CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta yang masih di situ

Insyirah merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Sukar dia menafsirkan segala yang tersirat dalam sanubari lelaki itu. Hanya tinggal menghitung hari detik pernikahan mereka. Lelaki itu ingin mengundur diri tanpa sebab. Sedih dan terkilan sungguh hati wanitanya.

“Tapi kenapa…” Insyirah cuba meminta penjelasan. Lelaki itu hanya menggeleng. Kebisuannya sungguh memilukan hati Insyirah.
“Tolonglah abang. Makanan semua dah tempah. Kenapa abang tiba-tiba…” Suaranya terlalu serak. Sebak tak tertanggung lagi. Air mata tumpah dari empangan kelopak matanya. Insyirah masih menanti dalam kebasahan. Lelaki itu tetap dengan keputusannya. Insyirah redha.
“Kalau abang benar-benar tak sayangkan Insyirah, lepaskanlah saya secara baik. Walau saya tak punya sesiapa…”

Ayatnya mati di situ. Insyirah tak bisa bertahan lagi. dia mengangkat punggung dan berlalu dengan hati yang parah. Dia benar-benar tak dapat menjangka apakah sebenarnya yang lelaki itu sedang fikirkan. Baginya jika inilah ketentuan yang telah tercipta, dia redha. Dia rela meskipun hatinya terluka.

Xxxxx

Insyirah diam. Dia tahu keluarga lelaki itu masih menantikan jawapan dari mulutnya. Bengkak di mata sukar diselindung lagi.

“Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa rahsiakan dari kami?” Karimah mula berceramah. Dia sedar dia patut dipersalahkan kerana tak prihatin langsung.
“Ibu, maaf. Syira tak tahu pun dia…” Sekali lagi ego terhapus. Hanya deraian air mata menjadi peneman setia. Wad ICU dipandang penuh pengharapan. Dia sungguh berharap lelaki itu tetap kuat bertarung nyawa. Walaupun tipis peluang, dia tetap tak henti berdoa. Cintanya pada Uzair tak dapat disangkal lagi. pertunangan diputuskan secara elok. Ibu kepada Uzair juga baru tahu tentang sakit yang anaknya tanggung sendiri.
“Uzair…kenapa kau nak?” Karimah juga bersedih. Bacaan Yassin buat dia semakin sayu.
“Abang, bertahanlah…” Ujar Insyirah perlahan.

Hatinya tak henti mendoakan kesihatan Uzair. Dia sangat berharap agar cinta mereka bersatu dalam ikatan yang suci. Ikatan yang halal di sisi agama. Harapannya tak pernah terhenti. Begitu juga mulutnya yang masih terkumat-kamit membacakan ayat suci al-Quran buat Uzair.

Xxxxx

“Abang,” Jari tergerak sedikit. Ada respon dari lelaki itu.
“Sampai hati kan? Kenapa tak bagitau Syira. Sakit abang sakitlah Syira. Gembira abang, gembira lagi Syira. Kenapa abang rahsiakan semua ni?” Sebak dadanya. Lelaki itu hanya kaku. Wayar berselirat di tubuh Uzair. Dia pilu.
“Abang, Syira nak abang tahu yang Syira akan tetap tunggu abang pulih tau,” Air mata dikesat. Lelaki itu sekali lagi menggerakkan jarinya. Teruja Insyirah seketika.
“Syira tahu abang dengar. Dengan ini, saya Nur Insyirah Binti Ismail ingin bersuamikan Uzair Mohamad usai dia sembuh dari sakitnya,” Berjuraian air mata Insyirah. Lamaran itu dibuat demi kebahagiaan dia dan lelaki itu. Air mata Uzair menitik perlahan. Dia suka. Dia tahu Uzair mendengar lamarannya. Insyirah berjanji akan menunggu lelaki itu.

Xxxxx

IPD Cheras lengang hari ini. Matanya sibuk memerhatikan kertas di hadapan. Kes kemalangan jalan raya makin hari makin meningkat. Dia mengeluh perlahan.

“Assalamualaikum,” Semua mata tertumpu kepada wanita berpurdah. Lembut tutur begitu juga lakunya. Uzair tersenyum manis melihatkan isteri tercintanya di pintu.
“Insyirah, kenapa datang?” Yang lain semua menghadiahkan senyuman buat tetamu. Jam menunjukkan pukul 8 namun tiada yang berniat untuk pulang. Masa kerja mereka tidak tetap. Semua sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.
“Abang ni. Saya datang pun salah,” Uzair tersenyum saat isterinya mencium tangannya penuh syahdu. Tak dipedulikan orang di sana. Yang ada hanyalah taat setia pada suami tercinta.
“Amboi romantiknya,” Uzair ketawa lepas. Dia bahagia.

Peluangnya menghabiskan masa bersama isterinya amat dia hargai. Umpama mati hidup semula saat dia bertarung nyawa setahun yang lepas. Insyirah jugalah yang melamarnya saat dia masih terlantar. Dia kagum dengan kesungguhan isterinya. Kata-kata isterinya itu masih diingati hingga kini. Tak sia-sia dia menerima lamaran itu. Sungguh dia terharu dengan layanan isterinya. Walau sakit macam manapun Insyirah sentiasa berada di sisinya. Itu yang penting.

Demi menghalalkan pengorbanan itu, mereka akhirnya nikah hingga ke hari ini. Kadang kala kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Yang Insyirah korbankan cumalah masa dan kudratnya menjaga suami yang sakit namun kebahagiaan yang dikecapnya lebih dari segalanya. Dia sungguh bersyukur kerana cinta mereka bersatu juga dengan izin Allah yang Esa.
Tamat~~

Nota Iffah: Tak mampu buat sad ending macam Sunah. Aku hanya mampu mencoretkan kebahagiaan umpama pelangi selepas hujan. Jiwang? Sedih? Sweet? Tak kot. Hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Sunah Sakura said...

yu...i nangis.... T_T

Kira Kekuri said...

sedih ja baca.. Y__Y

Kira Sakura said...

menangis bahagia... kesakitan tue x terasa klu lalui dengan org tersayang kan...

Diana @ BKKC said...

im happy to see both happy..

Fasihah Supian said...

fuhhh terharu baca...huhu

Cik Pulau said...

i terima lamaran yu...
ahahaha.. buat cerita yg ada ayat macam ni la pulak lepas ni. hee..

best citer ni. segala macam emosi ada kat dalam citer ni..^^

reenapple said...

citer ni sedih.. serius.. tapi air mata aku degil nak keluar.. =(

Woofer Storm said...

mcm biasa,cerpen awk sy suka..

#jgn drive laju sngat,ingat tu.. jgn ngade nak on9 time pgang stereng..tadi balik keja, dpn keta sy ada aksiden,nsb baik sy sempat elak..

Hafizin Jamil said...

aku tak rasa apa2..maaf..aku tak de perasaan..

Aien Not Alien said...

sedih la awak :(



tapi ending best :)

Sis AI said...

Alhamdulillah.. Klu sad ending, mmg sy pun boleh sadis hbis dpn komputer ni. Apapun, yela, kdang2 bila kita sakit ni, mstilah kita taknk org yg kita sayang mnghrap.. Tp ksabaran tu dh brbalas.^^

Nong Andy said...

satu kelainan dan aku suka sangat. ada cinta yang penuh ketabahan dan keiklasan... best!!!

*iffah, aku teringin menulis.. tapi.....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers