Aku tahu, aku tak layak berkata-kata soalnya hati. Kadang aku pelik. Ramai lelaki khususnya yang mengadu domba tentang hati mereka. Ku kira lelaki tak sedih kalau dilukai. Lelaki kan macho.
Konon patah tumbuh hilang berganti. Rupanya hati lelaki sama je macam kita kaum hawa. Rasa dilukai. Rasa dikhianati. Rasa ditinggal sendiri. Tabahlah wahai hati yang sedang terluka.
Ingat. Pasti ada sebab Allah menurunkan ujian sebegini. Bukan asal ada je. Pasti ada rencana yang lebih indah selepas kelukaan. Cinta, hati dan perasaan sukar diramal. Kau kecewa hari ni esok tak mustahil kau temui sinar hakiki. Tapi percayalah dengan cinta Allah.
Pasti akan ada yang menanti. Yang bisa merawat lukamu kini. Jangan bersedih. Ini cuma sedikit cuma ujian yang Allah berikan. Ingat, orang yang diberi ujian adalah orang yang disayangi. Ujian mendekatkan kau semua kepada Ilahi. Cuma satu pesanku, ambil iktibar tentang sejarah lampau. Buat pembaharuan demi hati yang disakiti. Usah dikenang masa lalu kerana ia takkan kembali yang pasti.
Published with Blogger-droid v1.7.4
11 comments:
oh.. hati yang terluka itu rupa-rupanya ujian.. =)
~Ujian dan dugaan untuk membuatkan kita lebih dekat dengan pencipta iaitu Allah..:)
semua org ada hati so semua org pasti rasa sakit..^^
kisah lalu adalah pengajaran buat hari ini. :)
^_______^
tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia,
pasti ada sebab musabab nye
dan yg pasti utk kebaikan diri,
kerana Allah itu
lebih tahu sifat penciptaan-Nya..
disebalik kesedihan dan kelukaan pasti terselit seribu satu keindahan dan kebahagiaan :)
pernah jumpa lelaki yang jadi lemah , menangis sebab dikecewakan . kalah pompuan bila frust ..
setiap orang ada rasa dan perasaan yang berlainan kan ..
well said iffah :)
apa2 yg berlaku ke atas kita adalah ujian...
hati luka tu sebagai panduan masa depan supaya tak melukakan hati sendiri...
yang jelas, move forward to find the real love! hiks
Post a Comment