Ya, aku suka bersahabat. Namun, dek kerana kelancangan kata dan keterlanjuran perbuatan buat sahabat menjauh. Makin menjauh. Sangat jauh. Walau dekat tak bisa digapai lagi. Aku sukar menjadi sahabat. Sukar sungguh rasanya menjadi sahabat sempurna. Kadangkala ada juga yang tersasar sana sini.
Sahabat tak semudah yang disebut. Sukar sekali. Aku bukan sahabat yang baik mungkin. La tahzan buat sahabat yang berjauh hati dengan sahabat mereka. Jangan gundah. Jangan sedih selalu. Sahabat tak semestinya sentiasa ada di sisi. Mungkin dekat namun tak selalu bersama kita. Mungkin jauh namun hanya mampu meminjamkan telinga.
Sahabat bukan semudah 1 2 3. Sungguh sukar menjadi sahabat yang baik. Untuk itu aku menyusun 10 jari yang tak berapa sempurna ini memohon ampun kerana kegagalan aku menjadi sahabat yang baik. Aku juga manusia. Tak sempurna. Tidak lepas dari kekhilafan. Sahabat, usah bersedih jika sahabat mu ini tak sesempurna yang kau harapkan. Jauh di sudut hati memang tak berniat menjadi sahabat yang kejam. Tidak sesekali. Maaf T.T
Nota Iffah: Rujuk gambar. Housemate tolong kopekkan udang. Sweet tak dia?
Published with Blogger-droid v1.7.4
9 comments:
sahabat juga manusia biasa yg selalu buat salah kan :)
Kadang2 bukan mudah mencari sahabat yang serasi dengan kita....
memang sukar jadi sahabat. tapi memang nak sebolehbolehnya dapat jadi sahabat baik. :')
Yes, jdi seorg sahabat ni mmg susah. Tp sy ada bberapa org je yg boleh dpanggil sahabat. Walaupun jauh, tp bila brjumpa mcm mesra sgt, mcm dh brsaudara..
i got lots of friends.. but the best is neverbeenfound..
adakalanya sahabat buat sesuatu yg kita tak setuju tapi sbnrnya ia adlah utk kebaikan kita...
assalamualaikum iffah..sahabat sejati mmg sukar dicari tapi moga kita akan perolehi jua sahabat sejati itu...:)
SEBelum BERsahabt Cer KiTA FAHamkn PENGertian SAHabat Tu DUlu, MGkin MEMbntu. KDg2 KiTA MANusia Ni KELiru, ANtara TEMan, KAWan & SAHabat..BERsahabt Ni BUKan SETakat KORban HArta BENda MALah NYAwa..JGn PUTus ASa. TERuskn B'USaha :)
bersahabat? em... kalau kita iklas bersahabat. kita tak kisah di susahkan oleh sahabat itu.. dan jika kita dlm kesusahan tapi dia tidak dpt menolong, kita juga tidak berkecil hati kerana dia tidak dpt menolong.. jgn pula nak ungkit.. "ada kawan pun tak boleh harap" sebab kalau kita berkawan secara iklas, tak timbul " dulu.. aku tolong dia kalau dia susah. tapi bila aku susah.. dia tak tolong pun?" jadi tak iklas la tolonbg yg dulu tu?
er.. dah pjg pula. iklas lah bersahabat :)
Post a Comment