya minta maaf. Tapi saya sukakan hasil tulisan dia. Puisi tu menghantui saya. Saya terima awak tapi saya tak dapat lari dari mengimbau puisi itu sentiasa,” Hakimi terduduk.

“Puisi apa yang berhantu sangat tu? Sampai awak tegar begini?” Ain menggeleng. Dia tahu dia salah. Tapi hatinya tak tentu. Di sini cinta. Di sana sayang. Mustahil dia akan lupakan bait puisi itu.

“Puisi itu indah. Simple tapi bermakna. Setiap kali saya baca, saya rasa dekat dengan si penulis. Dengan tajuk, ‘Rasa Ini’ sudah bisa membuat saya membuai rasa misteri…”

“Wait, apa tajuk puisi tu?” “Rasa ini. Why?” Ain berkerut. Lebih-lebih lagi lelaki di depannya ketawa berdekah-dekah. Hakimi mengalirkan air mata gembira. Gembira cintanya disambut hanya kerana sebuah puisi.

“Sayang, thank you very much. Saya tahu awak memang sayangkan saya. Just admit it,” Hakimi terus memeluknya. Ain Soliha terpinga-pinga. Namun, setelah Hakimi menyebut satu persatu bait puisi itu. Barulah dia faham. –his- dan Hakimi orang yang sama. Dia jatuh cinta dua kali pada orang yang sama. Ain malu. Malu dengan luahan sendiri.

“Awak ni kan…” Satu ciuman hinggap di pipinya. Ain tersipu. Hakimi bahagia. Cintanya berbalas. Puisi itu sebenarnya memang ditujukan untuk Ain. Semakin dia lari dari rasa itu, makin dekat rasa itu mendatang. Akhirnya, dia mengaku. Dia juga mempunyai rasa yang sama. Setelah jiwa dipermainkan wanita bernama Amylia. Dia berjaya membuka hati untuk orang lain pula.

Nota Iffah: Reenapple dan Nong Andy dah baca cerpen ni kat s7w. Aku sengaja publish balik sebab ramai tak baca lagi kan. Biar aku abadikan cerpen bertemakan puisi kat sini pulak. Komen?
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

reenapple said...

heee... patutla. Akku daa baca,,, kikikiki.

Sis AI said...

Pensyarah dgn student.. Skandal.. Hahaha! Apapun, jodoh tak dpt dramal.. Suka sgt happy ending dia!^^

Kira Kekuri said...

best :)

Anonymous said...

kalau dah jodoh,tak kemana..entry best..

w.s.c

Kira Sakura said...

susah nk tgk laki yg blh mengalirkan air mata kan... suka suka

teringat pulak poem Pakcik Macik Tatau Nama #Ehh :p

Cik Pulau said...

apsal meremang bulu roma ai baca cerpen yu kali ni??
pelikkk~


hahhhaa

Sunah Sakura said...

nak kopi la puisii tu wat status FB..ahahahah

Woofer Storm said...

susah nak bercinta dgn cikgu sendiri..tapi kalau dah jodoh takkan kemana..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers