CORETAN TERBARU NADH

Kaitan dua kebakaran pada tahun berbeza

Pagi raya yang agak haru biru. Tahun lepas terbakar kereta, tahun ni rumah pulak. Tapi bukan rumah aku. Jiran selang dua rumah. Kitorang nak gerak balik kampung, tiba-tiba abang ipar aku berhentikan kereta. Tengok ada api marak depan rumah jiran. Apalagi dia keluar, cari punca air nak padamkan kebakaran. Kitorang yang perempuan masih panik dan tengok je.
Dia pun kata call 999. Aku pandang kiri kanan tengok tak ada orang call. Aku pun call dengan paniknya. Cakap dengan operator. Lama jugak. Lepas tu baru dia sambungkan dengan bomba. Yang lain masih busy padamkan api. Dengan percikan api elektrik. Bahaya gila, ibu dah bising suruh jauhkan diri. Takut meletup.
Akhirnya, api padam. Ramai jiran berkerumun tunggu bomba. Agak lambat sebab diorang tak tahu jalan ke rumah. Time tu akulah yang duduk jawab call. Terangkan. Huish macam hero ah. Tapi lepas bomba datang tak ada apa diorang dapat buat. Sebab bomba bahagian lain akan check punca kebakaran. Tapi rumah dah tak ada elektrik. Wayar terbakar sama. Kalau lambat memang rumah kitorang pun mungkin turut sama akan terbakar.
Mujur semua bertindak pantas dan bijak. Cuma aku panik sikit masa call haha. Kelam kabut okey. Empunya rumah pun tak ada. Jadi tak ada kemalangan jiwa. Tak sempat nak snap gambar api. Cuma snap gambarakudi depan lori bomba. Wakaka bukti tu! Kalau kami gerak lambat mungkin kami juga akan jadi mangsa, kalau gerak awal rumah pulak berisiko terbakar. Syukur.
Perasan tak tahun lepas aku diselamatkan orang dari terbakar teruk, kali ni aku pulak tolong rumah diorang. Kesimpulan, buat baik dibalas baik. Ada hikmahnya kan? Pengalaman raya yang berharga yang pasti.
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 comments:

Sunah Sakura said...

alhamdulillah....ada hikmahnya Allah jadikan sesuatu.... :)

Unknown said...

alhamdulillah.. semua berlaku atas izinnya...

Unknown said...

setuju.. kalau kita berbuat baik, pasti akan ada balasan sebegitu menanti kita..

anamizu said...

ya allah.. alhmdulillah takde kemalangan jiwa.. tahun lps tebakar kereta??

ewanthology said...

buat baik dibalas baik

K O R I E said...

hu. takutnya.
bahaya betol kalo xda org kat rumah ni.
nasib baik xteruk

si ngokngek said...

kan,buat baik dibalas baik..
salam aidilfitri kak,maaf zahir dan batin.:)

Faaein Talip Roy said...

buat baik... inshaAllah akan dibalas dengan baik juga..

Selamat Hari Raya Iffah!.. =)

Alhamdulillah tak ada kemalangan jiwa..

dwatyKNY said...

Hope semuanya ok... Cite bab kebakaran ni memang menakutkan... Dulu Kg saya selalu ada kebakaran.. Skrg ni dah kurg sikit... Tp dah ramai yg pindah tempay lain...

Salam lebaran ya...

نورعيم said...

berfikiran +ve kak. setiap yg baik akan di balas dgn baik dan vice versa.

#selamat hari raya kak :)

reenapple said...

Alhamdullilah.. semua selamat. Yg penting kau.. huhuhu.

#aku baru dapat on9. Bz.. ekekeke.

MalizaMah said...

1. emmmmmm rumah terbakar. sungguh mendukakan.
2. thn lepas kereta terbakar? isyhhh...
3.yg pnting tak ada yg terkorban.

AY said...

minta2 tak der benda buruk berlaku

Anonymous said...

Alhamdulillah..tahniah2..cpt bertindk korg.slmt hri raya ^^

Asrul "iLham" Sany said...

horror kalau berhadapan ngan api nih

Dayang Deno said...

alhamdulillah.. mujur cepat bertindak... :) ifa, selamat hari raya aidilfitri! deno minta maaf byk2 ngan ifa sepanjang perkenalan kita kat dnia maya ni... maaf ya ifa.. deno baru je online hari ni... hari ni dah 2 hari demam.. huhu.. raya sangat.. :p

Nong Andy said...

ohoho.. byk pula kisah aku terlepas. oit.. bz sekarang. baca n3 kau pun main sempat-sempat aja.. :D

mana-mana gambar tu? hehehe...

Kira Sakura said...

Alhamdulilah syukur sangat.. mujur sempat

aDisH.sHidA said...

alhamdulillah nasib baik tak terlambat n tercepat kan...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers